Pasta Perisa Udang Resepi Masakan Itali

Pasta resepi italia style

Hidangan Pasta tidak asing lagi jika disajikan bersama udang dalam menu resepi masakan terkenal dari itali , lagi menyelerakan ketika menikmati juadah pasta masih panas yang sangat mengiurkan.

Pasta diperbuat dari bahan adunan tepung gandum yang memiliki tekstur yang terbaik dan proses penyediaan yang dijamin sangat berkualiti dan khasiat yang sangat tinggi, tepung bersama bahan gluten akan mengubah teksturnya kepada warna seakan kekuningan mudah meresap ketika diadun bersama air 

Pasta tidak terlalu pedas


Ramai diantara kita tidak tahu "Pasta" yang membawa maksud "Adunan" budaya masakan hidangan dari itali kebanyakan kurang memakan makanan yang pedas terutamanya dalam resepi pasta yang sudah tentu bukan dikategorikan rasa makanan yang pedas disyorkan hidangan untuk seisi keluarga, hidangan pasta sangat digemari oleh mereka yang sedang mengamalkan diet sebagai pemakanan untuk mengantikan nasi bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.

Pasta rendah kalori

Pasta juga mengandungi kalori yang rendah, serta tinggi serat dan protein, amat sesuai sebagai penganti nasi untuk dijadikan sebagai pemakanan seharian ianya juga mengenyangkan dan bertahan lama.

Sudah baca? Laksa claypot rasa original resepi turun temurun

Bahan pasta perisa udang

1. Udang (telah dibuang kulit) 170gm [gram)
2. Pasta penne (direbus terlebih dahulu) 80gm
3. Bawang putih 4gm
4. Bawang merah 30gm
5. Minyak zaiton 30gm
6. Cili benggala merah 30gm
7. Cili benggala hijau dipotong dadu 30gm
8. Cili benggala kuning 30gm 
9. Parsli (sebagai hiasan hidangan)
10. Keju parmesan 40gm
11. Garam dan lada sulah 3gm
12. Krim pekat 200ml
13. Tomato 20gm 

Cara membuat pasta perisa udang

✔ Mula sekali panaskan dahulu minyak zaiton dengan api yang perlahan setelah panas masukkan bawang merah dan bawang putih biarkan bawang nampak sedikit kekuningan dan sedikit garing.

✔ Kemudian korang masukkan sayur-suyuran yang telah dipotong dadu. Seperti cili benggala merah, hijau dan kuning.

✔ Langkah seterusnya masukkan udang yang telah dibuang kulit bersama krim keju yang sudah dipekatkan.

✔ Kemudian masukkan pasta dan gaulkan dengan rata.

Aroma pasta udang daun parsli


✔ Dan yang terakhir sekali korang masukkan garam secukup rasa dan lada sulah masukkan juga keju parmesan , daun parsli dan juga tomato. Masak sehingga benar benar Pasta udang korang masak ye.


So, Pasta udang korang siap untuk dihidangkan..selamat mencuba.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama