Percutian di Masradzi Homestay @ Pudina , Precinct 17 Putrajaya

Keluasan rumah berukuran 1500 kaki persegi dengan mempunyai 4 buah bilik berlainan jenis dan keluasan sudah pasti banyak pilihan kemudahan untuk menikmati penginapan percutian yang sangat selesa

Kemudahan serta kelengkapan bilik yang kami sediakan di dalam rumah :

1. Sebuah bilik master - Dengan 1 unit katil bersaiz Queen, 1 unit penghawa dingin, 1 unit kipas siling dan kelengkapan bilik air

2. Sebuah bilik kedua - 1 unit katil bersaiz Queen, 1 unit kipas siling, 1 unit penghawa dingin dan kelengkapan bilik air

3. Untuk bilik ketiga - 1 unit katil bersaiz  Queen double decker/bertingkat, 1 unit kipas siling dan sebuah bilik air di bahagian luar

4. Bilik keempat - 2 buah katil jenis single, 1 unit kipas siling dan sebuah bilik air di bahagian luar

5. Posisi ruang tamu rumah kami betul-betul menghadap playgground dan mengandungi 1 unit TV LCD 32 inci dengan dilengkapi 1 unit penghawa dingin dan 1 unit kipas siling

6. Kemudahan ruang makan yang cukup selesa dengan mengandungi set table/meja makan dengan 6 kerusi keseluruhannya

Sudah baca? Afnan Homestay percutian di selangor

Ruang dapur kami juga tersedia kemudahan dan kelengkapan seperti : 

1 unit peti sejuk 2 pintu

1 unit pemanas air/water heater

1 unit oven

1 unit toaster 

1 unit dapur untuk memasak

1 unit peralatan memasak dan pingan mangkuk

Tambahan seperti :

Milo + Tea + Kordial + Biskut dan air mineral coway

Kemudahan yang terdapat di dalam apartment :

Kemudahan untuk 1 parking dengan berbumbung, untuk parking bagi pelawat mengikut pada kekosongan lot

Kemudahan Playground untuk kanak-kanak meluangkan masa untuk bersantan bersama anak di waktu petang 

Kemudahan Cafe berdekatan dibuka sehingga jam 12.00 tengah malam seperti D' Sahul Cafe, Cafe Taman Ku, Malay Food, Beverages, Street Burgers, Kuih Muih, Thai Food

Kemudahan dengan di hiasi Taman Mini dalam apartment

Apartment kami juga Berhampiran dengan kuarters kerajaan 

Tempat menarik yang terdapat di putrajaya berhampiran homestay kami :

Tidak lengkap percutian korang kalau tidak berdiri di tengah-tengah dataran bulatan putrajaya berlatarkan masjid putra pemandangan lanskap yang menakjubkan bangunan kerajaan dan jambatan wajib untuk korang bawa kamera ,disekitar dataran putra yang tersergam indah dan cukup luas itu terdapatnya aktiviti disebelah petang seperti berbasikal, main buih belon bagi kanak-kanak dan skating/skateboard 

Pada yang berminat dengan aktiviti Zumba senam aerobik korang boleh turut serta bersama pada sebalah pagi setiap hari ahad. Korang juga boleh menjalankan aktiviti riadah menaiki bot di jeti untuk menyelusuri tasik putra yang begitu cantik dan personakan untuk menghabiskan percutian putrajaya disini

Korang juga boleh ke tempat-tempat menarik yang ada di putraya dimana ianya sering dikunjungi oleh pengunjung tempatan dan pelancong luar negara seperti :

1. IOI City Mall Putrajaya ( pusat membeli-belah )

2. G2G Animal Garden ( taman haiwan/petting zoo)

3. Aktiviti meluncur ais Icescape Ice Rink @ IOI City Mall

4. Taman Ekuestrian Putrajaya ( aktiviti menunggang kuda seperti cowboy )

5. Taman putra perdana putrajaya ( terdapat sebuah mercu tanda berbentuk piramid iaitu plaza mercu tanda pengatan perasmian putrajaya pada tahun 1995

6. Kompleks sukan air putrajaya ( kolam renang bersaiz olimpik pernah menjadi lokasi sukan SEA kolam ini sesuai untuk kanak-kanak bawah daripada 10 tahun )

7. Monumen millenium ( monumen kebangsaan kedua di bina di putrajaya )

8. Dataran gemilang ( kolam renang/waterfront sesuai juga untuk kanak-kanak )

9. Masjid putrajaya dan masjid besi ( senibina masjid diilhamkan dari pelbagai seni luar negara iraq dan morocco masjid yang memberi kelainan dari masjid yang terdapat di malaysia.

10. Taman botani putrajaya ( taman herba tempatan dan khasiat tumbuhan )

11. Taman wetland putrajaya ( merupakan syurga pelbagai spesis burung air serta ikan

12. Skyrides Festival Park ( My balloon Adventure terbang skyride balloon setinggi 150 meter diatas paras laut

13. Pusat konvesyen antarabangsa putrajaya ( menganjurkan program-program antarabangsa seperti persidangan )

14. District 21 IOI Mall Putrajaya ( taman tema aktiviti mencabar dengan aktiviti Wall, Pumb Truck berbasikal lasak, Rock Climbing, Roller Glider, sky Trail, Low Ropes, Maze Runner, Free Fall, Tubby Ride dan banyak lagi )

15. Jambatan seri wawasan ( keunikan reka bentuk jambatan serta kilauan pancaran lampu ketika waktu malam )

16. Tasik putrajaya ( 650 hektar tasik buatan manusia merupakan lanskap bandar dalam taman )

17. Cruise tasik putrajaya ( perahu tradisinonal yang dibuat khas dari kampung pulau duyung terengganu dan pemandangan indah sewaktu menaiki perahu tersebut )

18. Flyboard ( pengalaman terbang dipermukaan udara dengan jetpark )

19. Alamanda putrajaya ( pusat membeli-belah, bowling dan pawagam )

20. Taman saujana hijau putrajaya ( taman bunga flora dan fauna berkonsepkan European Garden, Oriental Garden dan english garden )

21. My Balloon Adventure ( hanya boleh di rasai di luar negara dengan terbang balloon panas )

22. Taman cabaran putrajaya ( cabaran beraksi menguji kemampuan diri dengan Wall Climbing turut menawarkan Moutain bike trail.

23. Muzium Alam Semula Jadi ( artifak alam semula jadi serta hidupan liar yang telah diawetkan terutama haiwan yang hampir pupus )

Untuk tempahan segera boleh hubungi kami di 013-2121181 

Juga boleh whatsapp ke link kami seperti di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut

www.wasap.my/60132121181/PudinaHomestay

www.wasap.my/60132233588/PudinaHomestay

Sudah baca? Danish Homestay percutian ke Penang

Masradzi Homestay Pudina Percutian Putrajaya


Masradzi Homestay Pudina Percutian Putrajaya

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama