Masih ada diantara kita sebagai seorang yang beragama islam tidak tahu atau jarang sekali melakukan solat berjemaah bersama keluarga oleh kerana sebab kekangan masa dan kesibukan ditempat kerja juga kepada pasangan diawal perkahwinan. 


Daripada itu mari kita menambah baik lagi solat kita gandakan usaha perbaiki saf, rukun dalam solat, keharmonian dan keberkatan dalam hidup berumah tangga bermula dari solat berjemaah.


Solat berjemaah lebih afdal dari solat bersendirian

Tidak Tahu Solat berjemaah

Solat berjemaah lebih afdal dimana ganjaran serta pahalanya yang lebih banyak jika dibandingkan solat secara bersendirian. Bagi kaum lelaki pahala dan kebaikan adalah di masjid atau surau lebih afdal mendirikan solat jemaah berkenaan. Berbeza bagi kaum wanita tempat paling afdal untuk solat adalah dirumah dan pahala lebih banyak daripada solat di masjid atau di surau-surau. 


Solat bersama keluarga merapatkan hubungan

Tidak menjadi kesalahan jika wanita hendak ke masjid atau surau untuk mendirikan solat berjemaah bersama tiada larangan untuknya. Berjemaah dirumah bersama isteri dan anak-anak hukumnya harus solat bersama keluarga lagi merapatkan hubungan sesama keluarga, dengan beribadat dirumah dapatlah menghiasi rumah dan menyemarakkan lagi dengan bacaan-bacaan al-quran yang banyak syafaatnya.

Daripada abu hurairah :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksud dari penjelasan itu:

"Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat" (Riwayat Muslim 1509)


Peranan imam ketua bagi solat jemaah

Sudah baca? Bacaan solat dalam rumi (bahasa melayu)

Pada lazimnya solat fardu dikerjakan di masjid dan surau peranan sebagai imam untuk mengetua dalam solat berjemaah imam berperanan penting sebagai pemimpin untuk memimpin ibadat solat berjemaah untuk memastikan solat itu dilaksanakan dengan baik dan sempurna dalam menuruti, mematuhi untuk mengikuti imam sehingga akhir ucapan salam.



Imam juga perlu menyempurnakan segala hukum dan perintah Allah SWT, melaksanakan amal ibadah dengan sebaik-baiknya dari segi rukun, saf dan syarat sah solat secara berjemaah dengan tertib dan betul. Sedikit penjelasan sebagai rujukan kedudukan imam dan makmum dalam solat berjemaah seperti berikut :


Kedudukan solat jemaah keluarga 


Disertakan dengan gambar illustrasi untuk memberikan pemahaman yang mudah sebagai rujukan.

Kedudukan imam dan makmum berpandukan warna 
  • Hitam (ayah imam)
  • Biru (makmum anak lelaki)
  • Hijau (ibu/wanita/imam/makmum)
  • Coklat (makmum anak perempuan)


Seorang imam dengan sekurang-kurangnya seorang makmum

(a) Seorang makmum lelaki hendaklah berdiri dibelakang imam di posisi kanan manakala 

(b) Kedudukan solat bagi makmum lelaki yang ramai


Tidak Tahu Solat Berjemaah Bersama Keluarga

Kedudukan seorang makmum perempuan & anak lelaki

(a) Kedukan solat suami dan isteri kedudukan isteri (makmum) tepat di belakang suami (imam)

(b) Kedudukan solat bagi bapa, ibu dan anak (lelaki) posisi anak lelaki sebagai makmum berada di belakang bapa pada sisi kanan manakala ibu berada tepat di belakang suami



Kedudukan yang betul solat berjemaah

Kedudukan imam perempuan dan makmum perempuan solat berjemaah 

(a) Kedudukan solat bagi ibu imam dan seorang perempuan (makmum)


Cara betul solat jemaah keluarga
Imam Perempuan

Kedudukan solat berjemaah bapa, ibu dan anak lelaki/perempuan 

(a) Kedudukan imam, ibu (makmum) dan anak lelaki yang ramai (makmum)

(b) Kedudukan imam dan bagi lelaki ramai (makmum) dan perempuan ramai (makmum)

(c) Kedudukan seorang imam perempuan dengan jemaah perempuan (ramai ) kedudukan imam perempuan hendaklah berada dibtengah-tengah makmum perempuan.
 :

Imam al-Nawawi Rahimahullah telah berkata :
السُّنَّةُ أَنْ تَقِفَ إمَامَةُ النِّسَاءِ وَسْطَهُنَّ لِمَا رُوِيَ أَنَّ عَائِشَةَ وَأُمَّ سَلَمَةَ أَمَّتَا نِسَاءً فَقَامَتَا وَسْطَهُنَّ

Maksud dari penjelasan itu: 

Sunnah : berdiri seorang imam perempuan di tengah jemaah wanita seperti mana yang telah diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Ummu Salamah telah mengimamkan jemaah wanita dan beliau berdua berdiri di tengah- tengah jemaah.

(Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/295)

Tujuan imam perempuan berada di tengah makmum walaupun makmum perempuan ramai ini kerana kedudukan yang berada di tengah-tengah lebih tertutup (ditutupi oleh makmum) beza dengan imam bagi lelaki semasa mendirikan solat jemaah kedudukannya yang berada di hadapan jemaah makmum.

Kedudukan saf solat jemaah keluarga


Panduan Solat Berjemaah Bersama Keluarga



Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang jelas dalam urusan agama.


Kredit : JAKIM - Jabatan kemanjuan islam malaysia

1 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama