Risiko ibu hamil serangan anemia
Anemia adalah masalah berkaitan zat besi dimana mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan kita, zat besi merupakan elemen sangat penting sebenarnya dalam sistem tubuh badan kita, jika kurangnya zat besi tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) dimana ianya merupakan protein terpenting untuk membawa oksigen ke seluruh badan kita dari itu kita disarankan untuk mengamalkan makanan penambah darah
Simptom kekurangan sel darah merah
- Badan mudah merasa keletihan kelesuan
- Merasa keinginan mudah marah
- Kerap sakit kepala berulang kali
- Sukar untuk menumpukan perhatian ( berfikir)
- Sering mengalami kebas di kaki
Makanan penambah darah untuk ibu hamil
Bayam penambah darah
Untuk pengetahuan semua penghidap anemia terutamanya, sayur bayam merupakan makanan paling ideal dan terbaik, didalam kebanyakkan sayur, sayur bayam adalah jenis yang paling efektif dalam khasiat perubatan dunia. Elok jadikan makanan harian kepada kalangan untuk . yang sedang hamil. Bayam jenis merah atau hijau dimana akan menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia dalam sel.
Makanan laut seperti kerang
Kerang juga adalah makanan rutin harian kita tapi tanpa kita sedar kerang terkenal dalam pencegahan berkaitan anemia diantara makanan penambah darah dalam sel darah merah tubuh kita, setiap kali waktu makan masukkan kerang ke dalam menu harian korang mengikut citarasa korang dengan merebus atau di tumis dalam masakan yang penting adanya pengambilan kerang dalam pemakanan kita.
Telur ayam ( kampung )
Asingkan telur putih korang ambil bahagian kuning sahaja, telur kuning mengandungi nutrien yang amat tinggi termasuk zat besi yang diperlukan bagi yang bergejala menghidap anemia . Sebaiknya telur ayam kampung, dengan pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah kita.
Sudah baca? Batang saderi dan epal hijau
Makanan bijiran seperti oat
Oat melawan anemia semasa dalam tempoh ibu hamil dimana oat dapat memberikan mineral yag diperlukan oleh tubuh badan berserta dengan zat besi. Oat juga dapat dicerna. Kepada ibu hamil sangat sesuai serta digalakkan dalam pengambil oat. walaupun ada diantara korang yang tidak mengemarinya atau tidak sesuai dengan tekak serta selera ini lah masa untuk korang mencuba. mahu tambah darahkan ? kenalah makan sesuatu. Amalkan setiap pagi dengan segelas Oat.
Buah delima merah yang masak
Buah-buahan seperti delima, buah delima dapat mempertahan jumlah keseluruhan dalam sel darah merah kandungan zat besi yang tinggi dalam buah delima dapat mengurangkan serta merendahkan gejala terjadinya anemia.
Madu asli bukan tiruan
Amalkan pemakanan harian dengan madu pelbagaikan madu di dalam menu harian korang. Jika korang mengalami anemia. Madu juga boleh mengantikan pemanis dari gula yang biasa korang guna untuk membuat air minuman serta dalam masakan untuk penambah darah , pastikan madu yang korang gunakan benar-benar asli dan bukannya yang tiruan atau ditambah gula dalam madu.
Hati ayam penambah darah dan memekatkan darah
Hati ayam kita sering kali melihat dalam lauk-pauk masakan harian dengan pelbagai menu resepi citarasa korang. Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan dalam darah merah. walaubagaimanapun, pengambilan hati ayam juga perlu ada kawalan pengambilanya kerana terlalu kerap tidak digalakkan kerana ianya merupakan organ dalaman yang tidak baik untuk otak yang akan memberi kesannya.
Kekacang semua jenis kacang
Makanan seperti kekacang kebanyakkan orang memandangnya satu hal yang agak remeh, tapi sebenarnya khasit kacang ni cukup besar dan berkesan. Kacang adalah salah satu sumber pemakanan untuk mencegah anemia. Korang cuba gantikan kekacang sebagai kudapan kunyahan harian sewaktu menonton movie atau berekreasi di luar. Sebagai penambah darah.
Pisang semua jenis pisang
Pengambilan dua biji pisang amalan pada setiap hari sangat baik untuk wanita hamil juga. kerana folat yang terkandung dalam pisang boleh membantu dalam proses pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna juga dalam penghasilan sel-sel baru darah merah.
Sayur brokoli hijau
Tumbuhan seperti sayur yang berstruktur hijau ini mengandungi vitamin zat besi terbaik serta folat brokoli sangat bagus dimakan ketika sedang hamil kerana sayur brokoli ini juga mengandungi antioksidan yang boleh melawan penyakit dari jangkitan anemia, walaupun rasanya tidak digemari kebanyakkan orang, tapi kalau kena pada cara dalam penyediaan masakan mengunakan sayur ini, masakan jenis sup atau sayur goreng yang menyelerakan.
Daging merah daging segar
Daging merah juga mempunyai kandungan kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi gejala anemia semasa dalam tempoh hamil. Korang perlu ambil tahu bahawa kandungan zat besi daripada sumber daging haiwan paling berkesan dan mudah untuk menyerap berbanding sumber lain dalam penambahan darah.
Sudah baca? Khasiat bunga yang merawat batuk berdarah
![]() |
Makanan tambah darah ibu hamil |
Dengan usaha dan tawakal insyaAllah. Perkongsian artikel ini dapat membantu korang yang mengalami masalah anemia serta bergejala terutamanya kepada ibu hamil amat penting sekali, kongsikan kepada sahabat , kawan-kawan yang tidak tahu makanan penambah darah yang terbukti berkesan. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita. Semoga memberi manfaat pada kita semua

Catat Komen
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM