Setiap perbuatan yang membawa kepada dosa yang pernah kita lakukan tidak akan pernah atau terlepas dari di catat oleh malaikat tidak kira dosa besar atau kecil, Allah tidak akan mengubah 

Firman Allah yang bermaksud : 
"Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya yang sentiasa mengawasi gerak geri dan perilaku dari segenap sudut, (sesuatu yang mengundang kepada bahaya) dengan perintah oleh Allah, Allah juga tidak akan mengubah sesuatu kaum itu selagi kaum itu sendiri untuk mengubahnya dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan bala serta bencana kepada sesuatu kaum (kerana diatas kesalahan mereka) maka dari itu tidak ada sesiapa yang dapat menghalang, menahan serta menolak itu semua atas ketentuanNya. Tidak ada sesiapa pun dapat melindungi selain dariNya" [ surah ar Ra'd ayat 11]

Sebahagian dosa-dosa hati seperti berikut

1. Melakukan syirik kepala Allah ( dosa yang paling besar) sesungguhnya perbuatan syirik mempersekutukanNya itu tiada pengampunan dari Allah (dengan sesuatu apa jua) surah al -nisa 48

2. Sifat Riak (Celakalah) orang-orang yang riak ( bangga diri ketika dalam membuat amal ibadat dan bawaannya)

3. Perasaan Hasad dengki & Marah secara batil ( marah ( seperti bermegah-megah dengan mempertahankan nama, pangkat dan kebesaran) "Marah (secara batil) itu daripada syaitan" (Riwayat abu dawud)

Jauhilah diri dari sifat hasad dengki sesunguhnya sifat itu akan memakan pahala serta kebaikan seperti mana api yang memakan kayu-kayu kering (Riwayat abu daut)

4. Sombong angkuh & ujub kata al-jurjani ujub adalah seseorang yang merasakan diri hebat tapi sebaliknya dia tidak layak dengan kehebatan itu.

Kata al-ghazali ujub adalah membesar-besarkan sesuatu nikmat tapi pada masa yang sama pemberi nikmat dilupakan

5. Nifaq ciri-ciri nifaq itu ada tiga iaitu bila berbicara dengan tutur katanya ia berbohong, bila menjanjikan sesuatu dia memungkiri dan bila diberikan amanah dia khianat (Riwayat Al-bukhari)

6. Tidak reda dengan qadak Allah apabila sedang menerima ujian oleh Tuhannya dengan lagi di sempitkan rezeki (tidak bersabar bahkan merasa jiwa yang resah gelisah ) dan kemudian merepek dengan mengatakan Tuhanku telah menghinakan daku ( surah al-fajr 17)

7. Orang yang menolak kebenaran tidak masuk syurga orang yang punya sikap takbur sebesar zarah di dalam hatinya 

"Sahabat bertanya "bagaimana bagi mereka yang suka memakai pakaian dan kasut yang indah-indah wahai Rasulullah" jawab baginda Allah indah dan sukakan keindahan sedangkan takbur bermaksud menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang (Riwayat muslim)

Sudah baca? Tiga golongan doa paling mustajab

Parah dosa hati segera taubat

Meraih janji Allah dari dosa hati

Allah punyai janji istimewa buat hamba-hambaNya yang komited menjauhi dosa-dosa besar firman Allah " kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga) (surah al-nisa ayat 31) 

Allah turut menyenaraikan mukmin yang menjauhi dosa-dosa besar dalam senarai penerima ganjaran pahala dan kebaikan di akhirat yang jauh lebih bail dan kekal berbanding nikmat dunia

Firman Allah : " Apa yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya juga kepada orang-orang yang menjauhi dosa hati serta dosa besar serta perbuatan -perbuatan keji Surah Al-nisa 36-37

Talian hayat dosa hati 

Selaku hamba yang lemah, kita lemah dah sering diuji dengan dosa-dosa besar baik kecil atau besar.

Allah maha pemurah lagi maha pengasih kepada kita justeru dikurniakanNya "talian hayat" untuk kita membersihkan diri daripada membuat dosa-dosa seterusnya menyelamatkan diri daripada Azab seksaNya.

FirmaNya "katakanlah" wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan maksiat) janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Kerana sesunguhnya Allah mengamlunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua yang maha pengampun lagi maha mengasihani (surah al-zumar 53) 

Sudah baca? Penghalang terkabulnya doa hasil harta yang haram

Berikut talian hayat yang Allah kurniakan kepada kita:

Dosa hati taubat nasuha

Firman Allah " wahai orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan TuhanMu akan menghapuskan segala perilaku dan kesalahan-kesalahanMu atas perbuatan kamu, dan memasukkanmu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai ( surah al-tahrim : ayat 8 )

Segera taubat nasuha dengan ciri

  1. Berusaha mengikhlaskan diri kepada Allah
  2. Menyesal dengan bersungguh-sungguh diatas dosa serta perbuatan yang telah dilakukan
  3. Meningalkan dosa perbuatan itu dan kembalikan hak seseorang  ( terutamanya hak berkaitan dengan hak sesama manusia)
  4. Yakin diri serta berazam untuk tidak melakukan lagi atau mengulanginya dosa itu
  5. Pintu taubat sentiasa terbuka bertaubat sebelum pintu taubat tertutup

Elak diri dari dosa besar


Allah lagi maha pemurah, dengan tidak berbuat dosa-dosa besar pun Allah sudah sudi mengampunkan dosa-dosa kecil kita, 

Allah SWT telah berfirman : 
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang kamu dilarang melakukannya, kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan [dosa kecil] kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia" [syurga]" [surah al nisa 31]

Amalan ibadah dosa hati


Terdapat amalan-amalan yang dapat membersihkan dosa-dosa kecil kita. 

Sabda Rasulullah :
"Solat lima waktu jumaat ke jumaat Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar" [Riwayat Muslim].

Allah menerima taubat hamba-Nya yang tulus dan komited marilah kita terus mengharapkan rahmat Allah, kita sebagai umatnya teruskan berusaha menjauhi segala perbuatan juga dosa hati dan bangkitlah daripadanya dengan melakukan taubat [taubat nasuha] InsyaAllah.

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama