Rujukan yang tidak membatalkan puasa

Perkara sah tidak membatalkan puasa mengikut hukum

Ramadhan bulan yang sangat mulia di dalam kalender islam, walaupun berpuasa di bulan Ramadhan adalah sangat wajib ke atas semua umat islam terutamanya dan hanya pada mereka yang mampu dan menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik.

Puasa bagi orang yang memahami tentang tujuan serta konsep puasa ini dengan baik, pasti ramai diantara kita tidak akan merasa ragu dan was-was dalam menjalani ibadah puasa seharian selama sebulan di bulan Ramadhan yang mulia penuh dengan Barakah ini. Allah SWT telah memberikan umatnya kemudahan, keringanan kepada para hambaNya dan tidak akan menyulitkan serta membebankan . Dalam Islam hukum telah membolehkan beberapa perkara bagi orang-orang yang berpuasa. 

Perkongsian serta rujukan perkara yang membawa kepada tidak terbatalnya puasa. Bagaimana perbuatan yang puasanya sah dan tidak sah atau batal mengikut hukumnya.

Perkara tidak membatalkan puasa 

1. Memasuki pagi hari dalam keadaan junub / hadas besar 

(a) Rujukan sekiranya terjadi mimpi basah

Pada sesiapa yang tidur ketika sedang berpuasa, kemudian terjadinya mimpi basah, maka dari sebab itu tidak akan membatalkan puasa, dan hendaklah dia meneruskan puasanya. Demikian pula, barang siapa yang mimpi basah pada malam harinya, dan kemudian ketika hendak bangun pagi dan hari masih lagi dalam keadaan junub / berhadas dan hendak puasa, maka dari itu puasanya adalah sah, walau sekalipun masih lagi tidak mandi wajib atau menyucikan diri kecuali setelah fajar. 

Dasarnya ialah hadits Aisyah dan Ummu Salamah : 

“Rasulullah S.A.W pernah memasuki fajar pada bulan Ramadhan dengan dalam keadaan sedang junub sehabis berhubungan badan dengan istrinya bukan karena mimpi, kemudian beliau berpuasa.”
 

(b) wanita haid dan nifas

Bagi wanita yang haid dan nifas apabila darah mereka terhenti dan melihat sudah suci sebelum fajar, maka dari itu hendaklah wanita itu ikut puasa bersama manusia pada hari itu sekalipun dalam keadaan masih belum mandi kecuali setelah terbitnya fajar. Sebab dan kerana pada ketika itu dia sudah menjadi orang yang wajib untuk berpuasa.

Sudah baca? Ibadah puasa panduan bulan Ramadhan

2. Mandi, mendinginkan badan, dan berenang 

Dari Abu Bakar ibn Abdirrahman dari beberapa  sahabat Nabi telah berkata:

“Di Arj, saya melihat Rasulullah mengguyurkan / mencurahkan air ke atas kepala dan beliau dalam keadaan sedang puasa. Beliau ingin mengusir rasa dahaga atau panasnya.”

Al-Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya yang berkata, 

“Bab mandinya orang yang sedang puasa.”

Kemudian beliau menyebutkan bahwa Ibnu Umar pernah membasahkan sebuah baju yang dipakainya kemudian memakainya dan semasa itu beliau sedang berpuasa.

3. Menelan air liur (Ludah)

(a) Adakah telan air liur batal puasa

Perbuatan menelan air liur atau air ludah tidak akan membatalkan puasa, perkara seumpama ini termasuk sesuatu yang sangat sulit untuk kita menghindarinya. 

Samahatusy Syaikh Abdul Aziz ibn Baz telah berkata :

“Tidak mengapa untuk menelan air ludah ketika sedang puasa. Saya mendapati tiada perselisihan dari ulama tentang bolehnya, sebab menelan ludah itu sangat sulit untuk dihindari.”

4. Berbekam bagi yang tidak khawatir lemah

Bekam adalah sejenis rawatan yang mengeluarkan darah yang kotor dari tubuh dengan menorehkan badan pada titik tertentu dari badan. Berbekam termasuk dalam rawatan pengubatan yang sangat mujarab. Apakah hukum bekam bagi orang yang sedang puasa? 

Sahabat yang mulia Ibnu Abbas telah berkata:

“Nabi pernah berbekam sewaktu berpuasa.”

Hadis ini adalah dalil yang sangat jelas yang membolehkan untuk berbekam bagi orang yang sedang puasa. Ini adalah pendapat mayoritas ulama, pendapat ini adalah pilihan
al-Imam al-Bukhari serta dikuatkan oleh al-Imam Ibnu Hazm. Termasuk di dalam hal ini juga, masalah donor darah; para ulama kontemporer menyamakan status dengan hukum berbekam. Dengan demikian, donor darah hukumnya tidak akan membatalkan puasa. Begitu pula halnya dengan tes darah. 

5. Merasa makanan sekiranya ada keperluan

“Tidak mengapa untuk merasa cuka, makanan atau sesuatu apa pun selama tidak sampai masuk kerongkong dan dalam keadaan dia sedang puasa.”

Syaikhul Islam telah berkata, 

“Merasa makanan tidak digalakkan sekiranya tiada keperluan sewaktu sedang berpuasa, tetapi tidak membatalkan puasa,” jika ada keperluan perbuatan itu diibaratkan seperti berkumur.


6. Memberus gigi, mencelak mata, dan ubat titis mata 


Tiada kesalahan selagi seseorang itu berhati-hati untuk tidak menelannya seperti yang disyariatkan dalam Islam bagi orang yang berpuasa untuk bersiwak (tongkat gigi).” [Rujuk: Fatawa Sheikh Ibn Baaz]

Pendapat terkuat bahawa pakai celak pada bahagian atas dan bawah mata bagi orang yang sedang puasa dibolehkan. Kerana celak mata juga tidak mempengaruhi orang yang sedang puasa, sama saja dia mendapati
rasanya di kerongkong atau tidak.
pendapat dari [ Hanafiyyah dan Syafi’iyyah ], 

[Ibnul Qayyim.Al-Imam al-Bukhari] berkata di dalam Shahihnya :

“Anas, Hasan, dan Ibrahim berpendapat bahawanya mencelak mata bagi orang yang puasa tidak mengapa”

Kebanyakan para ulama (kontemporari) menyatakan bahawa penggunaan Ubat titis bagi mata tidak akan menyebabkan batalnya puasa.

7. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan


Dari Laqith ibn Shabirah bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda:

“Bersungguh-sungguhlah kalian ketika memasukkan air ke dalam hidung, kecuali jika kalian sedang puasa.”

Berkumur bagi orang yang sedang berpuasa hukumnya sama seperti ketika sedang mengambil wudhu atau mandi tidak akan terbatalnya puasa jika mempunyai sisa-sisa basahan air ya yang masih ada di dalam mulut. Manakala bagi sisa berkumur jika tertelan air kumur bersama diiringi air air liur tidak akan juga membatalkan puasa.

8. Perbuatan berciuman dan berpelukan bagi pasangan suami dan isteri.

Perlu diingat sekiranya tidak membawa kepada terjadinya sehingga mengeluarkan air mani, ianya di bolehkan bagi pasangan suami dan isteri untuk melakukan perbuatan seperti pelukan serta ciuman pada waktu siang di bulan puasa iaitu bulan Ramadhan ketika itu sedang menjalani ibadah puasa. Dan sehingga tidak terjatuh dalam perlakuan serta perbuatan yang bertukar menjadi haram hukumnya yang berupa jima’. 

Pada dasarnya dalam hadits
Aisyah telah berkata seperti berikut :

"Nabi pernah melakukan seperti mencium dan memeluk, dalam pada masa yang sama beliau sedang berpuasa. Beliau juga adalah orang yang paling mampu hawa nafsu syahwatnya di antara umat serta kalian semua.”

Asy Syaikh Muhammad ibn Shalih al-Utsaimin telah berkata, 

“Tiga jenis ciuman yang terbagi menjadi tiga perkara yang perlu kita ambil sebagai rujukan diantaranya : 

(a) Rujukan berkelakuan mencium atau berpelukan

  • Ciuman yang dilakukan dengan tidak diiringi atau membawa perasaan yang bernafsu syahwat. Contoh Seperti ciuman seorang ayah terhadap anaknya yang masih kecil. Maka dari itu hal ini diperbolehkan, dan tidak sedikit pun yang mempengaruhi dari segi hukumnya bagi orang yang sedang menjalani ibadah puasa seperti biasa. 

  • Ciuman yang membangkitkan syahwat. tetapi telah merasa situasi tersebut tidak akan sehingga keluarnya air mani. Bagi pendapat madzhab Hanabilah, ciuman jenis ini sangat tidak disukai atau dibenci; tetapi dalam masa yang sama, dalam kebenaran tidak perlu untuk tidak disukai atau dibenci perbuatan itu.
  • Perbuatan Ciuman yang dikhawatiri  akan mengeluarkan air mani, maka dari itu ciuman ini membawa kepada hukumnya haram diatas perbuatan yang dilakukan jika sangkaan dalam diri menyatakan bahawa air maninya akan keluar akibat perilaku tersebut. Umpama seorang  yang mempunyai nafsu syahwatnya serta keinginan yang kuat terhadap pasangannya. Wallahu A’lam.

Sudah baca? Apakah batal puasa telan kahak

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian artikel ini menambah lagi ilmu serta panduan yang sangat berguna, Selamat menunaikan ibadah puasa dan menjalani ibadah puasa dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran penuh keikhlasan dan diberkati oleh Allah SWT.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم

Translate