Hampir 9 tahun tidak pernah melihat telanjang

HADIS di bawah ini menjelaskan bahawa selama Aisyah menjadi isteri Rasulullah s.a.w hampir 9 tahun, hanya sekali dia melihat Rasullulah s.a.w telanjang, iaitu ketika bangun dari tidurnya di dalam kamar. Hal ini menunjukkan bahawa tidur bertelanjang bersama isteri dibolehkan selama berada di tempat khusus yang tertutup.

Sudah baca? Menakjubkan Al-Quran pada orang sedang sakit

Pernah Telanjang Dalam Selimut Ketika Tidur Bersama
Pernah telanjang dalam selimut ketika
Tidur bersama

Maksunya :

" Dari Aisyah r.a ia berkata: Hanya sekali saya melihat Rasulullah s.a.w telanjang. Suatu hari Zaid bin Haritsah datang dari peperangan, lalu ia minta izin masuk bertemu (Rasulullah). Rasulullah s.a.w mendengar suaraanya, kemudian beliau bangkit dalam keadaan telanjang sambil meraih pakaiannya, lalu menemui dia."

( Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)

Tidak telanjang bulat seperti bayi

Para suami isteri tidak dilarang tidur bersama dalam kamarnya dengan berselimut saja tanpa mengenakan pakaian agar lebih mesra dan hangat. Suami isteri pun dibenarkan saling melihat auratnya, namun hal seperti makruh . Ertinya , lebih baik tidak saling melihat auratnya dan mengunakan pakaian dalam serta tidak telanjang bulat seperti bayi. Akan tetapi, kalau keduanya mengunakan selimut sebagai penutup , hal tersebut tidak termasuk telanjang bulat seperti bayi.

Sudah baca? Boleh ke mencium isteri ketika sedang puasa

Adakalanya suami isteri merasa dirinya menjadi akrab dan mesra bila tidur hanya tertutup selimut dan keduanya sama-sama telanjang bulat. Hal semacam ini boleh dilakukan, kerana Allah menghafalkan hal tersebut tidak hanya sebatas melihat aurat, bahkan bersetubuh pun telah

Satu selimut berdua

Allah halalkan bagi mereka . Oleh kerana itu, para suami isteri yang ingin memperoleh suasana romantis dan keadaan yang lain dari keserasiannya dapat mempratikkan hal ini untuk meremajakan ikatan pernikahannya atau untuk menciptakan kemesraan

Nabi yang sangat mengasihi isteri

Semoga perkongsian dari panduan bacaan ini di dalam amalan Nabi mengasihi isteri memberi kita manfaatnya disamping memperbanyakkan ilmu buat kita jadikan sebagai ikon kita dalam segenap apa jua perkara dalam meniti hari dan kehidupan kita semua. 

Sudah baca? Hebatnya cinta sahabat kepada Rasul

Jika ianya bermanfaat kongsi ke sahabat-sahabat kita semua dengan menekan butang share facebook serta laman sosial lain dibawah

Kredit-Penerbitan Seribu Dinar

Muhammad Haiye al-Alawi

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama