Resepi kek paling lembut sedap bahan dan petua

Resepi Kek Lembut Dan Sedap Sponge Milk Cocolates


Ramai diantara korang penah merasa kek yang bila dimakan rasanya selembut sutera , susah rasanya nak cari sponge kek macam tu..korang tahu tak nak buat kek ni bukan suka korang nak sukat-sukat atau timbang tangan macam tu je..buat ke ni perlu ada sukatan dan timbang tara yang betul bqru korang dapat kek yang benar berhasil....so memang agak cerewet sikit bahan-bahan yang korang gunakan tu perlu seimbang antara satu sama lain ibarat rumusan di makmal ujian macam tu lah kalau benar nak kek lembut.

Membuat kek ini bukan sekadar resepi kita perlu tahu juga, ada faktor lain perlu kita ambil kira dalam pembuatan jenis masakan kalau nak digambarkan memang happy sangat bila kita dapat hasil yang menjadi, membayangkan proses pembuatan kek dengan haruman sewaktu dibakar di dalam oven campuran aising vanilla dan manisan gula, membuat kek perlukan seni dalam memasak yang mempunyai unsur seni halus penuh iramanya yang tersendiri dimana ianya adalah asas struktur intipatinya.

Resepi Kek Lembut Dan Sedap Sponge Milk Cocolates

Seni membuat kek lembut perlu sedikit petua yang wajib perlu ada

Sudah baca? Resepi cookies paling sedap

1. Jangan mengunakan mentega/planta yang sejuk keluar dari peti sejuk, kalau boleh segala bahan perlu berada dalam keadaan suhu bilik, memang agak remeh tapi itu salah satu faktor.

2. Tempat untuk membakar kek seperti ketuhar oven, usia oven, setiap ketuhar fungsi berbeza, pastikan memanaskan dahulu 15 minit awal sebelum membakar kek

3. Pastikan sewaktu membakar kek kedudukan kek seimbang berada di tengah-tengah untik dapat kepanasan yang seimbang pembakaran yang sempurna.

4. Pastikan jangan memukul tepung terlalu lama ke dalam adunan mentega untuk mengelakkan struktur gluten yang mengeras di bahagian tepi mengikut ini akan mengakibatkan kek menjadi keras. Mentega perlu di pukul sampai berkrim penting untuk menjadikan kek lembut.

Itu adalah beberapa tips serta petua resepi yang perlu korang pratikkan, ada juga pantang larang lain berkaitan membuat kek ni korang boleh kongsikan petua-petua lain di ruang komen untuk menambah lagi ilmu petua ni. Terlalu banyak petua kalau nak kongsikan tapi saya kongsikan hanya untuk umum sahaja..saya bukan lah pakar dalam membuat kek kadang lain orang lain cara dia, masing-masing punyai citarasa petua berbeza.

Bahan-bahan untuk membuat sponge milk cocolates cakes

1. 5 biji telur gred B

2. 1 sudu besar ovalate

3. 1 cawan gula halus (200-210g)

4. 2 cawan tepung self rising(200g)

5. 4 sudu besar /30g serbuk koko

6. 1 sudu besar emolco coklat

7. 1 sudu kecil esen creamy vanila

8. 1/4 cawan (60g) susu kotak coklat ducth lady

Mixer semua adunan guna low speed kemudian dah sebati guna kelajuan hight speed sampai warna berubah menjadi dark brown jadi soft brown (bergantung pada kelajuan mixer korang) matikan mixer dan seterusnya

masukkan 1/2 cawan butter cair kalau tiada boleh gantikan dengan minyak jagung pun boleh sukatan dalam (70-80g) Alaskan loyang 6 dengan baking paper dan tuangkan adunan dengan 420g dan akan dapat 2 loyang panas kan oven dulu 180 5 minit. hentak siket loyang dan bakar dengan kepanasan suhu 170cc dalam masa 45 minit dengan nyalaan api atas dan bawah

Resepi Kek Lembut Dan Sedap Sponge Milk Cocolates


Seterusnya bila dah siap terbalikkan di board yang  dilapik dengan tisu dapur kemudian korang terbalik kan semula ya kepada kedudukan asal sewaktu memasak kek tadi

Ok done korang dapat tak kek yang betul-betul lembut gebu. Buat kek ni sebenarnya mudah je, simple ok.

Resepi Kek Lembut Dan Sedap Sponge Milk Cocolates

Kredit : resipi dari Azlina Ina:

ResepiDuniaMasakan


Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama