Signal kereta Rosak Tukar Relay Flasher Unit

Kerosakan relay flasher unit pada kenderaan


Ramai diantara pemandu akan mengalami masalah dengan signal yang padam sendiri secara tiba-tiba sewaktu membelok, pernah ke korang apabila nak membelok mengubah haluan serta lorong dalam masa yang sama menekan batang switch signal untuk memberi isyarat ke kiri signal berfungsi dengan baik dengan adanya bunyi tiktokk-tiktokk.. tapi sebaliknya jika korang tekan signal sebelah kanan langsung tiada function bunyi pun tiada lampu pun tidak berkedip tapi bila jika korang tekan sedikit ke bawah tanpa dilepas switch signal akan berfungsi seperti biasa, itu petanda signal korang telah rosak


Punca kerosakan relay flasher unit


Banyak faktor sebab dan punca switch signal korang gagal berfungsi dengan baik salah satunya usia kenderaan yang telah menjangkau 6 - 7 tahun , faktor lain mempengaruhi komponan seperti Fuse juga salah satu penyebab arus litar tidak dapat di akses ke control relay flasher unit 


Signal kereta Rosak Tukar Relay Flasher Unit
Turn Signal Switch


Batang switch signal mempunyai akses ke Relay Flasher Unit

Switch signal ni kebiasaanya berada di lokasi sebelah kiri pemandu dan bergantung kepada jenis model kenderaan, bagi kenderaan jenis proton persona rujukan ini kedudukan berada disebelah kiri steering pemandu, selain fungsi sebagai memberi isyarat membelok, batang switch signal juga memainkan peranan lain sebagai switch mengerakkan dan menghidupkan air wiper cermin hadapan, menghidupkan lampu hadapan / headlamp (up/down).

Fuse

Cara untuk mengenal pasti permasalahan ini, cuba membuat pemeriksaan di beberapa komponan utama signal dengan langkah pertama periksa Fuse signal yang terletak di dalam Fuse Box yang berada di kedudukan hadapan dalam enjin bay, jenis Fuse 10A sering berlaku putusnya pendawaian pada sambungan Fius akibat kepanasan dan juga tempoh pengunaan yang terlalu lama hingga memakan tahun lamanya oleh pemilik kenderaan tertentu pengunaan fuse yang kurang berkualiti.

Fuse Box Proton Persona

Periksa Fuse 10A Fuse box pada engine bay


Memastikan menukar Fius yang sama dengan nilai AMP yang asal Fuse 10A, kerana penuntuk mengelakkan wayar dan fuse ini cair akibat kepanasan aliran elektrik pada wayar.

Seterusnya pemeriksaan pada signal relay flasher unit kedudukannya terletak di panel fuse dibawah dashboard depan kaki bahagian pemandu iaitu diatas pedal minyak, kebanyakkan kedudukan relay flasher unit bawah dashboard seperti proton dan perodua, fungsi 'relay flasher' adalah untuk pengimbas signal kawalan kerlipan lampu 20-30 kelajuan sesaat.

Sangat mudah untuk kita mengetahui jika berlaku kerosakan pada relay flasher antaranya bunyi getaran / gegaran pada panel fuse yang berpanjangan pada relay flasher apabila kita menekan batang switch signal dan kerlipan yang agak lemah 4-5 sesaat daripada bacaan normal.

Dari itu apa yang perlu korang perlu buat tukar relay flasher yang baru untuk mengantikan relay lama yang telah rosak.

Turn Signal Relay Flasher Unit

Proton Original Spectron Turn Signal Relay 


Proton Original Spectron Turn Signal Relay / Flasher Unit Relay PW546916. 12 Volt, 42, 46, 92W. 3 Pin 31, 49a, 49. Korang boleh dapatkan di kedai-kedai sparepart kereta yang terdekat dengan harga RM25 seunit

Relay Flasher Unit boleh juga digunakan pada kenderaan Proton jenis model seperti : 
PersonaGen2, BLM Saga, Wira, Exora, FLX, Satria Neo, Perdana V6 dan WajaTools peralatan yang perlu korang sediakan hanya perlu ada Screw Driver bersaiz L sahaja untuk kerja-kerja penukaran komponen seperti langkah-langkah dibawah :



Kedudukan Fuse Panel Relay Bawah Dashboard pemandu


Ada beberapa Screw yang perlu korang buka terlebih dahulu 1 screw lagi perlu dibuka sebelah kiri steering cover bawah dasboard perlu dibuka untuk memudahkan kerja korang untuk mengetahui kedudukan sebenar relay flasher ruang pada panel fuse agak sempit gelap dari pandangan mata. ade sesetengah bengkel tidak perlu buka set cover bawah mereka telah mahir dimana kedudukan komponen socket dengan tepat, disini saya kongsikan bagaimana korang nak DIY sendiri dirumah sebagai rujukan untuk mengelakkan kesalahan dalam pemasangan relay.

Disini kami kongsikan pengantian, pemasangan untuk penukaran relay flasher unit yang baru bagi kenderaan jenis proton persona campro sebagai rujukan dan panduan bacaan



Gambaran jelas kedudukan panel fuse dan kedudukan Relay Flasher Unit setelah cover dasboard dibuka. Korang tarik keluar relay lama yang mempunyai Pin 3 kaki keluarkan dengan cermat perlahan kemudian tukar relay yang baru.

Segala permasalahan mengenai kerosakkan signal tidak semestinya berlaku dari penjelasan dan keterangan dari artikel kami, kerosakkan signal juga dipengaruhi juga oleh sebab dan punca-punca lain yang perlu diambil kira seperti, sambungan wayar terputus, batang switch signal rosak, atau terdapat socket-socket sambungan yang longgar..jika berlaku kesulitan atau kesalahan tidak dapat dibaik pulih dapatkan kepakaran di bengkel-bengkel yang berdekatan.

lampu isyarat sangat penting untuk memberitahu kepada pemandu lain arah laluan kita jangan ambil sambil lewa atau menunda untuk dibaik pulih jika signal atau lampu insyarat kenderaan korang rosak gagal berfungsi, risiko sangat merbahaya pada kita sebagai pemandu dan juga nyawa kepada penguna jalanraya yang lain. Sekian terima kasih.

Peringatan : segala kerja-kerja penukaran dan baik pulih kenderaan pastikan segala aliran/arus elektrik dimatikan terlebih dahulu ( ON/OFF BATERI ) saya tidak akan bertanggungjawab sekirannya berlaku kerosakkan, punca, kesan dan juga risiko adalah tanggungjawab anda sendiri.

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama