Permainan lama yang dikenali baling selipar atau susun selipar, merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia dahulu. Ianya tidak banyak beza dengan permainan baling tin atau lecut pot 

Permainan tradisional melayu baling selipar

Tidak banyak perbezaan namun hanya ditukar kepada seliper disusun menegak dan dibaling atau dilayang dengan sebelah selipar. Mana baling tin mengunakan tin-tin kosong yang disusun berbentuk segi tiga (piramid).

Bagaimana baling seliper dimainkan, perkongsian secara ringkas rujukan untuk kita mengetahui lebih lanjut.

Infografik Gambar susunan baling selipar

Permainan Lama Baling Seliper Orang Malaysia

Sudah baca? Gasing permainan tradisional orang melayu lama

Alatan permainan baling selipar

  • Sediakan peralatan yang diperlukan antaranya adalah tiga belah seliper, jenis selipar biasa yang digunakan dan paling sesuai adalah dari jenis selipar jepun dan sebiji bola tenis yang agak lebih berat disyorkan jenis bola yang bergetah (lebih selamat) jika ada atau satu sebelah selipar.
  • Bagaimana cara memulakan permaunan baling seliper, anggota dari salah seorang pemain pertama daripada kumpulan utama akan memulakan permainan dengan cara membaling satu seliper atau bola ke arah sasaran seliper yang telah dibina.

Tiga kali baling sahaja

  • Bagi setiap anggota kumpulan hanya dibenarkan setiap pemain membuat hanya tiga kali balingan ke arah seliper untuk menjatuhkan kesemua sekali selipar yang telah disusun.

Menjatuhkan seliper

  • Untuk pusingan seterusnya dari pemain kedua dari kumpulan yang sama kumpulan utama akan menyambung permainan dengan melontar selipar/bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada kekal lontaran hanya tiga sahaja, dan begitulah seterusnya balingan sekiranya seliper masih lagi tidak jatuh dengan sepenuhnya

Mematikan pihak lawan

  • Jika lontaran mengenai kesemua selipar dan berjaya menjatuhkannya. Maka dari anggota pemain dari kumpulan kedua akan berkerjasama untuk berusaha mematikan salah seorang dari pihak lawanya dengan membuat balingan selipar/bola dan disasarkan ke arah mana -mana anggota badan jika tersentuh dari balingan kumpulan utama.

  • Kemenangan dalam pusingan pertama dan juga satu mata akan diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya membina atau menyusun semula kesemua selipar dan akan meneruskan perlawanan di pusingan seterusnya.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama