![]() |
Kredit Photo : nusagates.com |
Hukum cium mulut suami isteri ketika puasa
Ada segelintir diantara kita masih tidak jelas perbuatan bercumbu atau mencium isteri boleh atau tidak ketika dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, boleh atau tidak itu yang menjadi persoalan.
Panduan bacaan ini dikongsikan kepada kita semua, menerusi pandangan dari segi mazhab berkenaan hukum halal dan haram sebagai rujukan kita semua, terutamanya kepada pasangan suami dan isteri yang telah berumahtangga, dimana ada masa-masa tertentu melakukannya tanpa disengajakan pada bulan puasa, kasih sayang serta kemesraan pasangan adalah fitrah bagi setiap pasangan yang lepas berkawin.
Bagi mereka yang masih lagi belum berumahtangga, boleh jadikan panduan ini sebagai rujukan untuk dijadikan sebagai ilmu dan panduan dimasa akan datang. bagaimana dengan Rasulullah S.A.W yang mencium isterinya walaupun dalam menjalani ibadah puasa.
Rasulullah biasa mencium isteri
( Hadis riwayat Ahmad )
Sudah baca? Niat puasa bulan Ramadhan bacaan rumi
Hukum bersetubuh di bulan puasa pada waktu siang
HADIS di atas menjelaskan bahawa Nabi s.a.w biasa mencium Hafshah ketika berpuasa. Hal ini beliau lakukan untuk menjaga kemesraan antara beliau dan isterinya.
Hanya dapat kawal nafsu
Para suami boleh mencium isteri ketika berpuasa Ramadhan selama dapat mengendalikan nafsunya sehingga terhindar dari melakukan hubungan sebadan Ia juga dihalalkan berbuat apa saja bersama isteri ketika sedang berpuasa kecuali bersetubuh. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis -hadis berikut :
Dari Aisyah r.a ia berkata ; Rasullulah s.a.w kedatangan seorang lelaki. Lelaki tersebut bertanya : Bolehkah saya mencium isteri pada siang bulan Ramadhan? Beliau bersabda: Boleh. Selanjutnya datang pula yang lain berkata: Bolehlah aku mencium isteri pada siang bulan Ramadhan? Beliau bersabda : Tidak. Lalu aku ( Aisyah) bertanya: Wahai Rasulullah, engkau izinkan si anu, tetapi engkau larang si ini? Beliau bersabda : Lelaki yang aku izinkan itu sudah sangat tua dan ia mampu mengendalikan nafsunya sedangkan lelaki yang kularang tadi masih muda. Dia tidak sanggup mengendalikan nafsunya. Oleh kerana itu, aku larang dia."
(Hadis riwayat Ibnu Najjar)
Sudah baca? Ibadah puasa panduan bacaan Ramadhan
bersetubuh tidak halal
Maksudnya : " Dari Masfuq, ia berkata: Saya pernah datang kepada Aisyah r.a lalu saya bertanya: Wahai Ummul Mukminin, apa yang halal bagi seorang suami terhadap isterinya yang sedang haid? Ia berkata: Selain vagina. Saya bertanya : Apakah yang halal bagiku bersama isteriku ketika sedang puasa? Jawabnya : Semua boleh kecuali bersetubuh."
( Hadis riwayat ' Abdulrrazaq )
Anggapan sebahagian ulama yang melarang mencium isteri pada siang bulan Ramadhan bagi yang berpuasa kerana takut keluar madzi atau wadzi tidaklah beralasan. Jadi, suami isteri tetap dapat membina kemesraan dengan mencium pasangannya ketika sedang berpuasa.
Bermesra dengan isteri ketika puasa
Bermesraan dengan isteri sebagaimana dicontohkan Rasulullah s.a.w di atas tidaklah dihalang oleh agama sekalipun yang bersangkutan sedang berpuasa atau setelah melakukan wuduk. Dengan demikian. agama Islam justeru memberikan peluang kepada suami isteri untuk tetap memelihara suasana kemesraan sekalipun sedang menjalankan ibadah puasa.
Sudah baca? Pernah telanjang dalam selimut ketika tidur?
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keiklasan serta diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Amiin.
Sumber : Penerbitan Seribu Dinar
Muhammad Haiye al-alawi
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM