Buang angin dalam badan selepas bersalin


Petua turun temurun buang angin dalam badan terutamanya kepada ibu selepas bersalin dimana bagi wanita diluar sana sangat mudah badan dimasuki angin. Tempoh berpantang sangat perlu diambil berat dari segi penjagaanya bagi wanita.

Buang angin pakai rempah ni lagi jimat dan selamat bebas dari segala bahan kimia atau kandungan berisiko. Petua turun temurun dalam keluarga ibu dan anak tidak lagi rasa angin serta kembung di perut. Rasa tidak selesa ketika masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya selepas membuat pembedahan, dimana terasa tidak selesa dibahagian perut mula terasa kembung, tidak dapat bersedawa mahupun kentut untuk buang angin.

Ada sesetengah ibu bila bergejala angin dalam badan dalam permulaan tempoh berpantang mengundang simptom lebih parah berlaku kenaikan angin ke bahagian kepala mulalah rasa sakit kepala, pening kepala, rasa mual dan muntah berulang kali, sebenarnya ada beberape faktor juga dari segi pengambilan makanan selepas bersalin yang boleh diambil kira cuba untuk elakkan dari memakan makanan yang menghasilkan lebihan angin dalam badan seperti :

Makanan punca angin dalam badan


(a) Sayuran seperti Terung, Kekacang, Labu Taugeh elakkan memakan sayuran dari jenis tumbuh dari pokok yang menjalar.

(b) Buah-buahan seperti Buah Apple, Peach, Tembikai, Nangka dan Pear

(c) Minuman yang mengandungi kafein, jus buah dan minuman berkarninat soda (bergas)


Saya akan kongsikan petua yang boleh dikatakan mujarab sebagai rujukan bagi wanita bagaimana cara untuk buang angin dalam badan ketika dalam pantang bahan yang perlu ada sangat ringkas dan mudah sediakan jintan manis, halia, madu, kayu manis ceylon cinnamon dan air kosong dan bagaimana cara penyediaanya.

Ubat buang angin dalam pantang


Buang angin ketika dalam pantang


Sukatan Bahan-bahan yang telah disediakan seperti  :

  • 1/2 sudu Jintan Manis
  • 2 inci Halia
  • 1 sudu Madu (guna madu kelulut untuk kurang manis)
  • 1 sudu Kayu Manis Ceylon Cinnamon (serbuk)
  • Air kosong 2 gelas
Cara dan proses penyediaan bahan

1. Rebus sampai mendidih dalam masa 5 minit.

2. Kemudian campurkan 1 sudu Kayu Manis Ceylon Cinnamon

Kebanyakan orang dulu guna kayu manis biasa yang kita gunakan dalam memasak untuk buang angin dan petua ini juga diorang amalkan seminggu tiga kali sahaja. So saya ingatkan apa yang telah saya baca ketahui kalau untuk amalan minum setiap hari gunakan Kayu Manis jenis Ceylon sebab kandungan coumarin dalam kayu manis tersebut rendah. Pakai Ceylon Cinnamon lagi mudah kerana berbentuk serbuk.

Dan lagi satu, ramai dikalangan masyarakat kita masih tidak tahu jenis kayu manis biasa 'ceylon' dan kayu manis 'cassia', dua perbezaan kayu manis jenis cassia adalah yang biasa kita gunakan dan ia mempunyai kandungan 4% coumarin yang merbahaya dapat merosakkan hati, berbanding kayu manis ceylon hanya 0.04% kandungan jenis ceylon cinnamon sesuai sebagai perubatan, so korang boleh dapatkan di pasaraya.

Ceylon cinnamon ubat buang angin


Buang Angin Ketika Dalam Pantang



3. Waktu terbaik untuk diminum pada suhu yang suam. Petua ini boleh diamal minum pada setiap pagi..banyak juga produk-produk lain yang ada dijual tapi terlalu banyak jenis, kandungan dan brand kita tidak pasti dan cuba produk mana yang serasi bagi ibu berpantang dan juga pada baby, lagi pun kita tidak boleh ambil produk sembarangan kerana takut kesan serta efek ade risikonya, so lebih baik amalkan rempah-rempah tradisional lebih selamat.korang boleh Cuba korang boleh rasakan perbezaan setelah mengambil petua minuman ini badan rasa ringan dan terasa sedap baby pun tidak kembung.


khasiat selepas research petua buang angin


Khasiat Jintan Manis - Baik untuk mencuci perut (usus), perut berasid & membuang angin dalam perut.

Khasiat Halia - Baik untuk proses sistem penghadaman makanan dalam perut. Seperti Angin, kembong dalam perut dan merasa sebu

Khasiat Madu - Meningkatkan sistem imun dalam badan untuk melawan bakteria dalam usus.

Khasiat Kayu Manis Ceylon - Menghangatkan rasa keseluruhan dalam badan dan perut supaya tidak memasuki angin. Punyai tinggi antioksidan dan bagus untuk diamalkan pada setiap hari. Kayu manis jenis ceylon lebih selamat untuk digunakan dalam amalan setiap hari berbanding kayu manis biasa sebab kandungan coumarin yang sangat rendah tidak effect

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم