10 tips kunci ketenangan hati

Disini pentingnya untuk bermuhasabah diri cubalah kita merenung kembali setiap apa yang terjadi di dalam sehari-harian dalam kita menempuh hari-hari dalam menjalani kehidupan kita, harapan kita akan menemui kebahagiaan dan ketenangan hati di sepanjang meniti perjalanan hidup dunia.

Kita di dunia hanya menjalankan kewajipan semua orang akan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat tapi kita jangan lupa amalan bermuhasabah inilah yang menjadi kunci ketenangan serta tips untuk dijadikan panduan hidup yang akan memacu penunjuk arah apa yang harus dilakukan dan dibuat dalam mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Sudah baca? 5 tips untuk keluarga bahagia

10 tips bagaimana untuk mendapatkan ketenangan dan kebaikan hati setiap insan mengikut pandangan islam.

1 . Hindari hati dari dipengaruhi oleh rasa benci 

Rasulullah telah bersabda : 

"Wahai anakku jika kau mampu berpagi dan berpetang pada setiap masa dan waktu dalam keadaan kamu tidak merasa benci sedikit pun kepada sesiapa, maka hendaklah kamu melakukan demikian" 

Kita digalakkan untuk mengawal diri dari hawa nafsu sifat marah yang menguasai diri yang akan membakar perasaan benci terhadap sahabat, saudara, keluarga dan juga orang lain kerana perasaan benci itu akan mendorong kita ke arah keluarnya percakapan yang tidak baik dan buruk sepert makian, kata-kata yang kesat dan bahasa yang kasar malah pertuturan makian yang keterlaluan.

Sifat benci akan menyebabkan berpecah-belahnya saudara seagama islam sesama kita. Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dengan melalui kehidupan dengan tanpa ada sifat atau rasa membenci ianya adalah satu motivasi yang akan menjalinkan sifat pengagasih dan penyanyang antara kita semua.

2 . Jangan cepat mengeluh

Ada segelintir mereka yang mudah mengeluh dengan dikaitkan oleh beberapa faktor perasaan seseorang aktiviti persekitaran serta perbuatan yang kita lakukan yang mempengaruhi diri emosi dan ketenangan hati dalam diri untuk merasa kesedihan, kekecewaan dan juga perasaan marah. Selaian itu merasa tertekan.

Zaman sekarang adalah zaman kehidupan yang sangat getir penuh cabaran serta ujian yang perlu kita tempuhinya terutamanya dari segi persaingan kehidupan, kewangan/ekonomi, pasangan hidup dan kehidupan dalam berumahtangga dan sebagainya yang menjadi punca timbul permasalahan sekiranya kita salah dalam membuat percaturan. 

Dinasihatkan cubalah menerima keadaan situasi dan redha segala takdir yang terjadi setiap berlaku ada hikmah disebaliknya, bersyukur diatas nikmat yang diberi, jangan cepat mengalah dan berputus asa teruskan perjuangan teruskan untuk lebih bersemangat susun dan atur rancangan lebih rapi sebagai kunci hati semanngat untuk mengorak langkah kehadapan jadikan cita-cita serta keinginan tujuan yang kita kehendaki satu impian untuk kita miliki.

3 . Hiduplah bersederhana dan tidak melampau batas

Tips kunci ketenangan hati Hindarilah diri dari kehidupan sifat yang riak, angkuh, sombong dan bangga diri kerana memiliki kekayaan, kemewahan dalam hidup misalnya mampu untuk membeli kereta besar, rumah besar dan bangga dengan kedudukan serta jawatan tinggi, pangkat sehingga berbelanja dengan keterlaluan dan melampaui batas, boros dalam masa yang sama juga merasakan diri itu lebih hebat dipandang tinggi dan memandang rendah terhadap orang lain. Ingat lah segala harta, kekayaan dan kemewahan itu datangnya rezeki itu dari Allah SWT.

Menjalani kehidupan dalam bersederhana adalah lebih baik, sudah pasti itulah keutamaan dalam syiar islam kehidupan sederhana juga dapat memberikan kehidupan kita kearah positif dan kebaikannya.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya keserderhanaan itu adalah sebahagian daripada iman" [ Hadis Riwayat Abu Daut ]

4 . Berbaik sangka dalam setiap situasi serta keadaan

Bersangka baiklah kepada semua orang, jika kita bersangka baik kepada semua pihak itu adalah sangat menguntungkan itulah perbuatan yang Mahmudah [ perbuatan yang terpuji ] Dan ingat janganlah kita sesekali bersagka buruk serta jahat kepada orang yang kita tidak tahu asal usul apa yang telah berlaku terutamanya kepada saudara sesama islam kerana perbuatan itu adalah sangat merugikan dan hukumnya dosa besar.

[Saidina Umar Al-Khattab R.A] telah menyatakan maksudnya :

"Janganlah kamu membuat sangkaan terhadap, satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkanya di tempat yang baik". 

Jika kita ada mengenali seseorang yang mempunyai sifat seperti ini dan bersegeralah beristigfar kepada Allah, kerana pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah SWT menerima taubat oleh hambanya. 

5 . Murah dengan senyuman 

Ada segelintir mereka tidak tahu senyum adalah perasaan hati yang ikhlas yang telah didetikkan untuk lahir dari dalam hati seseorang itu sendiri, bukan mudah bagi seseorang untuk mengukirkan senyuman yang ikhlas diwajahnya sekiranya hati itu tidak benar-benar tawaduk serta ikhlas di samping memiliki perasaan kasih dan sayang. Memberikan senyuman kepada orang lain juga dapat memberi kesan secara langsung serta tindak balas positif antara satu sama lain hati merasa bahagia, gembira dan mendapat ketenangan hati.

Rasulullah SAW telah bersabda : Senyum adalah sedekah serta ibadah, sedekah tidak hanya perbuatan seperti pemberian material seperti makanan, duit, harta dan sebagainya, senyum juga adalah salah satu bentuk sedekah ianya sebagai kebajikan dalam membuat kebaikan serta mendapat ganjaran pahala.

Dalam satu kajian motivasi dimana ade yang berpendapat orang yang bahagia di tempat kerja juga akan bahagia dalam kehidupannya, manakala orang yang tidak bahagia ditempat kerja orang yang tidak mampu mengukir senyuman. Cukup indah sekali islam juga mengajar umatnya membina kebaikan yang akan menghidupkan hati yang membawa ke arah kebaikan dan ketenangan hati

Sudah baca? Mendidik anak soleh 5 tips

6 . Suka memberi yang bermanfaat

Tahukah kita sifat memberi adalah sifat Rasulullah SAW, sebagai contoh buat kita semua perilaku Baginda dalam memberi bukan sahaja ketika di dimana ketika Rasulullah dalam memilikinya sahaja malah akan memberi di saat situasi kesusahannya. 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud :

"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turunya dua malaikat dan satu malaikat telah berdoa : "Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan [ iaitu menderma dan menyedekahkan ] hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa : " Ya Allah binasakanlah harta orang yang bakhil / kedekut" (Riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW telah bersabda : "Sebaik-baik manusia adalah manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain". ( Riwayat al-baihaqi)

7 . Berdoalah dengan tulus dan ikhlas

Manusia adalah hambaNya yang lemah, hanya Allah SWT yang maha berkuasa lagi maha mengetahui dimana ketika manusia hanya kerdil dan fakir yang tidak mempunyai ilmu apa pun dan Allah SWT jua adalah sebagai pemilik segalaNya. 

Kita sebagai manusia dan hambaNya tidak akan lari dari membuat kesalahan dan kesilapan, tidak ada manusia yang benar-benar sempurna. Dimana saat kesulitan, kesusahan dan kepayahan kepadaNya juga kita mengadu dan meminta pertolongan Allah dan berdoa. Doa adalah senjata umat islam, berdoa juga amat berkait rapat dengan tauhid doa perlu dilakukan dengan seikhlas hati dan tulus kepada Allah SWT. Tips kita perlu banyakkan bersabar dan yakinlah kerana Allah lebih mengetahui masa yang terbaik bagaimana doa kita perlu dijawab dan dimakbulkan serta mendapat doa yang benar-benar mustajab.

8 . Jangan dipengaruhi hasad dengki 

Dengki atau iri hati dengan kelebihan orang lain yang perasaan hasad yang tanpa kita sedar berada dalam hati, ada sebahagian orang tidak merasa senang hati apabila mengetahui  seseorang itu dikurniakan kelebihan harta di dunia seperti mempunyai harta yang banyak, kereta yang besar, rumah yang besar dan kedudukan pangkat yang tinggi.

Bila timbul rasa hasad lahirlah rasa untuk membuat andaian serta persepsi untuk  mengatakan orang sedemikian lebih kepada mengutamakan kroni orang-orang yang tertentu sahaja diutamakan, menuduh orang itu telah melakukan suapan atau rasuah dan banyak membuat penyelewengan.

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya pada nikmat Allah Taala terdapatnya musuh-musuh, Baginda telah ditanya : " siapakah musuh-musuh itu Ya Rasullullah? Baginda menjawab mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah serta kelebihan yang diberikan oleh Allah"

Sudah baca? Kisah hasad dengki Habil dan Qabil Putra Nabi Adam A.S

9 . Seorang yang mudah memaafkan 

Sifat pemaaf juga adalah salah satu ciri orang yang bertakwa dan akhlak yang disayangi Allah, 

Rasulullah SAW telah bersabda : "Sifat pemaaf adalah iman yang paling utama seperti mana yang diperjelaskan bermaksud : "iman paling utama adalah sabar dan memaafkan" 

Tips yang perlu diikuti untuk kententeraman jiwa dan ketenangan hati sebagai satu kunci penyelesaian permasalahan yang perlu kita jadikan landasan kehidupan sesama saudara islam

[ Hadis Riwayat Bukhari]

Amalan seperti memohon maaf harus dilakukan tidak kira dimana atau pada bila masa tempat atau situasi dengan siapa sahaja oleh sebab-sebab tertentu. Setiap insan semua manusia tidak akan lari dari membuat kesalahan serta kesilapan dengan itu janganlah ada rasa malu atau segan untuk sedia memaafkan seseorang yang telah membuat keburukan atau kesalahan pada kita. Antara tips serta kunci ketenangan hati yang paling berkesan

10 . Hindari permusuhan kerana permusuhan sangat dibenci Allah

Rasulullah SAW telah bersabda : "sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat permusuhan"

[HR Muslim : 2448]

Allah SWT telah mengingatkan kepada kita semua sebarang perbuatan dan perilaku yang menyakiti saudara sesama islam atau para mukmin tanpa melakukan kesalahan mereka boleh menyebabkan seseorang itu akan menerima dosa dan akan dilaknat Allah. Islam mengajar kita untuk tidak mempunyai sifat membenci, hasad dengki dan bercerita membelakangi antara satu sama lain [ Cerita keburukan dibelakang mengumpat ], perbuatan tersebut akan membawa kepada kejahatan permusuhan dan pergaduhan/perkelahian sesama masyarakat dan memporak-perandakan keadaan setelah utuhnya silatulrahim sesama kita.

Marilah kita berganding bahu bersama dan saling bertolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain dengan adanya sifat yang baik tiadalah kepincangan serta porak peranda dalam hubungan yang telah sekian lama terjalin dalam kehidupan kita seharian serta paling utama ukwah yang dibina antara satu sama lain semakin erat dan utuh.

Semoga perkongsian 10 tips kunci ketengan hati serta panduan ini dapat memberikan manfaat serta rujukan buat kita semua dalam mencari ketenangan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat kelak.

Kredit @katahikmahdannasihat

10 tips, ketenangan hati, kunci ketenangan hati

أحدث أقدم