Nasi lemak tidak asing lagi bagi masyarakat malaysia, antara makanan favorite utama juadah sarapan pagi, bukan susah kite nak mencari gerai-gerai, warung, dan restoran boleh dikatakan wajib ada menu nasi lemak tidak lupa juga gerai-gerai berbangsa cina dan india juga tidak ketinggalan menyediakan menu yang sama disebelah bagi.

Nasi lemak api kecil special

Bagi pengemar nasi lemak, ada sedikit perbezaan serta kelainan resepi nasi lemak yang akan saya kongsikan pada korang semua, (original) nasi lemak jamnah resepi yang agak ringkas dan sudah tentu resepi turun temurun ini telah diperturunkan sejak dari 30 tahun lalu. menghasilkan sambal tumis yang sedap memerlukan jangka masa yang agak lama 2-3 jam dengan api kecil bagi mendapat rasa yang special (5 bintang)

Nasi Lemak Jamnah Turun Temurun

Cara menghasilan Sambal Tumis 

Sambal tumis nasi lemak yang korang nak buat terpulang korang nak mengunakan kerang/ikan bilis/sotong atau udang..resepi buat sambal tumis ini saya mengunakan kerang sebab lagi power rasanya ikut selera korang.

Sudah baca? Resepi cookies paling sedap

Bahan sambal perlu disediakan :


  • 1) 2 mangkuk isi kerang - yang telah direbus dan diasingkan isi dari kulit basuh dan tos

  • 2) 4-5 biji bawang merah/bawang besar

  • 3) 4 ulas bawang putih - jangan terlebih banyak

  • 4) 1 mangkuk cili kisar/cili kering yang telah dipotong kecil dan direbus (melembutkan cili)

  • 5) Garam secukup rasa

  • 6) Ajinomoto secukup rasa

  • 7) 3 sudu besar gula  - kena ada rasa manis

  • 8) Belacan 2 inci


Proses masakan sambal tumis jamnah :

Kisar bawang besar, bawang putih, belacan dan cili kering yang telah direbus lembut pastikan kisar bahan tersebut dengan lumat serta halus. Panaskan minyak terlebih dahulu dengan mengunakan minyak yang lebih untuk memastikan bahan tumisan masak secara menyeluruh, sekata dan garing sempurna. 

Kemudian tumis bahan kisar dan sehingga cili dan bawang benar- benar masak dan garing masak dengan api yang kecil perlahan. Masak dengan api yang kecil agak memakan masa 1-2 jam berbeza dari pembuatan sambal tumis yang ada ini kerana untuk mendapatkan resepi rasa yang sedap, Proses ini yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.

Setelah bahan masakan mulai garing dan pecah minyak, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.

Kemudian masukkan kerang. Biarkan masak dengan api yang kecil dan perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam, ajinomoto secukup rasa. boleh juga diletakkan potongan bawang besar yang telah dihiris. dan sudah boleh diangkat dan dihidangkan.

Penyediaan Nasi lemak jamnah

Bahan bahan yang perlu disediakan :


  • 1) Beras - basuh beras dengan bilasan 3 kali dan tos

  • 2) 1 helai daun pandan - diikat simpul

  • 3) Garam secukup rasa

  • 4) 1 cawan santan pekat

Cara proses masakan beras nasi lemak :

Masukkan beras kedalam periuk yang telah dibipas air, dengan air secukupnya. Sukatan bagi air santan bergantung kepada kuantiti beras yang ingin dimasak seperti memasak nasi biasa. Paras air santan lebih kurang 1 inci setengah atau satu 1/2 paras garisan pada jari telunjuk.

Dan masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker/dapur gas dan masak seperti biasa.

Selamat mencuba resepi turun temurun yang menyelerakan

Sudah baca? Resepi kek lembut dan sedap milk cocolates

1 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama