Permainan ini dikenali dengan nama baling tin, kerana permainan ini diperbuat berasaskan daripada tin yang kosong diantaranya daripada tin-tin yang telah tidak digunakan lagi seperti tin minuman dan tin makanan segera.

Baling tin dikenali lecut pot

Oleh kerana itu permainan ini dikenali sebagai nama baling tin manakala di sesetengah tempat atau kawasan yang lain mungkin berbeza dari segi nama pangilan seperti baling pot dan lecut pot tetapi konsep serta corak permainan masih lagi serupa.

Permainan Baling Tin Atau Lecut Pot

Baling tin dengan bola tennis

Objek untuk menjatuhkan tin adalah mengunakan bola atau selipar sebagai alat untuk balingan, ade juga akan mengunakan kayu yang berukuran sejengkal dan juga lebihan tin, dalam permainan baling tin digalakkan objek balingan mengunakan bola yang lebih berat dan disyorkan bola tennis atau mengunakan bola takraw adalah lebih baik dan stabil untuk menjatuhkan tin.

Peraturan permainan baling tin

Membuat undian terlebih dahulu untukn sebanyak  penentuan bagi giliran memulakan permainan diantara dua kumpulan, Team A atau Team B yang mana akan memulakan permainan untuk membuat balingan ke atas tin

2. Sebelum memulakan permainan susun kesemua tin tin dalam kedudukan bawah dengan tiga tin sebaris dan atas dua tin dan paling atas satu tin menjadikan empat tingkat yang membentuk piramid.

Kedudukan dan jarak keseluruhan permainan baling tin

Rujukan posisi serta jarak keseluruhan bagi kedudukan bola dan kedudukan tin seperti gambar dibawah :

Permainan Baling Tin Atau Lecut Pot

3. Sekiranya undian telah dibuat dan team B akan memulakan permainan sementara bagi team B dikehendaki membuat lontaran bola ke arah tin yang telah disusun.

4. Setiap pemain hanya di benarkan untuk membuat lontaran bola sebanyak 3 kali lontaran bola ke arah tin sehingga kesemua tin jatuh 

5. Sekiranya pemain dapat menjatuhkan kesemua tin, maka dengan itu tugas pemain dari kumpulan kedua iaitu team B adalah untuk membaling bola ke arah pemain kumpulan dari team B untuk mematikannya.

6. Dan dalam masa yang sama sekiranya pemain dari kumpulan team A berjaya dapat menyusun semula tin yang telah jatuh tersebut, maka dari itu kumpulan ini dianggap memenangi dalam  permainan pada pusingan ini.

Sejarah permainan baling tin

Permainan ini boleh dikategorikan sebagai permainan tradisional bagi masyarakat lama yang menjadi permainan rutin bagi anak-anak , cucu cicit kita dahulu pada Era tahun 70-80 an suatu ketika dahulu, dan kini permainan tersebut masi lagi mendapat tempat dihati oleh masyarakat umum khususnya. permainan baling tin ini sangat mudah dan ringkas hanya perlu mempunyai dua buah kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 3-4 orang anggota, lagi ramai anggota lagi meriah dan bertambah seronok.

Permainan ini juga sangat sesuai dimain oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur atau usia bagi kanak-kanak, dewasa atau pun yang tua, permainan ini juga biasa dimainkan di acara-acara sukan dan juga hari keluarga pada hujung minggu kebiasaanya.

Sudah baca? Permainan tradisional warisan cari cucu

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama