Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada kedudukan paksi tengah. Serta mengimbang pada satu titik, Gasing juga merupakan permainan  tradisional yang berasal dari orang-orang Melayu sejak dari dahulu lagi, pada era 70-80 an adalah tahun yang paling mendapat tempat dihati masyarakat dahulu menjadikan permainan gasing pada ketika itu sangat popular.


Bilakah permainan gasing akan dimainkan

Gasing juga kebiasaanya akan dimainkan selepas berlakunya musim menuai. Acara permainan gasing akan dipertandingkan diantara kampung ke kampung. Pemenang bagi perlawanan gasing akan dikira berdasarkan tempoh masa gasing yang mampu berputar dengan lebih lama.


Sedikit penerangan ringkas perkongsian sebagai rujukan dan juga ilmu buat kita semua bagaimana cara gasing dimainkan dan secara taktikal kemahiran yang perlu ada sebagai asas.

Gasing Permainan Tradisional Orang Melayu Lama

Sudah baca? Permainan baling tin atau lecut pot

Aturan permainan gasing dalam pertandingan

1. Gasing dimainkan dikawasan yang lebih lapang dan luas pada permukaan tanah yang keras atau kawasan pasir yang lebih padat, dan membuat gelangang permainan dengan membuat lakaran bulatan berdiameter diantara 35-45 inci ukuran, bulatan dibuat dengan mengoreskan di atas permukaan tanah dengan paku.


2. Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain melontar gasing masing-masing? ke arah garisan penentuan, gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.


3. Untuk seterusnya gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan penanda atau gasingnya tidak berpusing akan dijadikan sebagai gasing penahan permainan.


4. Pemain pertama akan memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan. menghasilkan pusingan yang ligat. 


Gasing pangkah tebang

Terdapat beberapa gaya ketika melakukan permainan seperti pangkah tebang, pangkah layang, dan pangkah hentak. Mungkin saya tidak menerangkan satu persatu lebih detail tentang teknik dan perbezaan pangkah. Pemain gasing yang ingin memangkah gasing bagi pihak lawan, berikan tumpuan serta perhatian yang tepat untuk mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri pusingan yang ligat.


Teknik melilit gasing

5. Setiap pemain gasing mestilah memiliki kemahiran serta asas melilit gasing, menjatuh dan memusingkan gasing. Lilit tali gasing dengan dimulakan pada bahagian leher gasing menindih hujung tali dan tahan dengan jari kemudian mulakan lilitan dengan rapi, kuat hingga ke atas badan gasing seperti gambar rajah dibawah ini.  


Tali yang dililit tidak kemas dan tidak rapi akan mengakibatkan tali terurai, lilitan tali adalah teknik asas penting perlu diberi perhatian pada pemain gasing kerana lilitan yang kencang penentu kekuatan putaran gasing yang jitu. Dua teknik ikatan tali adalah diikat pada lengan atau diikat pada pokok sebagai penahan terik dan benar-benar kental tali tersebut.

Sudah baca? Permainan lama baling seliper orang malaysia

Gaya permainan boleh dilakukan cara pusingan sorong dan tarik atau pusingan sentap, bagi pusingan sorong dan tarik pastikan gasing berada dalam keadaan posisi mengiring dan pemain pastikan sasaran tumpuan yang tepat, membongkokkan badan pada kedudukan 45 darjah. 

Gasing Permainan Tradisional Orang Melayu Lama


Cara menjatuhkan gasing


Semasa mengayunkan gasing, ayunkan dalam masa yang sama keadaan gasing ditegakkan pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan pusingan gasing yang laju dan ligat dengan total, dalam keadaan pemain berdiri dalam keadaan tegak dalam keadaan tangan memegang gasing menghala keatas posisi tangan dalam 30 darjah pada paras lengan semasa gasing diayunkan dalam masa yang sama pemain dikehendaki menyentap sedikit untuk memastikan gasing dapat berputar dengan laju supaya gasing dapat berpusing dengan lama.


Teknik angkat gasing


Megangkat gasing semasa berpusing. Adalah bertujuan memastikan pusingan gasing dapat bertahan lebih lama. Semasa gasing sedang berputar dengan laju pemain akan cuba mengangkat gasing tersebut dengan keadaan gasing masih lagi tidak berhenti ketika diangkat.


Sebelum diangkat, pemain perlu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. 


Untuk pastikan gasing berpusing dengan laju mengangkat gasing perlu dibuat dengan berhati-hati dan gasing dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan untuk mengangkat gasing tidak kendur perlunya tali ditarik dalam keadaan terik atau tegang.

Sudah baca? Permainan tradisional warisan cari cucu

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate