Sudah baca? Permohonan Telefon Percuma Bagi Golongan B40

Bayaran pendahuluan interim i-sinar kategori 2 mulai 26 januari 2021

Sudah baca? Terkini!

kemaskini BPR Mulai 15 Januari 2021 Sehingga 15 Februari 2021

Kementerian kewangan telah mengumunkan pembayaran interim oleh Kwsp bagi ahlinya sebagai pencarum yang telah memohon i-sinar bagi kategori 2 dimana akan menerima bayaran pendahuluan [ interim i-sinar ] sebanyak RM1,000 mulai 26 Januari 2021

Pembayaran interim pendahuluan oleh menteri kewangan juga untuk membantu masyarakat malaysia yang terjejas dan meringankan para pencarum akibat pandemik COVID-19 serta terjejas dengan akibat banjir 

Pembayaran interim juga dapat membantu dapat memastikan ahli kwsp sebagai pencarum dapat mengunakan wang untuk membeli keperluan asas terutamanya sementara menunggu pembayaran selanjutnya

Syarat pembayaran interim RM1,000 kategori 2 seperti berikut 

1. Ahli yang masih berkerja dan mengalami pengurangan gaji sebanyak 30% sebelum 30 Mac 2020

2. Baki minima sekurang-sekurangnya RM100 dari jumlah keseluruhan yang dipohon

Contoh bagi situasi 1

Kepada pencarum kwsp ahli yang mengalami pengurangan gaji sebanyak 30%

Memilih untuk memohon membuat pengeluaran i-sinar sebanyak RM10,000 dan memilih untuk membuat bayaran pertama sebanyak RM5,000

Perlaksanaan jadual pembayaran boleh rujuk seperti di bawah :

Bayaran pendahuluan interim i-sinar kategori 2

Situasi 2

Pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ingin memohon kemudahan pengeluaran i-sinar 

Jika jumlah akaun kwsp akaun 1 mempunyai RM800 dan mahu membuat pengeluaran sebanyak RM700.

Berdasarkan rujukan jadual maklumat pembayaran interim seperti berikut :
Pembayaran pendahuluan interim i-sinar kategori 2
Bagaimana cara memohon i-sinar kategori 2

Sila layari laman web i-sinar :

1.Isi no. Kad pengenalan/Mykad

2.Kemudian klik "Seterusnya"

3.Anda akan menerima no. OTP yang akan dihantar melalui SMS isikan nombor tersebut dan hantarkan pengesahan 

4.Sila jawab soalan keselamatan yang dipaparkan sekiranya ada

5.Kemudian tetapkan akaun pilihan anda

6.Seterusnya tetapkan pilihan bayaran bulan pertama anda dan klik "Seterusnya" 

7.Lengkapkan butir-butir maklumat lengkap permohonan anda

8.Dan lengkapkan maklumat pembayaran dengan betul dan tekan butang "Teruskan" 

9.Muat naik segala dokumen yang diperlukan

10.Semak segala maklumat pemohon dan juga maklumat pembayaran kemudian klik tanda "betul' di ruang kotak tanda. Seterusnya tekan butang "Hantar"

11.Seterusnya anda akan dibawa ke paparan permohonan dalam proses.


Bagi proses dalam verifikasi permohonan

Ahli yang telah membuat permohonan dan memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim i-sinar RM1,000 akan dibuat mulai 26 Januari 2021

Bagi pencarum yang belum memuat naik dokumen sokongan bagi pembayaran interim i-sinar, pembayaran akan diproses dalam masa 7 hari daripada tarikh permohonan

Pihak kwsp akan melakukan pembayaran setelah mengesahkan permohonan anda benar-benar diluluskan.

Jika pihak kwsp telah membuat pengistiharaan permohonan dan mendapati dokumen tidak benar atau palsu dan atau tidak dimuat naik pihak kwsp tidak teragak-agak memberhentikan pembayaran seterusnya.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan 

Anda boleh menghubungi pihak kwsp di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi kwsp di https://www.kwsp.gov.my/

Sumber dari : https://www.kwsp.gov.my/

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama