Jangan ingat anak duduk di rumah rasa aman dan nyaman anak anak pun tidak buat bising atau menggangu ibu atau ayah yang sedang membuat keje di rumah dengan hanya memberikan laptop atau telefon bimbit supaya anak leka bermain game, menonton youtube dan melayari internet dengan tanpa kawalan dan pantauan dari ibu bapa oh itu tidak sangat bahaya sekali.

Korang tahu apa risiko internet pada anak anak yang akan membawa banyak faktor berlakunya kes kes jenayah seperti ugutan, rompakan, penipuan dan paling ditakuti sehingga membawa kepada kematian tanpa kita menyedarinya akan terjadi.

Dari itu wajib tahu bagaimana ianya terjadi dan bagaimana untuk membendung perkara ini, ada beberapa panduan untuk kita berhati-hati dan bertindak dari awal daripada berlaku. So apa sebagai ibu bapa apa yang perlu dibuat sedikit perkongsian dari saya seperti berikut.

Risiko internet bahaya bagi kanak kanak

1. Cyberbullying atau Buli Siber

Kepada para ibu bapa sebagai penjaga anak bagitahu mereka sebagai anak kita bahawa pembuli zaman sekarang bukan hanya melibatkan buli secara fizikal oleh rakan-rakan sekelas atau pergaduhan semata-semata 

Masalah buli juga boleh terjadi di alam maya atau alam cyber semasa sedang melayari internet secara maya amnya. Kita tidak dapat mengenali orang yang berada di alam maya yang berniat jahat untuk menyakiti tuju pada mangsa seseorang dengan melakukan makian, bodyshaming dan mengeluarkan kata kata yang kesat dan negatif yang boleh menganggu pemikiran, mental serta merosakkan emosi seseorang terutamnya pada kanak-kanak

Risiko Internet Pada Anak Bahaya Wajib Tahu

Sudah baca? Cara beli borong dari china dengan Taobao

2. Cyber Predators atau dikenali Pemangsa Siber

Duduk dan ajak anak-anak untuk bersembang disampingnya bagitahu anak kita di dunia maya ini ada ramai pemangsa, orang yang berniat tidak baik kepada kita terutama pada orang yang tidak kita kenali.

Jelas sekali antara kejahatan serta perbuatan yang mereka sering melakukan adalah suka melihat kanak kecil dibawah umur untuk diajak bersembang dan mengumpul gambar anak anak kecil untuk memberikan kepuasan nafsu serta keinginan mereka sendiri.

Sebagai ibu bapa tolong sangat berikan perhatian dan respon beritahu anak kita tentang perkara ini. Sangat Penting! Kita tidak inginkan anak kita akan terjerumus dan terjatuh dalam jerangkap samar oleh akibat Cyber Predators ini


3. Perkongsian maklumat peribadi dalam internet (Private Info Sharing)

Kita sebagai ibu bapa wajib memainkan peranan yang sangat penting alert dengan anak-anak beritahu kepada anak bahawanya seorang penipu ataupun dikenali sebagai scammers di luar sana boleh mengunakan medium 'social engineering' untuk mendapatkan segala maklumat serta data peribadi orang lain / mangsa dengan hanya melalui sosial media seharian kita

Peringatan kepada anak-anak kita yang baru dalam dunia internet / cyber pengunaan laman-laman website , application yang terdapat perlunya pengunaan yang bersederhana tidak keterlaluan dalam membuat penulisan berkaitan profile, status, detail, alamat serta biodata pengenalan tentang diri terutamanya dalam pembuatan akaun individu dari media sosial

sebab tu kita sangat digalakkan untuk mendidik anak cuba untuk jangan sesekali posting atau teks maklumat peribadi diri lengkap di media sosial seperti alamat rumah, No. Rumah, kad pengenalan, alamat sekolah dan no pendaftaran kenderaan ayah dan ibu.


4. Phishing atau dikenali sebagia pemancing siber internet

Pastikan pesan pada anak supaya jangan tekan link teks atau gambar-gambar yang berkedip yang berada di ruangan tertentu yang meragukan juga beritahu jika terdapat pesanan yang masuk terus ke dalam inbox email, sms diingatkan sila berhati-hati jika ianya pesanan yang agak pelik dari biasa dan tiada kena dengan urusan , pengunaan whatsapp pada telefon bimbit dan pangilan masuk dari no. yang pelik bukan dari kod negara malaysia juga tidak lari dari phishing yang diragui membawa kepada bahaya so waspadalah.

Macam tu lah cara penjahat yang ada di alam internet atau alam dunia maya mengunakan taktik ambil segala maklumat peribadi kita tujuan untuk melakukan penipuan berkaitan duit, rompakan, samun, pecah rumah, colek kanak, dan bermacam lagi sindiket penipuan, memang Seram! Dan menakutkan!

Sudah baca? Bagini cara buat income shopee ramai tak tahu?


5. Muat turun perisian merbahaya (Malware Download )

Ingatkan kepada anak jangan memuat turun / download sembarangan seperti video game, link palsu, lagu, gambar dan sebagainya. Ini kerana Terdapat link download yang mengandungi Malware yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab merbahaya yang seakan-akan  macam permainan video Game. Dapatkan laman sesawang dan apps yang betul dan dipercayai (trusted) untuk memuat turun yang lebih selamat.

Malware adalah sejenis perisian software jahat yang dicipta oleh seseorang seperti virus, Spyware, Adware, Rootkit, Trojan, Bots, penjahat maya. Malware juga berkerja dengan cara menyamar disebalik tulisan, grafik juga disebalik iklan-iklan. Tujuannya adalah untuk mencuri maklumat peribadi kita ataupun dapat mengancam data penting dalam computer milik kita, untuk merosakkan segala program perisian windows PC dan laptop penguna sebagai kita.


6. Childish Content kandungan yang mempengaruhi kebudak-budakkan

Kita sebagai parents harus ingat suatu hari nanti anak anak juga akan membesar seperti orang dewasa suatu hari nanti. Ingatkan pada anak anak jika nak post sesuatu perkara tu fikir fikirkan dahulu bentuk post serta kandungan yang nak dikongsikan kerana hasil posting di media sosial itu akan terpapar serta terdedah kepada umum untuk melihatnya adakah selamat? Ada juga kes dimana bila terlalu banyak yang kita post susah untuk dipadam semula.

Banyak kesan risiko melayari internet yang akan menjadi faktor serta persepsi oleh umum dari tindakan kita serta perbuatan tanpa kawalan dan batasan pandangan segelitir mengenai perkongsian dalam media sosial yang agak tidak berape sihat, masyarakat umum akan memperlekehkan perbuatan yang tidak baik. Hasil dari tindakan kurang matang dan kesedaran oleh kita.


7. Child Scams jerat sindiket penipuan kenak-kanak

Perbezaan scam pada golongan kanak kanak ni tidak sama, tetapi sebaliknya scamer bertindak agak berlainan bagi orang dewasa yang menawarkan duit yang lumayan sebagai umpan atau jerat sebagai taktik untuk mendapatkan habuan dari mangsa.

Scam yang dituju pada anak anak ni lebih kepada tawaran tawaran yang berbentuk Diamons, Coins, Token berkait rapat dengan permainan video games dan ada juga jerat mengunakan taktik klik link ke platform percuma 'free akses' terutama pada games yang kini sedang trending mendapat tempat di dunia perlawanan games secara maya.

Beginilah risiko internet pada anak sangat bahaya kepada anak-anak mereka adalah golongan yang sangat mudah terpedaya kerana mereka ni paling mudah untuk memberi kepercayaan pada orang yang dikenali dan juga tidak dikenali lain. Ini lah yang dikatakan kenaifan.

Peringatan untuk semua tolong sampaikan maklumat serta isu yang semakin membimbangkan ini pada mereka di luar sana terutamanya pada pasangan dan ahli keluarga kita.

Kredit : Taufik Razif

Sudah baca? Aqua Crystal Hall UCYP Pakej Perkahwinan

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama