Bantuan Khas RM500 Sempena Aidilfitri 2021
Photo by blog.teclutions.com

Bantuan khas penjawat awam & pesara

Kenyataan media dari pejabat perdana menteri berkenaan dengan bayaran bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 dimana kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan khas berupa kewangan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, 

Bantuan oleh kerajaan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awan Gred 56 dan kebawah termasuk kakitangan dan pesara dengan bantuan sebanyak RM250 kakitangan contract juga turut menerima bantuan seperti :

  • Penjawat jawatan Contract of services
  • Penjawat jawatan Contract for services
  • Pengawai sambilan harian
  • Lantikan di bawah MyStep
  • Pesara kerajaan (RM250)

Pemberian bantuan khas oleh kerajaan ini adalah bertujuan bagi memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan penjawat awam dalam mengalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang sangat mencabar dalam pendamik Covid-19 yang ketika ini masih lagi dalam tempoh perlaksanaan oleh kerajaan.

Pembayaran bermula 6 mei 2021 

Agihan pembayaran bagi bantuan khas ini akan di kredit bersama-sama dengan pembayaran gaji pada bulan Mei depan. Iaitu yang bertarikh pada : 

👉 6 Mei 2021.

Sudah baca? Permohonan telefon pintar percuma bagi golongan B40

Bantuan khas ini juga telah memberi manfaat serta faedah kepada lebih dari 2 juta penjawat awam dan pesara untuk meringankan beban hidup mereka susulan impak pandemik COVID-19. Bantuan khas ini juga dalam masa yang sama dapat membantu golongan seperti pesara yang kurang berkemampuan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Pengumuman pemberian bantuan khas kewangan aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum diatas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang hari raya aidilftri 2021.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas sempena aidilfitri ini dapat meringankan beban kewangan kepada kakitangan awam dan juga kepada pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

KENYATAAN BERTARIKH PADA 22 APRIL 2021


Sudah baca? Bantuan E-Wallet di tambah RM100 

Sumber : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم