Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan buat semua orang yang melaluinya semasa kecil, pada ketika itu kita tidak akan terlepas dari bermain permainan yang sangat trend pada ketika itu iaitu permainan tradisional masyarakat 'cari cucu teka siapa nama

Korang pasti telah merasanya jika sanak saudara jiran-jiran terdekat bersebelahan rumah ibu, bapa bersiar berkumpul sambil minum di sebelah petang di beranda rumah sambil melihat keletah anak-anak bila dah berjumpa ramai kawan berkumpul jadi riuh rendah dan terhibur apabila melihat anak-anak berlari kesana sini. permainan 'cari cucu' pada ketika itu menjadi pilihan utama dan sangat digemari semasa kecil ketika itu pada era 70-80an.

Permainan tradisional cari cucu semakin dilupakan

Namun dengan peredaran masa serta zaman permainan tradisional masyarakat 'cari cucu' kini masih lagi relavan untuk dimainkan tetapi semakin dilupakan namun ada sesetengah anak kita yang masih tidak mengenali permainan tersebut kerana kurang pendedahan serta semakin diketepikan oleh masyarakat atas faktor pengaruh dari teknology alam cyber dan video games ia boleh dikategorikan sebagai permainan warisan lama turun-temurun oleh nenek moyang kita dahulu-kala yang perlu di jaga dan dipelihara.

Permainan Tradisional Warisan Cari Cucu
Kredit Photo : Upin & Ipin

Permainan 'cari cucu' merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah, ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai dan tiada had. Halaman rumah atau ditempat yang lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh kanak-kanak lelaki dan bersama perempuan mereka.

Alatan permainan cari cucu

1) Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain atau sapu tangan untuk menutup mata yang akan digunakan dalam permainan ini.

  • Alatan yang diperlukan dalam permainan cari cucu teka siapa sebatang kayu sebagai tongkat dan sehelai sapu tangan

Permainan Tradisional Warisan Cari Cucu

Cara main cari cucu teka siapa

2) Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.

  • Pemilihan seorang perlu dibuat untuk berperanan sebagai nenek. teknik pemilihan seringkali mengunakan pemilihan dengan kaedah lai lai li tam plong dan kaedah wan to som pemain yang kalah dalam undian akan dipilih sebagai nenek
  • Dalam permainan peranan sebagai nenek mestilah menutup mata dengan diikatkan sehelai kain supaya nenek tidak dapat melihat cucu-cucunya

3) Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk satu bulatan.

  • Nenek hendaklah diberikan sebatang tongkat sambil mata ditutup. Seperti nenek buta yang berjalan mengunakan tongkatnya.

Permainan Tradisional Warisan Cari Cucu

4) Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.

Lagu Nenek si bongkok tiga 

(Cucu menyanyi)

"Wahai nenek si bongkok tiga 
siang mengantok malam berjaga 
cari cucu dimana ada 
nenek aku kawin dengan anak raja"


5) Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya. 

(Nenek menyanyi)

"Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak saksi
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa kena dia yang jadi"

6) Nenek pula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya. 

7) Setelah nenek berjaya berjaya menangkap salah seorang cucu nenek perlu meneka nama cucu itu dengan betul.

8) Dan sekiranya sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek mengantikan tempatnya. Dan seandainya tekaan itu tidak salah tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan akan meneruskan permainan peranan sebagai nenek akan diteruskan.

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama