Syaaban bulan paling afdhal untuk berselawat

Kita sebagai hambanya perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan tidak meninggalkan selawat kita perlu memperbanyakkan selawat keatas baginda terutamanya pada bulan syaaban

Syaaban Bulan berselawat Akan Digugurkan Sepuluh Kesalahan


Allah telah memesan dan telah memerintahkan hambanya malah kepada semua makhluk yang ada di muka bumi ini agar berselawat kepadaNya sehinggalah bersatulah pujian selawat kepada Baginda SAW di antara penduduk langit dan juga bumi.

Syaaban bulan sholawat


Ramai diantara kalangan kita masih tidak tahu kelebihan yang ada pada bulan syaaban daripada bulan-bulan yang selainnya di dalam bulan-bulan islam, pada bulan ini jugalah dimana turunnya ayat berkenaan selawat iaitu surah [Al-Ahzab ayat 56]

اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

Allah S.W.T telah berfirman : 

" sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat [ memberi segala penghormatan dan juga kebaikan ] kepada nabi [ muhammda SAW] ;

"Wahai kepada orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"

Bacaan sholawat bulan sya'ban


Para ulama telah bersepakat dimana untuk menetapkan semula hukum berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah wajib pada keseluruhanNya, tetapi mereka tidak sepakat ( ijma ) mengenai bila masa untuk melaksanakan wajib untuk berselawat dan berapakah bilangannya, antaranya seperti berikut sebagai panduan bacaan untuk diikuti sebagai amalan :

A. Wajib berselawat dalam pada masa sedang mengerjakan solat / sembahyang

B. Membaca Tasyahut [tahiyyat]

C. Membaca Tasyahut kedua/tahiyyat terakhir
D. Setiap menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian baginda


Waktu paling afdhal berselawat


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bacaan dalam rumi :

Alahumma salli 'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammad

Maksudnya : "Ya Tuhan kami, selawatkan lah keatas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya"


* Bacalah Selawat ketika mendengar orang-orang yang menyebut nama Nabi SAW atau menghadiri ceramah-ceramah majlis ilmu.

* Juga selawat Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan 

* Bacaan selawat pada permulaan sebelum berdoa dan di pertengahan doa seterusnya pada penutup doa 

* Setiap masa berselawat di sepanjang pada hari jumaat 

Kelebihan berselawat 


Rasulullah SAW telah bersabda :

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

" Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan  [dosa]nya, serta ditinggikannya sepuluh darjat / tingkatan [ di syurga kelak ]" 

( HR An Nasa'i ahmad sahih )


Perkongsian panduan selawat di bulan syaaban boleh dijadikan rujukan serta dijadikan amalan buat kita semua dan Semoga Allah  menempatkan kita semua sebagai hambanya dalam kalangan orang yang beriman dan juga orang-orang yang sentiasa melakukan ketaatan dan suruhanNya. Amin.

Kelebihan nisfu syaaban

Daripada mu'az bin Jabal RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : 

Allah SWT telah melihat mahkluk-Nya pada malam nisfu syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan. ( Sahih Ibn Hibban).

Pendapat imam Al-Syafie
  • Doa yang mustajab pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam aidiladha, malam Aidilfitri, malam awal Rejab, dan malam nisfu syaaban.

Amalan nisfu syaban

  • Umat islam amatlah digalakkan untuk tidak melepaskan peluang yang ada dengan mengambil kelebihan serta ganjaran yang terdapat pada malam nisfu syaaban.

Selawat nisfu syaaban

  • Memperbanyakkan segala amal dan ibadah seperti membaca A-Quran, banyakkan berzikir, serta berselawat, dan tidak lupa mendirikan solat sunat dan sebagainya.

Bulan syaaban bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh kita semua, untuk mengandakan pahala dan mengharapkan keampuanaNya.

Dengan perkongsian panduan ini sedikit sebanyak dapatlah kita semua meningkatkan lagi amal ibadah, dan tingkatkan lagi ketakwaan dan melakukan amalan-amalan yang dituntut.
 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama