7 ucapan mulia untuk diamalkan

Ucapan yang baik dan mulia disebut

7 UCAPAN TANPA KITA SEDAR DENGAN BERZIKIR PERLU DIAMALKAN DIMANA TERDAPAT NIKMAT, KEBAIKAN SERTA GANJARANNYA YANG MULIA DISISI ALLAH SWT.

BISMILLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Kalimah Ucapan Bismillah adalah perbuatan yang disyariatkan, setiap perbuatan perlu diamalkan dengan dimulakan dengan niat serta ucapan mulia dengan harapan mendapat taufiq, hidayah dan keberkatan kehidupan seorang hamba kepada Allah SWT.

Baginda Nabi SAW telah bersabda :

"Apabila hendak melakukan sesuatu perkara dan perbuatan di mulai dengan memuji Allah SWT, maka amalan tersebut akan terputus"

Hadis telah menyatakan : jika tidak mengucapkan 'Bismillah' akan kurangnya keberkatan dalam membuat sesuatu perkara. Riwayat Ibnu Majah [1894]

ALHAMDULILLAH

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ

Apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan hal atau perkara kepada kebaikan serta berita kebaikan. "Alhamdulillah" adalah salah satu ucapan yang sangat mulia kalimat thoyyibah atau kalimat baik yang disarankan untuk kita ucapkan dipermulaan sekali apabila kita mendapatkan nikmat kebaikan atas rezeki dan hal-hal perkara perbuatan kebaikan. atau juga ketika kita melihat orang lain mendapatkan kesenangan serta nikmat yang baik dan kebahagiaan.

[QS Al Mukminun Surah 28] Berfirman :

"Dan apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas kapal maka dengan itu ucapkanlah "Segala Puji bagi Allah yang telah menyelamatkan kami dari orang-orang dhazlim", dimana Nabi Nuh telah terselamat dari badai banjir yang besar"

ASTAGHFIRULLAH

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Berhati-hati bila berkata-kata ungkapan yang keluar dari mulut kita dalam seharian dalam keadaan kita sedar atau sebaliknya, Apabila kita merasa ianya satu kesilapan atau membawa kepada keburukan yang tidak benar yang melibatkan pertuturan dalam perbualan seharian kita.

Kita digalakkan untuk beristighfar rasa penyelasalan dengan mengucapkan "Astaghfirullahaladzim" dengan merasa kesal atas perbuatan di hati kerana lidah dari bertutur dengan kata-kata yang tidak baik dan buruk pada sesuatu perkara dan galakkan ucapan istighfar diakhir pertuturan tentang sesuatu perkara yang merasakan buruk.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

"Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohon ampun kepada Allah sesubgguhnya aku bertaubat dalam sehari seanyak 100 kali"

INSYAALLAH

أَن يَشَاءَ اللَّهُ

Apabila kita merancang sesuatu perkara, dan apabila ketika kita ingin berjanji pada seseorang, dan pada masa yang sama kita tidak tahu apakah kita akan mampu menepatinya dan melaksanakan sesuatu janji perkara tepat pada masa atau sebaliknya. 

Oleh kerana hal sedemikian kita perlu harus mengucapkan 'insyaAllah' lebih mulia dimana saat untuk kita berjanji, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan dan kepada Allah hakikatnya kehendak serta takdir dengan keizinanNya.

Allah SWT telah berfirman :

“Dan janganlah engkau mengucapkan tentang sesuatu, ‘Aku akan melakukannya pada esok hari.’ Kecuali jika Allah menghendaki atau mengucapkan insyaallah."

Sudah baca? Ayat Pelindung Diri Bacaan Rumi

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Amalan berzikir dengan membaca ucapan [ La Hawla wala Quwwata illa Billah ] Jika menghadapi sesuatu perkara yang tidak diingini. Nikmat ucapan serta mulianya zikir ini kepada umatNya dalam menjalani kehidupan seharian yang paling diutamakan seperti :


1. Nikmat serta habuan yang diterima sebagai bekal di Syurga kelak.

2. Meningkatkan rasa taat pada Allah SWT dan rasa kadih sayang kepada Allah.

3. Melindungi diri dari bahaya,

4. Memberikan kekuatan dan jalan keluar segala kesusahan, 

5. Penawar segala penyakit, sembilan puluh sembilan penyakit dan yang termudah adalah rasa keresahan, bimbang dan rasa ketakutan”

6. Rasa diri sentiasa dekat dengan Allah hati yang tenang

7. Zikir yang mententramkan Hati jiwa rohani, 

8. Menjauhkan diri dari sifat sombong serta hasad dengki kesan dari penyakit hati, 

9. Berserah kepada Allah SWT kita hanya merancang untuk berusaha untuk mencapai kejayaan dengan seimbang dunia dan akhirat.

10. Menjaukan diri dari Laknat Allah, 

11. Kalimat Zikir yang disukai Allah SWT

12. Menjauhkan diri dari petaka, yang merugikan dunia dan di akhirat

13. Ketika berusaha dalam berperang untuk mengalahkan musuh Allah, dengan perbanyakkan Zikir 

14. Sunnah Rasulullah perbanyakkan berzikir akan mendapat lebih banyak kebaikan.

Sudah baca? Tiga Golongan Doa Paling Mustajab

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ucapan Jika menghadapi musibah. Ucapan "Innalillahiwainnailaihoraji'un" bukan ucapan sekadar Kematian sahaja, boleh diucap juga ketika berlakunya bencana alam seperti Ribut, Banjir, berlakunya Kemalangan dijalan raya dan juga terjadi hal Kecurian. 

Jika kita mengucapkan "Innalillah" yang diamalkan setiap kali mengetahui seseorang yang telah meningal dunia atau kembali ke Rahmahtullah itu kebiasaan dan sudah menjadi syariat dalam islam tetapi bagaimana jika kita [ terima berita kematian bukan dari kalangan orang islam ] ianya tidak salah dan bukan dianggap doa atau merahmati kematiannya ke atas Roh Si mati.

[ Orang bukan islam juga adalah mahkluk Allah SWT ]

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 155 :

Maksud dari ucapan  : “ Orang yang sabar itu apabila ditimpa kecelakaan dan musibah keatas diri dan mereka akan berkata : "Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kepada Allah juga kita akan kembali".


LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ‎

Dengan berzikir mengingati Allah hati menjadi tenang, dengan Zikir " [La Illaaha Illallah Muhammadur Rasulullah] " merupakan sebaik-baiknya agar hati lebih bercahaya terhindar dari nafsu yang buruk

Keutamaan dengan berzikir  "Laa Ilaaha Illallah" seperti berikut

1. Tidak ditanya dosa di akhirat Orang yang tak luput dari berzikir Laa Ilaaha Illallah di setiap waktu tidak akan ditanya dosanya di akhirat.

2. Masuk syurga secara murni dan ikhlas masuk syurga

3. Diampuni dosa serta dicatatkan untukNya

4. Akan masuk dalam perlindunganKU Aman dari seksa

5. Wajah bersinar di kelak di akhirat

Sepanjang hari, setiap detik dan saat, siang dan malam seikhlas hati, tidak terpisah di lidah dan di hati untuk terus menerus sentiasa berzikir dengan ucapan-ucapan yang mulia semoga mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak.

Semoga perkongsian mengenai ucapan yang mulia ini akan memberi manfaat buat kita semua kongsikan pada sahabat amalan mulia ini ada diantara mereka masih tidak tahu. Sekian terima kasih.

Sudah baca? Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Sumber : Telegram.me/hijrahpendosa

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم

Translate