Makanan tinggi garam
Kita sering lupa dan tidak sedar dalam pemakanan kita seharian berbagai citarasa, menu harian pilihan sendiri yang pasti selera dan puas hati. apa sahaja yang kita nak makan, beli bungkus dari kedai (tapau), makan di restoran-restoran atau masak sendiri di rumah sahaja, ikut rasa tekak selera nak makan ape yang kita mahu.
Makanan kadar garam tinggi
Tapi awas! ade satu hal yang sangat penting kita perlu ambil tahu dimana tanpa kita menyedari makanan harian kita mengandungi kandungan garam paling tinggi yang akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan kita.
Darah tinggi
Kebiasaan kita sering mengatakan pada kawan dan sahabat diluar sana pada mereka yang gemar memakan makanan yang agak masin akan mengakibatkan darah tinggi, ianya benar memang betul tapi bukan itu sahaja penyakit perlu kita ketahui sebenarnya ada penyakit yang lebih bahaya lagi boleh membawa maut akibat kerana pegambilan kandungan garam yang tinggi.
Sudah baca? Cara mengatasi masalah kulit yang kering
Manfaat garam dalam tubuh
Korang tahu tak lebihan garam dalam tabiat pemakanan seharian kita tanpa kawalan akan memudaratkan kesihatan yang lebih serius kerana tubuh kita sendiri tidak dapat menerima jumlah garam yang terlalu banyak, tetapi korang jangan salah faham sehingga tidak ambil garam dalam makanan, garam juga memberi manfaat dalam sistem tubuh kita dikenali sebagai Sodium ia berfungsi menjaga keseimbangan tubuh dan cairan bagi saraf serta otot anggota badan.
Garam penting untuk metabolisma tubuh badan kita, tetapi perlu diingat pengambilan garam yang keterlaluan serta berlebihan boleh meningkatkan risiko :
1. Penyakit tekanan darah tinggi
2. penyakit kardiovaskular.
Tidak salah pengambilan garam dalam makan kita tapi biarlah berpada dalam kadar jumlah yang sedikit sebagai penambah rasa yang tidak berlebihan, bila dah terlalu over sangat garam dalam badan racun lah jadinya.
Garam punca sakit kronik
Akibat penyakit kronik berpunca dari lebihan garam dalam tubuh manusia seperti, osteoporosis, kanser, sakit jantung, hipernatremia, sakit saraf dan sakit pada bahagian ginjal.
So dari itu apa jenis makanan yang perlu korang elak atau ambil sekadar yang cukup dan tidak mengambilnya secara berlebihan
Sodium tersembunyi
Pengambilan makanan dalam kuantiti yang yang banyak antara penyebab kumulatif Sodium diet harian semakin menjadi tinggi, hati hati pengambilan makanan garam yang tersembunyi terutama pada roti keping/putih pengunaan serbuk penaik seperti :
- Sodium bikarbonat
Diantara senarai makanan yang mempunyai paling tinggi kandungan garam. Contoh makanan tinggi garam :
Senarai makanan tinggi garam
Makanan ringan tinggi garam
Bahan yang kebiasaannya mengunakan garam yang banyak serta mempunyai lemak dan bahan pengawet perisa monosodium glutamate MSG. Seperti :
- Kerepek kentang
- biskut masin
- kerepek ubi
- papadam
- kacang masin,
- mee segera,
- keropok udang, ikan
Makanan diawet tinggi garam
Mengawet makanan adalah proses menjadikan makanan bertahan lebih lama proses mengawet juga ada beberapa kaedah serta cara penyimpanan seperti pembungkusan vakum dengan plastik, botol dan juga pengetinan bersama gula, cuka dan juga garam antara bahan paling utama dalam proses mengawet makanan. Seperti :
- Cencaluk (berasaskan udang)
- budu (ikan bilis)
- belacan (udang halus)
- jeruk buah ( pelbagai jenis buah)
- jeruk sayur ( bermacam jenis sayur)
- telur masin (telur ayam/itik)
- daging salai, (lembu/kambing)
- ikan pekasam, (berbagai jenis ikan)
- ikan masin
- udang kering
- ikan bilis
Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan itali
Makanan terproses garam tinggi
yang di pack kebiasaannya terjual di pasaraya, mall dalam peti sejuk beku 'freezer'
- Nugget
- burger
- bebola ikan
- piza
- kacang
- keju
- sosej
- sup cendawan,
- makanan dalam tin seperti sardin dan tuna.
Bahan perisa
Penambah perisa mengandungi natrium garam yang tinggi.
- Salad dressing
- mayonis
- perencah makanan segera
- kiub perisa
- MSG
- taucu
- sos tiram
- kicap dan sos tomato
Sudah baca? Kesalahan pakai serum bagi kaum wanita
Mengikut saintifik, garam juga dikenali dengan sodium atau natrium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi. Amalan diet yang rendah sodium dapat membantu mengawal tekanan darah bagi pesakit.
Dari itu pesanan serta nasihat kepada semua, jaga pemakanan ubah cara serta tabiat pemakanan harian hadkan pengambilan garam dengan serta merta.
Merkur Futur Adjustable Safety Razor - Sears
BalasPadamMerkur Futur Adjustable Safety Razor is the perfect https://septcasino.com/review/merit-casino/ balance of gri-go.com performance, safety, and comfort. 출장안마 Made in Solingen, Germany, this razor kadangpintar has a 1xbet korean perfect balance of
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM