Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

Pilihan vaksin bagi dos pertama anda

Masih ramai diluar sana menunggu giliran untuk dapatkan dos yang pertama dan tertanya-tanya pasal suntikan vaksin ni, Jenis vaksin yang akan korang ambil, korang tahu apakah sampinganya dan kesannya selepas korang ambil suntikan itu..

Maklumat yang perlu korang tahu tentang vaksin ini, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawal selia dengan rapi, semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antara bangsa serta perlu mematuhi spesifikasi amalan pengilangan baik (GMP).

Dimana perkasa asas yang perlu dipatuhi termasuklah:

1. Memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat 

2. Memastikan identiti, kekuatan, kualiti  dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan vaksin dijalankan di dalam persekitaran bebas kuman (aseptik) dan di pantau secara rapi melalui langkah-langkah kawalan kualiti 

Proses penghasilannya berbeza mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan dalam proses penghasilan adalah khusus kepada jenis teknologi vaksin (sumber : IMR)

Kesan sampingan vaksin

Berikut adalah 5 jenis jenama vaksin serta produk dari negara pengeluar dengan setiap satunya mempunyai tingkat keupayaan serta peratusan efikasi yang berbeza dimana ianya akan bergejala atau berlakunya elergik yang teruk mengikut ketahanan serta antibody individu itu sendiri. Antara kesan-kesan sampingan akan berlaku kepada penerima suntikan (Dose) antaranya adalah :

Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

Jenis vaksin

PFIZER
TINGKAT EFIKASI: 95%
SUHU PENYIMPANAN :- 75°C

PRODUCTION/ASALBioNtech, Jerman x Pfizer, AS

STATUSBerizin Darurat Pakai Dari WHO

DOS0,3 ml sekali suntik. 
Penyuntikan 2 kali 
dengan jarak 21 hari

DOS KE 2 DIBERIKAN DALAM 3 MINGGU (21 hari) DARI DOS PERTAMA UNTUK VAKSIN PFIZER


KESAN SAMPINGAN :
Nyeri, kemerehan, atau bengkak di tempat bekas suntikan, sakit kepala, nyeri otot atau sendi, menggigil, demam ringan, mual, bengkak di kelenjar getah bening

APLIKASI: Sedang digunakan dalam program vaksinasi pemerintah kerajaan.

UPDATE :

Dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa 6 hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh

Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

MODERNA

TINGKAT EFIKASI: 94%

PRODUCTION/ASAL: Nasional Institute of allergy and infectious 
Disease (NIAID), America Syarikat x Moderna 

STATUS: Berizin Darurat Pakai Dari WHO

DOS: 0,5 ml sekali suntik. 
Penyuntikan 2 kali 
dengan jarak 28 hari

KESAN SAMPINGAN :
Nyeri, otot dan sendi atau di kawasan suntikan menggigil, sakit kepala, muntah, demam, cirit-birit dan mengigil.

APLIKASI : DALAM KAJIAN


Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

ASTRAZENICA

TINGKAT EFIKASI: 70%
SUHU PENYIMPANAN 2-8°C

Tahap keberkesanan : 62% - 90%

PRODUCTION/ASAL: Oxford Univiersity, inggris x AstraZenica

STATUS: Berizin Darurat Pakai Dari WHO dan BPOM

DOS: 0,5 ml sekali suntik. 
Penyuntikan 2 kali 
dengan jarak 4 - 12 minggu

KESAN SAMPINGAN :
Nyeri otot, sendi dan tempat bekas suntikan, sakit kepala, menggigil, demam ringan, mual, dan gejala selsema.

APLIKASI: Dalam kajian

UPDATE

Kajian yang dilakukan di india mendapati paras antibodi vaksin AstraZeneca juga berkurangan secara ketara dalam tempoh 2 hingga tiga bulan jadinya vaksin tambahan perlu diberikan


Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

SINOVAC

TINGKAT EFIKASI: 65%
SUHU PENYIMPANAN 2-8°C

Tahap keberkesanan : 50.4% - 91-5%

PRODUCTION/ASAL: Sinovac Biotech, Cina (Beijing)

STATUS: Berizin Darurat Pakai Dari BPOM

DOS: 0,5 ml sekali suntik. 
Penyuntikan 2 kali 
dengan jarak 14 hari diantara 2 minggu

KESAN SAMPINGAN :
Nyeri otot, sendi dan tempat bekas suntikan, sakit kepala, demam dan muntah

APLIKASI: Sedang digunakan dalam program vaksinasi pemerintah kerajaan

UPDATE:

Vaksin sinovac dilaporkan merosot selepas enam bulan suntikan kedua. Jadi perlunya suntikan ketiga yang masih lagi dalam perbincangan bila akan diberikan


Jenis Vaksin Dan Kesan Sampingan

SINOPHARM

TINGKAT EFIKASI: 79%

PRODUCTION/ASAL: China Nasional Pharmaceutical Group, Cina

STATUS: Berizin Darurat Pakai Dari BPOM

DOSIS: 0,3 ml sekali suntik. 
Penyuntikan 2 kali 
dengan jarak 21 hari

KESAN SAMPINGAN :
Nyeri otot, sendi dan kemerehan di tempat bekas suntikan, sakit kepala, demam ringan dan rasa lelah

APLIKASI: Belum digunakan

Teknologi vaksin

Sebenarnya menghasilkan vaksin tidak semudah yang disangkakan mengikut pakar kajian pembangunan vaksin ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan vaksin.

Tapi mengapa COVID-19 belum cukup setahun telah ada negara yang dapat menghasilkan vaksin apakah faktor menpercepatkan penghasilan vaksin?

Namun begitu bagi kes virus COVID-19, terdapat institusi yang dapat menghasilkan vaksin dengan kadar yang cepat, ini kerana pembangunan vaksin mengunakan platform sedia ada atau teknologi yang telah dibangunkan lebih dari sedekad lalu.

Kesimpulan 

Apa yang perlu kita tahu? 

"VAKSIN TIDAK MENJADIKAN KITA KEBAL"

Vaksin mengurangkan kebarangkalian mengalami simptom COVID-19 yang serius 

WALAUPUN TELAH DIVAKSIN, KITA MASIH PERLU PATUHI SOP & TERUS AMALKAN NORMA BAHARU.

Jika anda adalah pengguna MySejahtera, sila buat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi di bawah ini, ini kerana semua maklumat anda sudah berada di dalam rekod pangkalan data.


Sumber : Institute of Medical Research (IMR)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Berita Harian

Utusan Malaysia

Kosmo


Sudah baca? :

Terkini permohonan baru rumah mesra rakyat RMR

Bagi yang berkerja sendiri anda boleh buka akaun KWSP

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama