WAKAF DUA HOMESTAY TERENGGANU [ Tiada kolam. Dengan jarak diantara 10 - 13km ke pantai. Wasap segera untuk dapatkan harga promosi sekarang ]

Lokasi kami berada di pekan Bukit Payong, Marang, Terengganu Darul Iman

Kami menyediakan rumah penginapan dengan menawarkan kelengkapan sedia ada seperti :

1. 2 buah unit Semi - jenis semi D

2. 1 buah unit Banglo 

Dengan harga yang berpatutan RM 250 : Masing-masing dengan set  4 unit katil bersaiz queen, penghawa dingin dan kipas syiling untuk semua jenis bilik

Untuk maklumat lebih lanjut serta pertanyaan berkaitan tempahan, sila klik :

www.wasap.my/60199634735

Homestay kami berada di lokasi paling strategik berhampiran diantara pusat bandar Kuala Terengganu, Marang dan juga Hulu Terengganu :

Anggaran jarak mengunakan aplikasi Google Maps dengan kemudahan yang tersedia ada di bandar Kuala Terengganu & Marang seperti : 

Sudah baca? Danish Homestay Percutian ke Penang

Pasaraya untuk membeli-belah seperti Mydin, Giant Mall, McDonals dengan jarak perjalanan [ 8.5km ]

Pusat rekreasi untuk beriadah seperti Hiliran dan Bukit Besar dengan jarak perjalanan [ 8.7km ]

Terengganu Water Front, Pulau Warisan, Kg Cina,  Pasar Payang dengan jarak perjalanan [ 11km ]

KTCC Mall Kuala Terengganu City Centre dan jambatan Angkat Drawbridge Terengganu dengan jarak perjalanan [ 12km ]

Pusat bandar Kuala Terengganu,  PB Square dan juga pejabat kerajaan UTC dengan jarak perjalanan [ 11km ]

Tempat peranginan yang sangat menarik berhampiran Wakaf Dua Homestay terengganu 

Lokasi ini juga menjadi destinasi utama bagi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, korang boleh tengok senarai tempat peranginan yang menarik dibawah :

1. Pantai Miami - Dikenali sebagai Miami Beach seperti di US, bezanya dibandingkan dengan pantai batu buruk dan pantai teluk ketapang sangat-sangat mempersonakan seperti percutian ke luar negara. Jarak perjalanan [ 13km ] 

2. Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu - terkenal dengan banyak tempat makan masakan yang enak dengan hasil laut terengganu seperti ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, sate ikan, keropok lekor dan banyak lagi. Korang juga boleh menaiki kereta kuda, yang dihiasi ala-ala cinderella dengan jarak perjalanan [ 11km ] 

3. Pantai Pandak Chendering - Lokasi pesisir pantai berbatuan yang unik untuk aktiviti bergambar, terletak di perkampungan terdapat juga gerai-gerai makanan laut yang menarik  [ 10km ] 

4. Pantai Kekabu Marang - Lokasi bersantai petang bersama keluarga korang boleh ke pulau Kekabu Marang [ 13km ]

5. Pasar besar Payang Terengganu - Menginap di homestay kami singgah dahulu ke Pasar besar yang paling popular dan terkenal sekali di negeri Terengganu dengan produk Batik, Songket, Kain Sutera, periuk belanga, makanan hasil laut, keropok Terengganu, Rempah nasi dagang dan beranika jenis ikan masin (12km)

6. Jeti pulau Redang Terengganu jeti Shahbandar dengan jarak perjalanan - Pulau Redang Air Laut yang biru mengelilingi pulau memukau pandangan bangun awal pagi untuk melihat matahari terbit terbaik di ufuk timur, aktiviti snorkeling wajib buat korang untuk menyelam ke dasar melihat terumbu karang air yang jernih aktiviti lain seperti Trekking, Scuba, Spa, Melihat Penyu, Medan Selera Laguna Redang pelbagai juadah makanan laut dan banyak lagi.  ( 12km)

7. Jeti ke Pulau Kapas (Jeti Marang) - Merasai pesisir pantai Pulau Kapas pasir yang halus seperti Kapas, jangan lepaskan peluang ini. Bermacam aktiviti sekiranya korang sampai ke Pulau Kapas seperti snorkeling, Berkayak, Berscuba Diving , tidak terlepas juga untuk korang bercandat sotong disini dan aktiviti memancing ikan. [ 12km ]

8. Masjid Kristal, Masjid Terapung - Masjid yang terletak di Pulau Wan Man, tidak lengkap percutian teregganu jika tidak melihat sendiri pembinaan yang telah menelan kos perbelanjaan sebanyak 23 juta, dimana material pembinaan hanya mengunakan Kaca, besi dan Kristal. Pantulan matahari dipancarkan sewaktu terbenam matahari. Senireka masjid ini juga sangat terkenal ke seluruh dunia. [ 9.3km ]

9. Taman Tamadun Islam - Menampilkan replika 21 bangunan yang dibina seperti Masjidil Haram, Kubah As Sakhrah, Masjid Nabawi, Kota lama islam, Aleppo, Istana Alhamra dan terdapat banyak lagi replika yang menarik  [ 9km ]

10. Pulau Warisan Water Cruise - Korang berpeluang menaiki bot untuk melihat pemandangan indah seperti Masjid Kristal dan Taj Mahal. Juga destinasi menarik menyelusuri dengan menaiki bot TTI ke pulau-pulau ini adalah antaranya Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Warisan, Pulau Duyung dan juga Muzium Negeri Terengganu  [ 11km ]

11. Bot penambang ke Seberang Takir - Korang boleh menaiki bot ini ke seberang takir sambil menikmati tiupan angin sambil minum kopi di gerai-gerai disitu [ 12km ]

12. Keropok Lekor Kg Losong - Lokasi terkenal pilihan ramai untuk berkunjung ke gerai-gerai untuk merasai keropok tradisional terengganu keropok lekor paling sedap [ 9km ]

13. Noor Arfa Craft kompleks -  Lokasi untuk melihat batik dengan lebih dekat dan mengenali batik hasil pembuatan serta keindahan yang unik terdapat pada Batik Terengganu di malaysia. Disini korang boleh membeli batik dengan harga borong disini juga terdapat pameran seperti kraftangan hasil tangan, Wau Bulan Terengganu, Anyaman dan juga ukiran kaca. [ 9km ]

14. Desa Murni - Destinasi untuk membeli-belah pakaian disini seperti Telekung, Kain Batik, Kain Pasang, Baju Melayu dan Kain Pelikat.

15. Nasi dagang Atas Tol - Terlalu banyak nasi dagang jangan lepaskan peluang ke sini merasai nasi dagang yang serba-serbi lengkap rasanya yang sangat sedap lain dari yang lain dengan harga yang berpatutan, terdapat juga pilhan menu lain viral seperti Nasi Kapit Kacang, Nasi Kapit Gulai Ikan, Pulut Nyor dan Pulut Kuning dan sebagainya pilihan juadah makanan Terengganu resepi terbaik [ 4.5km ]

Sudah baca? Afnan Homestay Percutian Ke Selangor

➡️ laluan susur keluar ke Bukit Payong, Exit  Telemong laluan LPT 2

  • Restoran KFC, Pasaraya DIY
  • Membeli-belah Pasar Bukit Payong
  • Kemudahan lain Klinik, Farmasi, pasaraya, stesen minyak
  • Bank, ATM

Lain-lain tempat peranginan yang tidak kurang hebat menariknya :

18km perjalanan ke Gong Badak (UNISZA, UMT)

63km perjalanan ke Jeti Penarik, Merang Setiu

88km perjalanan ke Jeti Kuala Besut

11km perjalanan ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai

35km perjalanan ke Air Terjun Sekayu

34km perjalanan ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir

Sudah baca? Ummi Homestay Percutian Melaka

Terima kasih kerana Wakaf Dua Homestay kami menjadi pilihan percutian korang , kami sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengunjung dan akan menambah baik lagi kemudahan yang lebih baik. Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami seperti nombor Tel yang tertera dibawah.

Hubungi 019-9634735 

Atau Whatsapp kami dengan segera :

www.wasap.my/60199634735

Wakaf dua homestay terengganu


Wakaf dua homestay terengganu

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama