Perlu ke memperbaharui niat puasa pada setiap malam, terdapat perbezaan berkaitan dengan niat puasa Ramadhan yang perlu kita ketahui mengikut beberapa Mazhab ada setengah diantara kita masih keliru, sedikit perkongsian sebagai rujukan seperti berikut.

Niat puasa harian :

Bacaan dalm jawi : 

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan dalam rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Makna serta maksudnya : 
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

Niat puasa sebulan :

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan dalam rumi : 

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kullihi Lil’lahi Taala

Makna serta maksudnya : 
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala"


Perlu ke niat puasa setiap malam

Perbezaan mazhab niat puasa

Mazhab Al-Shafi'ie

Wajib berniat puasa setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah secara yang bersendiri [ Mudtaqil] yang tidak terikat antara satu sama lain.

Mazhab Al-Maliki

Bagi seseorang itu diharuskan untuk berniat puasa bagi sebulan pada malam permulaan Ramadhan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

Pandangan sebahagian ulama Mazhab Shafi'ie

Boleh berpegang pada pendapat Mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

Semoga perkonsian ini dapat menyelesaikan permasalahan kekeliruan niat puasa untuk kita menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dan diredhai Allah SWT 

Sudah baca? Boleh ke mencium isteri ketika puasa

Jangan lupa share pada rakan serta sahabat kita diluarsana..sekian terima kasih.

Kredit : www.muftiwp.gov.my

1 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama