Nak rasa masakan asam pedas kuah kena pekat, ada rasa masam-masam dan ada pedas, lagi satu ada bau dan rasa aroma dari daun kesum dan rasa bunga kantan ini sangat wajib perlu ada dalam masakan asam pedas, bunga kantan tu bila berada dalam kuah nampak macam tumis sayur , bunga kantan boleh makan rasa lembut itu yang membangkitkan rasa yang terliur dibuatnya.

Banyak juga resepi asam pedas pari yang telah dikongsikan oleh sahabat-sahabat kita, juga perkongsian dari buku-buku resepi masakan, dan juga dari perkongsian laman web, nama asam pedas ni siapa yang tidak kenal dan tahu, tapi yang membezakannya adalah rasa, mungkim kali ini saya berkesempatan untuk menulis serta berkongsi resepi masakan asam pedas berasaskan ikan pari.

Asam Pedas Pari Sedap Kuah Pekat

Resepi asam pedas pari 25 tahun 

So resepi ni ade sedikit kelainan tapi kalau korang nak tahu resepi ini lah yang saya makan serta rasa sejak dari 25 tahun yang lalu, resepi turun temurun, sampai saya sendiri tahu cara untuk membuatnya hasil dari tunjuk ajar orang tua saya dahulu sehingga ke hari ini masih mendapat tempat dan permintaan untuk saya memasaknya lagi.

Jom saya kongsikan cara simple sangat, cuma sedikit kelainan je..tanpa berlengah lagi jom lets go..! Kita main masak2

Bahan untuk asam pedas pari

1. Ikan pari 1 ekor/ikan ketuka

2 . Cili kering yang kurang pedas.

3. Minyak masak secukupnya

4. 3 labu bawang besar/3 biji bawang merah

5. 4 ulas bawang putih

6. Halia 1 inci

7. Kunyit basah

8. Secubit jintas manis dan ketumbar dan secibit lada hitam 

9. Daun kesum 1 ikat

10. Bunga kantan 2 kuntum

11. Asam jawa

12. Garam & ajinomoto secukup rasa

Sudah baca? Laksa claypot rasa original resepi turun temurun          

Cara bagaimana untuk memasak asam pedas pari

Siang ikan Pari/ketuka mengikut bahagian ikut pada saiz ikan korang tu, nak lebih senang korang siap-siap siang semasa membeli ikan dipasar, boleh kalau korang nak menyiangnya sendiri tapi silap gaya ikan akan berbau hancing oleh kerana kesalahan teknik memotong. Setelah itu ikan hendaklah di cuci dengan bersih.

Kemudian korang blander cili kering, halia, kunyit, bawang putih dan blender selepas itu korang masukkan bawang merah/besar tapi jangan terlalu hancur, halus atau lumat nampakkan sedikit teksture kepingan cili kering.

Tumis asam pedas bau harum 

Sementara itu korang panaskan minyak diatas periuk, pastikan minyak mengikut sukatan banyak mana bahan yang korang nak tumis, bahan tumisan akan tengelam dalam minyak secara menyeluruh dan akan masak dengan sekata. Setelah minyak benar-benar panas masukkan bahan yang siap di blander dan tumiskan dengan garing dan akan mengeluarkan bau asam pedas yang harum.

Setelah garing korang masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan kacau gaul hingga rata tutup periuk dalam lingkungan ambil masa 5 minit.

Asam pedas jangan terlalu masam

Bancuhkan air asam jawa dengan air biasa asing buangkan biji pastikan asam jangan berlebihan, supaya kuah asam pedas tidak terlalu masam. dan masukkan air asam jawa sukatan air asam jangan terlalu banyak atau kurang untuk memelihara kepekatan kuah, biar kuah dalam keadaan pekat dan piaw, jangan lupa masukkan garam dan penambah perisa ajinomoto secukup rasa.

Akhir sekali secubit jintan manis dan ketumbar untuk mendapatkan rasa teksture aroma yang padu sebagai gambungan penambah rasa masakan, dengan api yang perlahan untuk mengelakkan kuah akan rasa hangit tutup dan masak sehingga ikan benar-benar empuk dan masak betul. Masukkan sayur tomato atau bendi sehingga masak dan hidangkan.

Korang boleh cuba try resepi asam pedas pari, pengalaman yang saya kongsikan dan telah saya pratikkan untuk memasaknya berulang kali hasil dari air tangan saya sendiri oleh resepi turun temurun orang tua saya. dah tentu asam pedas Pari memang favourite saya, Alhamdulillah saya dapat ramai pujian kawan, sahabat serta saudara mara mengatakan sedap sangat, tak puas makan :). 

Selamat mencuba semua, jangan malu jangan segan yang tak pernah memasak tu resepi asam pedas ini pun boleh cuba.

Sudah baca? Nasi lemak jamnah sambal sangat sedap resepi turun temurun

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama