Golongan mustajab doa

Daripada Abu Hurairah telah berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Ada tiga jenis doa yang paling mustajab akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya."

(HR Tirmizi No: 1828)

Status: Hadis Hasan

Baca juga? Bacaan solat dalam rumi

PENGAJARAN:

1.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

Doa mustajab dari orang yang dizalimi

"Karma" rumusannya adalah akibat dari sebab sesuatu perkara serta perbuatan yang di buat, kejahatan yang kita buat , ianya akan berbalik menimpa kita semula

Allah itu adil setiap balasan biar Allah je yang membalas, keadilan Allah itu boleh berlaku dalam banyak bentuk, berhati-hatilah doa orang yang dizalimi ini makbul jangan di pandang remeh tiada halangan serta balasan doa ini dari Allah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

(HR Bukhari,No. 2268)

Doa mustajab orang yang bermusafir

Doa kepada orang yang sedang bermusafir, kebiasaanya ketika menaiki kereta, bas dan kapal terbang perjalanan ke tempat yang jauh dalam masa yang sama ramai yang menghabiskan masa dengan mendengar lagu atau menonton cerita. Cuba kita buat penambahan serta pengubahan sedikit dalam perjalanan itu kita selitkan beberapa doa serta hajat kita kepada Allah.

Daripada Ibn Umar RA berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

(Riwayat Muslim, No. 1342)

Doa dua ibu bapa kepada anak

jika ibu dan bapa kita masih hidup lagi ambil lah peluang untuk berbakti mintalah doa yang baik-baik untuk kita, balas lah jasa mereka .

Minta maaf kepada ibu bapa diatas kelemahan dan kekurangan kita dalam menjaga mereka, mereka pasti akan memahami ape yang anak-anak di lalui dalam kepayahan kehidupan terutamanya yang sudah berumahtangga. Terpaksa meningalkan orang tua untuk duduk ditempat lain.

Walaupun kedua orang tua kita sudah tiada kita masih lagi boleh berbakti dengan sedekahkan doa bagi pihak mereka. Sambung silatulrahim dengan kawan-kawan serta sahabat mereka yang masih ada

Jika kita pula sudah menjadi ibu bapa begitulah kita doakanlah yang baik-baik untuk anak pula. Sebagaimana orang tua kita dahulu bersabar membesarkan kita. Dan kini tiba masanya kita meniti di usia yang senja.

Baca juga? Kisah Habil Dan Qabil Putra Nabi Adam A.S

2.  Umat islam sangat-sangat dituntut untuk sentiasa berbuat baik dalam semua pergaulan dan perhubungan sesama islam dengan anggota masyarakat termasuk jugalah kepada kedua orang tua kita iaitu ibu dan bapa kita.

3. Kita juga dilarang dalam membuat hubungan yang buruk terhadap orang lain yang menjadi punca penyebab terjadinya menzalimi kepada orang lain.

4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk dengan menzalimi orang lain sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita.

5.  Bagi mereka yang sedang bermusafir, ambillah peluang dan kesempatan dengan waktu mustajab ini dengan berdoa disepanjang masa bermusafir dengan memperbanyakkan amalan doa untuk diri sendiri dan juga jangan dilupa kepada saudara , sahabat-sahabat juga kepada ibu bapa kita. 

6.  Kita sebagai ibu bapa, ambillah  peluang ini dan kesempatan untuk perbanyakkan doa yang baik-baik untuk anak-anak kita. Elakkan daripada berkata-kata yang buruk kepada anak juga boleh menjadi doa buat mereka dan ia perlu dielakkan.

Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dengan tabarru' dan bermunajat kepadaNya sama ada ketika kita dalam kesusahan ataupun ketika dalam kesenangan..semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat mustajab. Dengan perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat dan tauladan kepada semua.Amin

Baca juga? Kelebihan Umat Muhammad

Doa paling mustajab
Tiga golongan doa paling mustajab

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama