Seringkali mengalami sakit kepala ataupun migrain tips dan cara merawatnya

Sakit kepala atau migrain kerap kali dialami oleh kita, sakit kepala yang terjadi oleh sebab terdapat banyak faktor, ianya juga dipengaruhi oleh persekitaran kita, perilaku, perbuatan atau datang secara tiba-tiba, sakit kepala yang biasa dialaminya hanya terkadang dibahagian atau tempat tertentu sahaja.

Tips sakit kepala bacaan rumi

Darimana punca sakit kepada

Masalah sakit kepala yang sering terjadi dikalangan kita kebiasaannya disebabkan oleh faktor utama gaya hidup individi itu sendiri seperti tekanan hidup yang terlampau ( stress), dimana kesakitan dikedua-dua bahagian kepala, manakala kesakitan kepala yang dialami lain pula ini lebih cenderung akan merasa loya, mual, rasa nak muntah atau Mabuk ( ketika menaiki kenderaan, menaiki bot ) selain dari itu alergik kepada bunyi, cahaya dan juga titisan hujan pada permukaan kulit kepala ( hujan asid, perubahan cuaca ).

Sakit kepala atau migrain yang kita perlu ambil tahu

Beza kesan kepada migrain dimana tidak lah akibatkan sehingga membawa maut, migrain juga mempengaruhi faktor aktiviti seharian kita secara fizikalnya misalnya aktiviti sukan lasak yang membawa ketegangan, meminum minuman berkafaein tinggi, berakohol/wine dan pengambilan kopi yang berlebihan tanpa kawalan. Melakukan kerja-kerja tugas di tempat yang agak presure yang memberi tekanan atau perubahan waktu tidur dengan secara tiba-tiba kurang mendapat tidur dengan secukupnya.

Pengamal perubatan islam telah menyatakan menerusi kalam Allah mengenai, terkandungnya isi serta amalan yang boleh jadi penawar kepada penyakit serta penyembuh dan pulih dari mengalami penyakit , Al-Quran adalah kalam Allah ia merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan dari jibrail A.S selama lebih kurang tempoh 23 tahun lamanya, 

Al-Quran merupakan mukjizat yang sangat agung yang tiada tandingannya dan ia adalah kurniaan istimewa Allah SWT, kepada hamba-hambaNya sebagai panduan dan pedoman hidup, ianya adalah hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan dalam kehidupan manusia juga cukup lengkap tiada cacat celanya ia untuk menjamin keselamatan , kebahagiaan, dan kesejahteraan hidup kepada seseorang individu , untuk keluarga juga untuk masyarakat negara dan umat islam, terdapatnya surah yang mengandungi 114 merangkumi pedoman semua segala aspek tentang kaitan kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat

Sudah baca? Ayat pelindung diri bacaan rumi

Imam muslim dari jabir bin abdillah telah berkata bahawasanya Nabi telah bersabda :

Maksudnya : 

"Setiap sakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah SWT" ( HR. Muslim)

Al-Quran dan perubatan

Nabi Muhammad SAW telah bersabda : 

علٌكم بالشفاءٌن المرأن والعسل

“Hendaklah kamu berubat dengan dua ubatan, iaitu al-Quran dan madu”

Dari Abu Said al-Khudri r.a. :

“Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di sebuah kampung. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata: 

“Sesungguhnya ketua kampung ini sakit dan tidak seorang pun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah di kalangan tuan-tuan yang dapat mengubatinya?” 

Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak sangka yang ia dapat menjadi perawat. Pesakit itu lalu didoakannya lalu sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami diberi minum susu. Ketika ia kembali kami bertanya: 

Ummul Kitab Al-Fatihah sebagai penawar rawatan penyakit

“Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi?” 

Ia menjawab: “Tidak, aku bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” 

Kami berkata: 

“Kejadian ini jangan dikhabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah SAW. lebih dahulu”. 

Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah SAW dan kami menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah SAW lalu berkata: 

“Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sudah baca? Menakjubkan Al-Quran pada orang sakit


Bagaimana cara merawat sakit kepala dan migrain dalam islam.

Penawar sakit kepala dengan cara islam, Al-Quran juga terdapat satu ayat sebagai penawar ia berupa doa yang dapat merawat penyakit satu penyakit iaitu sakit kepala atau juga rawatan dapat menghilangkan rasa sakit dibahagian tertentu, Surah Al-Waqiah ayat 19 kepada yang sedang mengalami sakit kepala boleh cuba diamalkan dengan bacaan dalam rumi yang kami sediakan dengan mengikut langkah yang dikongsikan.

Cara  : Sepanjang membaca surah itu letakkanlah kedua-dua tangan di kepala sebaik-baiknya dibagian yang sakit seterusnya dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah dan dengan diikuti surah yang seterusnya seperti dibawah :

Doa dan mintalah kesembuhan dari penyakit yang dialaminya

1. Baca Surah Al-Fatihah [ Dibaca 1 x ] 

Bismillaahirrahmaaniirrahiim

"Alhamdulillahi rabbil alamin, Arrahmaanirrahiim, Maaliki yaumiddiin, Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin, Ihdinashirratal mustaqim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin".


2. Baca Ayatul Kursi [ Dibaca 3 x ]

"Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-im minilmihi illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”


3. Baca Surah Al-Ikhlas ( Dibaca 3 x ) 

"Qul HuWa-LLahu 'Ahad  'Allahus samad Lam Yalid, Wa Lam Yulad Walam Yakul LaHu Kufuwan 'Ahad"


4. Baca Surah Al-Falaq ( Dibaca 1 x )

"Qul a-‘uuzu birabbil falaq. Min syar-rimaa khalaq. Waminn syar-ri ghaa-siqin izaa waqab. Waminn syar-rinn naffaa-tsaati fil ‘uqad. Waminn syar-rihaa sidin izaa hasad"


5. Baca Surah An-Nas ( Dibaca 1 x ) 

"Qul 'A‘uzu BiRabbin Nas  Malikinnas  'Illahinnas  Minsyarrilwaswasil khan nas  'Allazi Yuwas wisu Fi Sudurin nas  Minaljinnati Wan nas"


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 ( Dibaca 3 x ) 

"Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim' "


7. Baca Selawat atas Nabi SAW ( Dibaca 3 x )

"Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad"


8. Baca Surah Al-Waqiah ayat 19

"La yusod da'una 'anha wala yunzifunn."


Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua Ta n tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sa

Dalam perubatan islam banyak lagi rahsia dan keistimewaan surah-surah dan ayat-ayat al-quran yang boleh dirungkap lebih banyak lagi. Angaplah kesakitan serta musibah yang kita hadapi sebagai satu bentuk ujian dari Allah, segala ujian itu memberikan kita lebih keimanan dan bertaqwa kepada . Semoga perkongsian ini kita akan medapat manfaat serta mendekatkan diri dengan Allah yang menciptakan kita lahir di dunia. Amiinn.

Sudah baca? Tiga golongan doa paling mustajab

Sumber : Senyum Semanis Madu

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik

Tips sakit kepala, bacaan rumi, penawar sakit kepala, rawatan sakit kepala.

أحدث أقدم