Sifat wanita yang disukai Allah

Islam melatakkan kedudukan wanita tiga kali lebih mulia serta darjatnya dari orang lelaki, mengapa? Bagi seorang wanita yang memiliki beberapa sifat yang disukai Allah ia merupakan cermin diri bagi wanita solehah

Sudah menjadi syariat dan keutamaan serta ketentuan buat setiap wanita yang ingin menjadi seorang wanita solehah. Dalam masa yang sama wanita itu sebagai hambaNya yang disayangi dan disukai Allah SWT, juga tidak dinafikan wanita itu juga akan menjadi pilihan idaman bagi setiap kaum lelaki. Kerana cantik bukan setakat akhlaknya dari dalamanya malah cantik dari segi luaran fizikalnya kerana keterampilannya yang menjaga auratnya.

Dalam Al-Quran ada menyebut sebagai panduan rujukan pedoman hidup buat umat islam yang telah menjelaskan berbagai petunjuk harus diikuti, Termasuklah juga mengenai sifat seorang wanita perbuatan dan juga perilaku wanita terutamanya yang sudah berrumahtangga bernama isteri.

Berikut beberapa perkongsian dan panduan bacaan buat kita mengenai sifat-sifat seorang wanita solehah yang sangat disukai oleh Allah SWT.

Sudah baca? 5 tips untuk keluarga bahagia

Wanita yang sering menjaga autratnya dan sentiasa menutup aurat dari terdedah

Allah telah memerintahkan kepada kita khususnya kaum wanita untuk menutup aurat. Aurat wanita yang harus ditutupi adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Pakaian dengan memenuhi mengikut syariat islam sebagai seorang wanita muslim.

Wanita yang sangat disukai oleh Allah SWT ialah wanita yang memiliki beberapa ciri-ciri serta kriteria dalam pemakaian pakaian diantaranya seperti berikut yang kami senaraikan dibawah :

[a] Menutupi seluruh anggota tubuh dari hujung kaki ke hujung kepala dan kecuali di bahagian muka atau wajahnya dan juga di telapak tangannya.

[b] Tidak memakai pakaian yang dipenuhi dengan perhiasan dan reka bentuk untuk menampakkan hiasan diri dengan berlebihan.

[c] pakai pakaian yang tidak sendat atau ketat pakaian yang longgar, juga tidak tipis dan jarang sehingga menampakkan bentuk anggota tubuh.

[d]Tidak memakai pewangi atau wangian dan minyak-minyak perfum dengan sebarang jenama.

[e] Tidak memakai pakaian yang menyerupai seorang lelaki dan memakai pakaian budaya orang non muslim/kafir

Galakkan wanita untuk menghabiskan waktu di rumah dan tinggal di rumah.

Ciri serta sifat seorang wanita yang solehah lebih gemar dan suka duduk di rumah tinggal di dalam rumah dan tidak keluar rumah rumah jika tiada keperluan penting kecuali hal atau urusan penting yang mendesak. Perkara ini bertujuan adalah untuk menghindari atau mengelakkan diri dari terjebak dengan berbagai datangnya ancaman serta godaan berlaku di sekeliling persekiran ketika berada diluar rumah.

Seorang wanita yang memiliki sifat pemalu dan sifat kesopanan

Sifat pemalu sudah tentunya perlu ada pada setiap dalam diri wanita itu sendiri. Pada ketika dimana wanita itu sedang bergaul dengan berlainan jantina terutamanya dengan lelaki yang bukan muhrim. Batasan perlu ada dalam di setiap pergaulan tertentu.

Sudah baca? 7 ucapan mulia untuk diamalkan

Seorang isteri sentiasa untuk taat kepada suami.

Allah SWT sangat menyukai kepada wanita yang taat kepada suaminya, tidak sering membantah atau membangkang suami dan setia pada suami. Dosa dan pahala wanita akan ditentukan oleh amalannya serta sikapnya seorang wanita itu sendiri terhadap suaminya, dimana yang telah dijanjikan Allah SWT akan ditempatkan di syurga atau neraka.

Jagalah kehormatan suami,  sebagai Seorang wanita solehah

Allah SWT berfirman dalam Surah An-nisa ayat 34 yang bermaksud :

sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada bersamanya”.

Seorang wanita perlu bersyukur dengan pemberian suami yang seadanya.

Sebagai seorang isteri seharusnya bersyukur kepada suaminya, baik dari segi pemberian dan segala bentuk pemberian yang kecik atau pun pemberian yang besar oleh suami itu. seorang wanita sekiranya dalam masa yang sama sebagai seorang isteri jika tidak berterimakasih diatas pemberian suami itu dan bersyukur dengan pemberian suami, maka dengan itu dia harus bersiap dengan akibat ancaman serta seksa yang pedih dari azab Allah SWT.

Bersolek atau Berdandan berhias diri hanya untuk suami

Saat ini kebanyakkan isteri-isteri bila berada di rumah jarang sekali untuk berdandan atau berias cantik dimana ketika suami berada di rumah . Tetapi disebaliknya ramai wanita akan berdandan berhias apa bila betada di luar rumah seperti pergi ke shoping mall, membeli belah dan sebagainya ketika keluar rumah, wanita perlu diingatkan harus berias sebaik-baiknya apabila berada di depan suami, ini juga salah satu sifat disukai Allah.

Semoga perkongsian panduan, bacaan ini akan mendapat manfaatnya buat kita semua….semoga Allah terus memberi rahmatNya untuk terus beramal dan menjadi wanita yang solehah. Aminn

Sudah baca? Ayat pelindung diri bacaan dalam rumi

 Sumber : Telegram @Dakwah_Bidadari 

 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama