Kemaskini BPR 2021 mulai 15 januari 2021

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT [BPR 2021]

Sudah baca? Bayaran BPN 2.0 Mulai 21 Januari 2021

Kemaskini terbaru telah diumumkan mengenai tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat bagi tahun 2021 [BPR 2021] akan bermula pada 15 Januari 2021 dan sehingga 15 Februari 2021 ( untuk tarikh tutup tempoh pengemaskinian yang telah dinyatakan diatas tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan BPR di sarankan untuk memohon melalui saluran yang disediakan mohon atas talian secara online sahaja berikutan pendemik Covid-19 untuk memastikan prosedur arahan serta pematuhan SOP mengenai pencegahan wabak penyakit berjangkit yang semakin meningkat ketika ini yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) berkaitan penjagaan untuk mengutamakan penjarakan sosial di kalangan masyarakat Malaysia.

Sehubungan dengan itu pemohon yang perlu membuat kemaskini adalah seperti yang dinyatakan dibawah :

Pemohon yang lulus BSH 2020 atau BPN 2.0 yang telah lulus

Bagi pemohon yang perlu membuat permohonan baru adalah seperti yang dinyatakan dibawah :

Pemohon yang tidak menerima bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan kebawah

Untuk maklumat lanjut kemaskini dan permohonan baru sila ke laman web yang tertera dibawah :

https://bpr.hasil.gov.my/

Sekiranya ada pertanyaan atau soalan lazim berkaitan pendaftaran boleh kemukakan di laman link di bawah ini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf

Untuk maklumat BPR 2021 seperti yang dinyatakan diatas yang akan menyusul seperti paparan dan sebagai informasi serta panduan kepada umum sebagai kemudahan pengguna semua.

-Permohonan hanya dalam talian

-Borang permohonan BPR 2021 boleh dimuat turun

-Juga panduan untuk mengisi borang

Sudah baca? Cara Memohon Pengeluaran i-Sinar RM10,000 Mohon Secara Online

Sumber dari : https://bpr.hasil.gov.my/

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama