Sesungguhnya berniaga itu adalah urusan jual dan beli sama sahaja seperti riba. Dalam masa yang sama Allah telah menghalalkan berjual beli dengan berniaga dan kemudian Allah telah mengharamkan riba. 


Dosa riba seperti menzinahi ibu sendiri

Ada sesetengah dari kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan "Riba" setiap indivitu itu perlu tahu dari asasnya hukum halal dan haram berusaha elak dari perilaku yang mendatangkan riba kerana riba juga berlaku yang melibatkan urusan kewangan, untung rugi dan jual beli.


Oleh dari itu kepada yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan ia terserah kepada Allah.

Dosa Riba Perlu Tahu Sebagai Panduan

Dosa riba dalam islam

"Barang siapa yang mengulangi lagi 'maka dengan dari itulah mereka dari kalangan ahli-ahli neraka dan mereka itu kekal di dalamnya"

(Surah Al Baqarah 275)

Bertapa takut dan ngerinya balasan serta hukuman dari Allah kepada perilaku meraka yang mengamalkan riba. Mari kita perhatikan ayat penutupnya:

"Barang siapa yang mengulangi lagi, maka dari itu lah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya".

 Imam ibn katzir menyebutkan "Lafaz 

"Barang siapa mengulangi"

Ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak walaupun setelah datang larangan Allah. Maka wajiblah bagi mereka hukuman yang keras".


Hukuman riba

Riba atau dikenali sebagai ziyadah, increment sesuatu excess pada perkara berkaitan yang tertentu dan ianya menjurus kepada sesuatu bentuk lebihan yang tidak halal (illegal excess) yang berlaku pada sesuatu jenis tempoh atau (kontrak).


1. Bayaran pinjaman semakin bertambah (bunga, interest)

Untuk lebih jelas dan gambaran sebagai contoh : jika Najib memberi pinjaman sebanyak RM2000 kepada Ahmad dan kemudian najib meminta bayaran balik berjumlah RM2200. Maka dengan itu lebihan dari RM200 itu adalah dikira sebagai Riba, dalam masa yang sama Ahmad si peminjam atau penghutang merasa tertindas atau tidak.


Jika dilihat trend masa kini majoriti rakyat malaysia akan membuat pinjaman wang (bank loan) dari institusi-institusi bank konvensional atau pinjaman wang berlesen dengan tujuan untuk membeli kereta, rumah, kedai, perniagaan dan sebagainya atau lebih dikenali sebagai pinjaman peribadi (personal loan)


Contoh: 

Riba pinjaman kereta 

Pinjaman kereta, iaitu pinjaman berjumlah RM200k (ribu) dengan kadar dikenakan sebanyak 10% bayaran deposit dan 90% lagi daripada pinjaman bank konvesional.


Bank akan beri pinjaman berjumlah sebanyak 200k (ribu) dan bank juga telah menetapkan suatu masa atau tempoh yang perlu dibayar dalam jangka masa selama 5 tahun dengan kadar pertambahan interest serta faedah sebanyak 4%, maka dengan 4% itu adalah dikira sebagai riba.


Ada juga yang mengunakan teknik serta sistem hujah inflasi tahun ekonomi bagi menerima sesuatu faedah dengan 5% mengatakan harga RM2 pada tahun 2002 adalah berlainan dengan harga RM2 pada tahun 2014, hujah bagi inflasi ini tidak sama sekali diterima dalam ajaran islam untuk menghalalkan perbezaan atas nama faedah. (Benefits).


2. Riba lewat bayar (di kenakan penalti)

Dimana penghutang perlu membayar RM3000 dalam masa 6 bulan tetapi dia tidak membayarnya. Lalu si penghutang diberi penangguhan dengan dikenakan syarat hutangnya menjadi RM3100 kerana kelewatan membayar. Dan RM100 itu adalah riba.


3. Riba dalam pertukaran barang dengan barang yang diklasifikasikan sebagai item ribawi. Seperti yang dijelaskan dibawah


Seperti mana pula bagi menukar 3 gram emas lama dengan 4 gram emas yang baru. Sekiranya ada pertambahan, atau pengurangan, maka ia adalah riba. Kesalahan riba termasuk di dalam kategori dosa besar dan juga diharamkan oleh semua agama. Malang sekali jika umat islam tidak megambil endah dan ambil tahu tentang kesalahan daripada perbuatan yang sengaja atau tidak sengaja secara langsung bertapa besarnya dosa riba


1) Pemakan dan pemberi riba

Firman Allah : "Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu beriman, jika kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya" 

(Surah al-baqarah ayat 278)

Bahawa sesiapa enggan dan masih berdegil tidak meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dan sengaja ianya akan diperangi Allah dan Rasulullah. kepada pemakan riba dimana pada hari kiamat kelak ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah"

Dan inilah ayat yang telah dinyatakan dalam al-quran yang sangat menakutkan, begitu diantara kebenaran dari kitab Allah serta sunnah nabi tiada dosa seburuk daripada riba.


Kesan dari riba

2) Hilang harta dan berkat

Kesan dari perilaku riba pada seseorang adalah :

Harta yang dimiliki akan mudah habis tanpa memberi manfaat sehinggakan kepada perilaku riba akan merasa kehidupannya miskin dan fakir. Dengan hasil harta riba seseorang akan mudah cenderong untuk melakukan maksiat dan kefasikan serta diri akan terasa terhina di sisi Allah.


Hilangnya sifat amanah, mungkiri janji, mudah melakukan rasuah, penipuan serta tamak.


Akan ditmpa kesusahan, bala diamana harta akan dirompak, curi, khianat dan doa orang yang dizalimi juga lebih makbul.


Sudah baca? Penghalang terkabulnya doa kerana hasil harta yang haram

Sabda Nabi : Sesungguhnya riba walaupun lumayan (kuantiti) tapi hasilnya akan membawa kepada sedikit papa" 

(Riwayat Ahmad)


Balasan riba di akhirat 

Tidak akan diterima daripada orang-orang yang memakan riba dimana di akhirat kelak, segala perbuatan, kebaikan amal kebajikannya hanya sekadar ibadah yang sia-sia sahaja, terhapusnya amalan perbuatan seperti :

  • Sedekah
  • Haji
  • jihad 
  • Persaudaraan


Dosa riba ada 73 pintu

3) Riba juga umpamanya seperti berzina dengan ibu Bapanya sendiri ia mempunyai 73 pintu yang sangat ringan (dosanya) seperti seorang lelaki yang berzina dengan ibunya.


4) lebih berat dosa riba dari 36 kali zina. Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali." 

5) Riba tujuh dosa terbesar

  • Syirik
  • Sihir
  • Membunuh tanpa hak
  • Makan harta anak yatim
  • Makan riba
  • Lari dari medan perang (kerana takut)
  • Menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi)


Reda dalam riba yang murah. kerana riba adalah salah satu bentuk perbuatan yang membawa kepada dosa yang tergolong dalam hak Allah semata. Maka dari itu manusia wajib untuk menurutinya tanpa boleh memindanya dengan reda dan rela hati mereka." 

Sudah baca? Memiliki kemampuan bersyukur dengan apa yang ada


Dosa riba apakah diampun

Peringatan bagi semua umat muslim yang mengetahui dan meyakini adanya maut jauhilah riba. 


Kesedaran amat penting terhadap hukum haramnya, perbuatan riba boleh menjatuhkan seseorang ke dalam kancah kekafiran tanpa kita  menyedari sehingga melayakkan diri seseorang itu kekal di dalam neraka jahanam.


Inilah yang diulas oleh imam Fakhuruddin al-Razi apabila beliau menghuraikan maksud "barang siapa mengulangi" dalam ayat diatas : 

Maksudnya : "Barang siapa mengulangi" diatas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka menjadi kafir."

Amalkan doa ini dan dijauhkan dari hasil harta yang haram dan dijauhi riba!

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Bacaan doa dalam rumi :

Allahumak Finii Bi Halaalika 'An Haroomik, Wa Agh Niniy Bi Fadhlika 'Amman Siwaak

Maksudnya:

"Ya Allah cukupkan lah aku dengan yang halal dan jauhkan lah aku dari yang haram, dan cukupkan lah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu."

Semoga kita sebagai umatnya di jauhkan diri dari harta haram Riba... Aamiin.

Wallahu a'alam

Sudah baca? Amalan rezeki melimpah ruah sebagai panduan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate