Sebaik manusia di dunia

Terdapat 10 golongan sebaik-baik manusia di dunia :

1. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خيركم من تعلم القرآن وعلمه ]

Maksudnya dan pengertianya :

Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkan Al-Qurannya.[HR. al-Bukhari No. 5027 abu dawud, Tirmidzi, Nasai, Ibnu Majah]

Maka dengan itu diberikan oleh Allah SWT keutamaan kedua-duanya serta darjat kerana menyebarkan agama Allah dan menegakkan ajaranNya. Lebih sempurna jika mempelajari Al-Quran dengan mengetahui maksudnya berbanding sekadar dengan hanya membacanya sahaja.

Sudah baca? Sifat Sabar Dan Lemah Lembut Sifat Terpuji


2. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خياركم أحاسنكم أخلاقا ]

Maksud dan pengertian :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik akhlaknya. [HR. al-Bukhari No. 6035]

Akhlak yang baik serta terpuji dimana ketika melakukan ibadat atau pun perhubungan sesama manusia juga termasuk mahkluk-mahkluk Allah yang lainnya.


3. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره ]

Maksud dan pengertian :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling boleh diharapkan kebaikannya & aman dari keburukan-nya.[HR. Tirmidzi No. 2263]

Manusia yang boleh diharapkan kebaikannya dan aman dari segala keburukan, manakala seburuk-buruk manusia adalah tidak diharapkan kebaikan dan tidak merasakan aman dengan keburukan.


4. Rasulullah SAW telah bersabda :

( خيركم خيركم لأهله ) 

Maksud dan pengertian :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya sendiri. [HR. Ibnu Hibban No. 4177]

Manusia yang dimuliakan sentiasa berbuat kebaikan dan berbuat baik kepada keluarga ini adalah suatu bentuk ketulusan paling murni serta keikhlasan hati pada seseorang dimana yang terlebih dahulu dipertanggungjawabkan untuk keluarga dan kekerabatan paling dekat dengan kita.


5. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام ]

Maksud dan pengertianya :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi makan [kepada orang lain] dan menjawab salam. [Shahih al-Jami' No. 3318]

Salah satu perbuatan yang terbaik dalam islam dengan memberikan makan kepada orang lain dan juga kamu memberikan salam pada orang yang dikenali dan yang tidak dikenali.

Nabi Muhammad ada mengisahkan tentang seorang wanita yang memberikan makanan kepada seekor anjing, berbaik kepada haiwan juga akan dimasukkan ke syurga dan dari itu memberi makan pada manusia lebih besar pahala.

Sudah baca? Niat Puasa Bulan Ramadhan Dalam Rumi


6. Rasulullah SAW telah bersabda :

[خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة ]

*أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة.*

Maksud dan pengertiannya :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik dalam meluaskan tempat (bagi jemaah orang lain masuk ke dalam saf) dalam solat.[Targhib wa Tarhib 1/234]

Perjelasan yang lain :

Kelebihan buat mereka yang menyambungkan saf semasa berjemaah, dan memenuhkan ruang kosong maka dia akan disambubgkan dengan rahmat Allah. Keburukan mereka yang tidak menyambungkan saf terputusnya dia dari rahmat inayah Allah SWT.


7. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خير الناس من طال عمره وحسن عمله ]

Maksud dan pengertianya :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. [Shahih al Jami' 3297]

Amalan dengan mengisi waktunya dengan sentiasa ingat untuk menghantar kebaikan ke dunia dan akhirat setiap dipanjangkan umur kehidupannya akan akan dilipat gandakan pahala serta darjat, semakin bertambah panjang umur semakin banyak pahala.


8. Rasulullah SAW telah bersabda :

[خير الناس أنفعهم للناس ]

Maksud dan pengertiannya :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. [Shahih al-Jami' 3289]

Sentiasa berbuat kebaikan dan perkara atas perbuatan itu mestilah memberi kebaikan dan manfaat pada orang yang berada disekeliling kita, memberi manfaat kepada orang lain tidak semata-mata hanya memberi harta dan memberi segala bentuk pertolongan ia mempunyai maksud yang sangat luas dalam memberi kesenangan pada semua pada orang lain mahupun keluarga, sahabat terdekat dalam sesuatu bantuan juga keperluan.


9. Rasulullah SAW telah bersabda :

[ خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره ] 

Maksud dan pengertian :

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap tetangganya. [Shahih Adab al-Mufrad No. 84]

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah perbuatan paling baik dengan temannya, juga kesejahteraan kebaikan paling baik sahabatnya dengan jiran tetangganya [ Jiran Rumah ]. Sentiasa prihatin saling ingat mengingati dan mengutamakan jiran tetangga dalam amal dan kebajikan seharian tolong menolong sesama kita.


10. Rasulullah SAW bersabda :

[ خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال : 

[ هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد ].

Maksud dan pengertiannya :

Sebaik-baik manusia adalah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang jujur. Para sahabat bertanya: Lisan yang jujur kami faham, maka apa yang dimaksud dengan hati yang makhmum..? Baginda bersabda: "orang yang memiliki hati bersih dan bertakwa, tidak ada dosa, tidak berbuat dzalim, serta tidak ada kebencian dan hasad." [Shahih al Jami' 3201]

Hati yang bertakwa dan suci tidak ada dosa didalamnya dan tidak ada mempunyai rasa dengki dan iri hati. Dia adalah pembenci dunia dan pencinta akhirat

*جعلني الله واياكم من خير الناس* 

Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita semua sebagai orang yang terbaik, dan mendapat rahmat dari Allah SWT. Amiin.

Sudah baca? Tanda-tanda Datangnya Hari Kiamat

*SEMOGA BERMANFAAT

Kredit :

@dakwahsteady

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama