Pelbagai jenis rasa laksa menjadi pilihan biasa sangat dengan juadah laksa ni, nak lagi sedap kuah dia pekat, rasa ikan ada pedas dan masam laksa juga ada banyak jenis, boleh dikatakan setiap negeri ada pembuatan laksanya sendiri seperti laksa johor, laksa sarawak, laksa kuala perlis, laksa ipoh, laksa lemak kedah, laksa terengganu dan paling famous laksa penang, dan punyai pengemarnya yang tersendiri namanya yang sangat sinonim dengan rakyat malaysia

Tetapi kelainan laksa bagi negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia mereka lebih mengemari laksa yang lebih dekenali dengan nama 'Laksam' beza laksam mengantikan laksa beras dengan Kueh Teow yang mengunakan tepung beras dan digulung sebagai mee. Kuah yang berlemak mengunakan santan dan ikan rebus sebagai bahan utama. Begitulah lah juga bagi Laksa Kari dimana kuahnya dimana bahan dari rerempah ratus.

Laksa Claypot Rasa Original Resepi Turun Temurun

Sudah baca? Nasi lemak jamnah turun temurun

Setiap kali korang teringin nak makan laksa korang dah tahu dimana kedai-kedai famous yang memyediakan juadah laksa paling sedap untuk dikunjungi laksa ada banyak jenis dari segi rasa, resepi dan cara pembuatan laksa modern atau tradisional beberapa jenis laksa yang menjadi ciatarasa utama kebanyakan seperti laksa 

Laksa rasa terpukau boleh buat sendiri

Jom saya kongsikan cara proses membuat laksa rasa yang lain dari yang lain, pasti korang akan terpukau dan nak ripeat lagi..

Bahan laksa yang perlu disediakan :

1) 1kg ikan selayang / kembung

2) Bawang merah 3 biji

3) Bawang putih 3 ulas

4) Belacan 1 inci

5) 1/2 cawan cili kering yang dikisar

6) Bunga kantan 

7) Daun kesom

8) Garam & serbuk perasa tambabahan kami mengunakan (Ajinomoto)

8) Asam keping 2 keping

9) Laksa beras kering jenis (EKA, Rice Noodle) Jati

Cara-cara membuat laksa :

Kuah laksa kepala ikan dan tulang

Bahan laksa di kisar dan tumis 3 biji bawang merah/besar, 3 ulas bawang putih, Belacan 1 inci, cili kering telah dipotong dan di rebus atau di rendam air panas untuk melembutkan cili dan memisahkan biji cili. Sukatan cili terpupang pada korang nak pedas atau kurang pedas tapi ingat memilih cili ade jenis cili kering yang sangat pedas yang dijual dipasaran. Kalau terlalu pedas tak boleh nak makan pula kesian kat anak-anak

Ikan telah disiang dan dibersihkan buang hanya bahagia perut sahaja , saya lebih gemar buat kuah laksa mengunakan ikan kembung kerana aromanya dan rasa yang lebih sedap. Kemudian rebus ikan, Tidak perlu pisahkan isi ikan dari tulang yang telah di rebus atau kukus kisar bersama-sama kepala dan tulang sekali, tos kan dan asingkan tulang, tulang boleh diulang kisar beberapa kali sehingga halus. Air rebusan ikan di simpan sedikit

Laksa periuk tanah liat

Panaskan periuk, saya lebih suka masak mengunakan periuk tanah liat dan dengan api kecil masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama bunga kantan yang telah disiat kecil atau dibelah 4 juga daun kesom dan sedikit asam keping untuk sedikit rasa masam pada kuah, kemudian masukkan setengah air dari rebusan ikan berserta kisaran ikan dan tulang tadi. Sedikit garam dan ajinomo sesedap rasa, Besarkan api sedikit sehingga mendidih dan masak selama 45 minit. 

Kacau rata bahan kisar, kepekatan kuah mengikut sukatan tambahan air jika perlu kuah laksa yang pekat dengan lebihan isi ikan lebih sedap. Rebus atau kukus mi laksa beras sehingga lembut lebih kurang dalam 1 jam 

Masak laksa dalam Claypot lagi sedap

Penyediaan laksa untuk dihidangkan dikedai-kedai makan atau juadah bersama keluarga mengunakan bekas/mangkuk jenis claypot diperbuah dari tanah liat memberikan laksa akan bertahan panas dengan lebih lama dimana keadaan kuah laksa akan mendidih selama 15-20 minit dalam Claypot

Laksa Ulam Ulaman : Tabur ulaman diatas laksa 

  • Timun
  • Cili api/kampung
  • Salad
  • Limau kasturi
  • Telur rebus
  • Bawang merah

Sedia untuk dihidangkan juadah laksa claypot rasa yang original, ini lah rupa dan rasa laksa penang , mungkin rasa resepi yang saya dikongsikan ni agak simple, belum lagi diantara korang tidak pernah merasa. So jangan lupa untuk mencuba resepi laksa turun temurun sejak dari 30 tahun yang lalu.

Sudah baca? Resepi kek lembut sedap sponge milk cocolates

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama