Lewat qada puasa
Kepada mereka yang telah banyak meninggalkan puasa, jangan lupa untuk mengantikan kembali puasa (qada) tersebut, tapi bagaimana sekiranya bulan puasa (Ramadhan) sudah hampir tiba? bagaimana adakah dibolehkan atau sebaliknya?
disini akan diperjelaskan dan dirungkai permasalahan kelewatan mengqada puasa, puasa adalah wajib bagi seluruh umat islam Tuhan menyuruh manusia mentaati suruhannya yang dikenali sebagai rukun islam
Hukum tidak puasa Ramadhan
Maksud dari ayat diatas : “Islam itu diatas lima perkara; dengan Syahadah bahawasanya tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, dirikanlah solat, membayar zakat, menunaikan fardhu haji dan puasa pada bulan Ramadan”.
[HR al-Bukhari dan Muslim]
Dengan sengaja meningalkan puasa , tanpa ada keuzuran itu adalah perbuatan termasuk dalam dosa besar.
Sudah baca? Panduan mengqada puasa ramadhan
Ibnu Hajar al-Haithami telah menyenaraikan di dalam kitabnya dengan berkata :
"Pada mereka yang berbuka puasa dengan berjima’ dan atau selain darinya tanpa sebarang keuzuran seperti penyakit atau seorang musafir termasuk dalam orang yang melakukan dosa-dosa besar.
Haram qada puasa
Kembali kepada penjelasan kepada mereka yang ingin mengqada puasa, qada puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut masa kita sendiri dan juga pilihan hari jika kita berniat untuk berpuasa pada hari tersebut, tapi perlu diingatkan ada hari tidak dibolehkan berpuasa dalam islam iaitu pada dua hari raya dan juga pada tiga hari raya tasyrik.Jadi perbuatan mengqada puasa sebelum tibanya hari Ramadhan hukumnya adalah "harus."
Qada pada bulan syaaban
Qada atau mengantikan puasa yang tertinggal seboleh-bolehnya dilakukan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan atau ditangguh. Walau bagaimanapun, kelapangan masa, dibolehkan untuk melakukannya pada bulan Syaaban.
Lewat qada puasa ramadan
Seperti apa yang kita diketahui Isteri kepada Nabi juga biasa akan mengqada puasa mereka pada bulan Syaaban oleh sebab kerana terlalu sibuk dengan segala urusan serta tugasan mendampingi Nabi.
Sayidina Aisyah berkata:
"Keatasku (Aisyah) puasa Ramadan (yang tertinggal), maka aku tidak menggadanya sehingga datangnya bulan Syaaban."
(Riwayat al-bukhari)
Sudah baca? Ibadat bulan syaaban akan digugurkan kesalahan
Salah satu faktor yang perlu diingatkan, sekiranya puasa tidak sempat diqada atau diganti sehingga tibanya bulan puasa iaitu pada bulan Ramadhan yang baru, maka seseorang itu diwajibkan untuk membayar fidyah.
Bayar fidyah bagi setiap bilangan hari puasa yang ditinggalkan, diantaranya satu mud beras mesti dibayar kepada fakir miskin. Dan seseorang itu juga diwajibkan qada puasanya bersama fidyah tersebut.
Niat qada puasa ganti
Dalam bacaan rumi :
Nawaitu sauma ghadin anqadae fardu ramadhana Lillahi Taala
Maksudnya :
"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala"
Selamat menjalankan ibadah puasa, kita semua sebagai umat islam berharap agar ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini akan diterima oleh Allah SWT.
Wallahu a'alam
Sudah baca? Perlu ke niat puasa setiap malam
perkongsian yg baik..
BalasPadamCatat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM