Resepi masakan ini mesti ada pada setiap kali perayaan batang buruk tidak akan terlepas pandang untuk diaturkan nanti diatas meja bersama berbagai jenis biskut raya yang lain, terutamanya pada satu syawal.

Kita biasa dengar dan merasanya kuih raya ini, nama batang buruk pun agak menarik, lagi sedap kalau kacang yang disalut kelilingnya lebih tebal dan berhabuk , aroma kacang hijau yang telah disangai sangat menyelerakan.

Trend sekarang banyak biskut raya tunjuk sahaja dah siap korang boleh tunjuk dan beli di bazar bazar raya, tapi korang tahu tak bagaimana sebenaranya nak buat biskut Batang Buruk ni susah ke senang. Apa kata korang cuba untuk membuatnya sendiri saya akan kongsikan bahan-bahan pembuatannya dan cara proses untuk menyediakan sehinngga kuih korang sebiji siap benar benar terjadi..ok jom saya share disini.

Proses buat kuih Batang Buruk

Bahan Buat Batang Buruk Resepi Wajib Hari Raya

Sudah baca? Asam pedas pari sedap kuah pekat

Bahan resepi batang buruk

1} 700 gram tepung gandum

2} 400 gram tepung beras 

3} 1 1/2 biji santan kelapa 

4} 700 gram kacang hijau

5} 500 gram gula kisar

6} 4 biji telur

7} Minyak masak untuk mengoreng

Langkah pertama ape yang korang perlu buat untuk membuat kuih batang buruk

Kalau ketika ini agak susah nak cari kelapa tua untuk di buat santan, korang guna je santan segera banyak kat pasaraya, tak payah korang nak pening pening cari kelapa tua keliling kampung dan kerja kerja parut kelapa banyak pulak kerja nak buat, so cari cara yang mudah sahaja ok.

1. First sekali korang panaskan santan sehingga santan mulai mendidih, setelah itu tutup api dan biarkan santan sejuk dengan sendiri.

Kacang hijau halus berdebu, mudah melekat pada kuih batang buruk

2. Dapatkan kacau hijau dan sangai kacang hijau dalam kuali dengan api yang kecil dan perlahan pastikan kacang di sangai benar-benar kering dan garing sehingga kacang berubah menjadi gelap untuk mendapatkan hasil kisar yang halus berdebu, asing dan buangkan kulit kacang nak mudah pakai sarung tangan atau alaskan tangan dengan kerta gaulkan dengan tangan , kemudian kacang dikisar hinggga halus campurkan dengan gula

Bahan Buat Batang Buruk Resepi Wajib Hari Raya

Adun bahan kuih batang buruk dengan Hand Mixer

Seterusnya Gaul tepung gandum bersama tepung beras dan masukkan santan sedikit demi sedikit yang telah di masak tadi kemudian masukkan telur dan uli bahan tadi guna tangan pun boleh, kalau ade Hand Mixer lagi mudah tangan pun tak lenguh, kena pulak banyak lagi menu resepi biskut lain tak buat lagi haha.

Langkah seterusnya :

Korang cari tempat yang rata luas atas meja atau korang boleh gunakan tudung periuk yang besar tu supaya mudah korang nak canaikan adunan atas tu, korang adun hingga nipis bentuk dia korang buat nipis sibiji macam roti canai nipis nipis lepas tu korang potong garis je dengan pisau atau kalau ada alat yang tajam dengan jarak diantara ikut saiz 2cm x 3cm setiap 1 

Kuih batang buruk lubang besar jari

Ok step seterusnya gulungkan satu persatu adunan tepung yang telah dipotong dengan ukuran lubang sebesar jari dan biarkan ditengahnya berlubang. Kemudian potong kecil dan ulang seperti biasa dan goreng hingga kekuningan.

Setelah garing kekuningan, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau yang telah dikisar halus..selamat mencuba resepi kuih batang buruk..

Sudah baca? Nasi lemak jamnah turun temurun

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم