1. Saling Hormati-menghormati antara satu sama lain dalam hidup berpasangan

Sudah baca? Mendidik anak soleh 5 tips

Mesti ada diantara korang mempunyai perasaan ketidak kepuasan hati terhadap isteri atau suami mana satu?. Tidak perlu bersikap baran, pemarah untuk terus menghembur pasangan korang. Sebaliknya, istigfar tenangkan diri dahulu dan cuba untuk bawa berbincang bersama dan berdua di dalam nada suara yang lemah lembut supaya isteri korang tidak akan rasa tercabar dengan luahan, pendapat, akibat dari hati mengenai perasaan rasa yang tidak kepuasan hati membuak kembali. 

Isteri perlu lah hormat suami kerana suami sebagai ketua dalam keluarga. Juga cuba untuk menghormati isteri korang sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak korang sewaktu berada di rumah. Cuba untuk berbuat sesuatu perkara untuk menceriakan susana keluarga rasa terhibur dan happy.


2. Luahkan rasa perasaan cinta terhadap pasangan pada setiap hari


Kebanyakkannya sudah mempunyai keluarga. Ramai segelintir korang yang tidak tahu dengan tips hanya mengungkap perkataan sayang dan cinta sahaja boleh merubah hati yang suram bertukar kepada hari yang menjadi indah dan kehidupan akan lebih penuh bermakna dan berputiknya rasa cinta yang berbunga-bunga yang dipenuhi rasa bahagia

Buanglah perasaan yang ego dan seorang yang pemalu . Cuba korang berikan beberape ayat serta ungkapan perkataan kepada pasangan korang bertapa indahnya hidup korang yang akan korang memiliki bersama teman hidup, berkahwin ni bukan untuk satu atau dua hari sahaja malah perkahwinan ini akan membawa sampai ketua. 

Cuba berikan pujian jika korang nampak hari ini pasangan korang nampak agak lain sedikit dari hari-hari yang biasa korang nampak seperti awak nampak menawan, nampak cantik, dan kacak. Kalau korang nak berjalan bersiar-siar di taman, shoping mall cubalah berpegangngan tangan seiring dan sejalan baru nampak cute, romantik dan mesra bersama. Dengan segala bentuk perbuatan seperti ini atau sebagai satu bentuk luahan, ia akan menjadikan hubungan korang semakin amat bermakna dan penuh dengan bunga dan rasa cinta yang lebih mendalam.

Sudah baca? Pasangan hidup yang soleh


3. Cuba hargai pasangan seadanya 


Mungkin ada diantara korang sudah bertahun bercinta, dan sudah agak sekian lama bersama dengan pasangan korang, boleh dikatakan 1001 alasan serta perangai serba-serbi korang dah lebih dalam memahami terhadap pasangan korang. Tiada manusia yang sempurna dilahirkan di dunia ini atau manusia yang 100% perfect.

Buanglah jauh-jauh berfikiran yang membawa kepada keburukan, negatif terhadap pasangan korang, ambil yang jernih buang yang keruh kita bersangka baik sahaja dan doakan yang terbaik sahaja untuk pasangan kita dalam meniti hari-hari yang mendatang segala kesulitan cabaran ranjau penuh berliku serta cabaran yang ditempuhi bersama korang.

Lagi satu perkara untuk diingatkan jangan cuba untuk mengubah sikap seseorang, sebelum korang mengubah seseorang cuba cermin diri sendiri dahulu yang korang tu dah cukup bagus atau perfect berbanding dengan pasangan korang tu, pandang lsh diri tu? nilaikan diri korang dahulu perbetulkan dulu segala keburukan dan kelemahan korang dahulu sebelum melayakkan diri korang mengubah pasangan korang tu.

Sering kali mengucapkan terima kasih pada setiap apa yang dilakukan oleh pasangan korang sebagai tanda ianya amat dihargai dan jangan lupa sentiasa memberikan kata-kata cinta supaya dengan ini mereka akan rasa kewujudan mereka disedari. Jika korang mempunyai rezeki lebih, berikanlah pasangan korang dengan hadiah sebagai tanda berterima kasih korang kerana kehadirannya di dalam hidup korang disampingnya sentiasa dalam susah atau pun senang.


4. Berkomunikasi  dengan baik diantara pasangan


Memang tidak dapat dinafikan wanita mahupun lelaki, kedua-duanya mempunyai perasaan ego yang tersendiri. Ada setengah orang yang berkata ego lelaki tinggi? silap sama sekali kerana wanita juga tidak terkecuali dan tidak kurang hebatnya juga. Tips untuk menjadikan pasangan korang seindahnya dalam keluarga bahagia, korang cuba terapkan beberape nilai murni saling hormat-menghormati disetiap dalam diri perlu ada pada pasangan masing-masing.

Elakkan dari meninggikan suara untuk mempertahankan hak siapa benar dan siapa yang salah. Dalam perkahwinan tiada istilah korang adalah big boss segala-galanya. Memang benar suami adalah pemimpin dalam keluarga. Bagi seorang lelaki kaum Adam harus perlu peka, dengan kuasa yang koramg ada, jangan salah guna kuasa yang dipertanggungjawabkan. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah sangat untuk marah dan menyalahkan pasangan korang. Duduk berbincang slow talk terlebih dahulu Komunikasi amat perlu pada ketika itu untuk membantu korang dan pasangan saling memahami antara satu sama lain.

Luahkan rasa yang ada yang terbuku dihati tak perlu disimpan supaya tiada lagi yang terpendam di dalam hati antara satu sama lain itu lebih baik. Sekiranya pasangan korang mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Jadilah pendengar yang baik pada di setiap apa yang mereka ingin luahkan, jika rasa perlu untuk memberi nasihat tiada masalah jika ianya rasa perlu.


5. Hidupkan  suasana rasa romantik di dalam rumah


Tabiat amalan kebersihan perlu ada pada  setiap individu pasangan, jangan jadi pengotor ini perkara perlu diambil berat sangat penting. Pastikan rumah korang sentiasa dalam keadaan bersih Jika ada kelapangan, cuba lah ajak pasangan korang untuk bergotong royong bersama lakukan aktiviti di rumah. Seperti memasak , mengemob lantai kemas segala peralatan di dapur, rumah ruang tamu bersama dan lain-lain lagi. Kepada pasangan wanita iaitu kaum Hawa jagalah kebersihan suami korang dan juga kebersihan diri mereka. Makan, pakaian kelengkapan diri serta kebersihan diri seperti rambut yang pendek kemas, pemakaian wangi-wangian badan, jambang dan etc yang di cukup rapi.

Tips yang boleh di kongsikan agar korang dapat bersama pasangan dapat menjalin hubungan dengan lebih bahagia dalam rumah tangga . Pasangan mestilah harus pandai memainkan peranan dalam mencorakkan kehidupan dan perhubungan kekeluargaan dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul  Kebahagiaan sebenarnya terletak pada korang sendiri. Jangan pernah rasa untuk berhenti untuk mencuba mencari kemesraan seperti dahulu, yang pernah korang rasa telah hilang.

Jangan pernah berputus asa teruskan perjuangan untuk terus mencuba. Yang penting jangan lupa berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja bercinta, dan timbul perasaan rasa kasih dan sayang yang membuak-buak korang merasakan seperti dunia ni kita yang punya, jangan terus hilang perasaan serta getaran rasa itu. Pegang erat dan kunci rasa itu, dan terus selamanya.

Percayalah, korang pasti mampu membahagiakan pasangan serta hubungan korang! Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT hendaknya di dunia dan diakhirat, Semoga berjaya!

Sudah baca? 10 Tips Luahkan Kasih Buat Isteri

Sumber : Nota Parenting Ebit Lew

5 tips untuk keluarga bahagia

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama