Jangan fikir diri tu masih muda lagi umur baru je 25 Tahun? majoriti umur dalam lingkungan 25-30 tahun baru nak serius fikirkan kerja, dan ada yang baru nak start cari kerja itu pun atas desakkan keluarga atau nak berkahwin , tapi kalau dah niat tu nak ubah cara kehidupan baguslah ada azam dan masa depan.

Ada segelintir masyarakat terutamanya golongan belia dalam memilih hala tuju dalam mencari kerjaya yang masih tidak pasti dimana arah yang betul. Sebagai belia yang masih muda dimana Persaraan masih lagi difikir atau dianggap jauh lagi, mungkin ada dikalangan korang juga beranggapan bahawa umur muda perlu digunakan untuk berhibur atau enjoy puas-puas dahulu dan tidak perlu terburu-buru seperti yang dinasihati oleh rakan korang sendiri betul tak?

Ramai yang dah berumur di pertengahan usia dah tua baru ada niat nak menyimpan 

Sudah terlambat yang dicemoh oleh masyarakat kita sendiri itu satu kesilapan dan kesalahan. Korang tidak akan pernah terlambat untuk melakukan sesuatu yang bernilai dan berguna oleh itu menyimpan untuk persaraan perlu dinafikan matlamat perlu ada secara berterusan tidak mengenal usia seperti jodoh kita dengan siapa seumpamanya.

Memang benar korang perlu mungkin untuk membuat simpanan, menyimpan lebih banyak untuk mengantikan masa korang yang berlalu begitu sahaja tiada langsung membuat tabungan, tetapi korang ingatlah bahawa lebih banyak korang menyimpan lebih banyak korang boleh berbelanja di masa hari persaraan korang yang akan tiba nanti.

Korang dah Ada KWSP ke? Rasanya cukup ke KWSP korang untuk hari persaraan korang yang semakin dekat ? Cuba korang buat sedikit pengiraan sekadar mengambil tahu perkara yang agak penting untuk masa hadapan nanti, dari sekarang ni lah korang perlu peka dan ambil tahu.

Cuba korang tengok laporan KWSP tahunan pada tahun 2019 purata simpanan pesara berjumlah RM210.000, korang anggap perbelanjaan untuk isi rumah bulanan selepas persaraan sebanyak RM4000 Sebulan, Jadi setiap tahun, korang memerlukan RM4000 x 12 = RM36,000, Korang bahagikan simpanan KWSP dengan perbelanjaan = RM210,000/RM36,000= Jumlah 4,375. Dengan simpanan korang sebanyak ini ianya tidak dapat untuk menampung perbelanjaan korang selama 5 Tahun pun.

Kerja macam kerbau takkan tak boleh nak enjoyUntuk penyimpanan Wang untuk persaraan dan berbelanja mengikut keinginan korang sendiri boleh dibuat bersama-sama dan bukannya korang sampai nak berikat perut bagai atau kerana semata-mata untuk membuat penyimpanan.

So korang boleh cuba mengunakan formula "50/20/30" untuk membuat perancangan peribadi ok korang lihat dibawah ni

*Untuk 50% keperluan seperti :

1.Barang Makanan ( barang mentah, makan kedai)

2. Bil rumah ( bil air, bil api, dll utility)

3. Kereta Dan sewa ( rumah sewa, kereta sewa)

*20% pelaburan/Simpanan seperti : 

1. Simpanan kecemasan, insurance kemalangan, pelaburan serta dana saham

*30% keinginan seperti : 

1. Ticket wayang ( pawagam, karaoke, bowling, snooker dll)

2. Makan Di restoran ( cafe, mamak, tomyam, KFC dan Mcdonals )

3. Kasut baru ( baju baru, beg baru, jam tangan baru).

Bagi dana pendidikan anak-anak adalah lebih penting, dari dana persaraan saya betul ke?. Apabila datang konflik sebegini, korang perlu membuat pilihan, pilihlah simpanan persaraan berbanding dana simpanan pendidikan mengapa ye? Sebabnya dana persaraan korang tidak boleh meminjam pada sesiapa baik kawan, bank, koperasi dan lain-lain institusi kewangan, sedangkan untuk dana pendidikan korang boleh membuat pinjaman contoh seperti PTPTN, KPTM, MARA dan tajaan yayasan pelajaran. Jadi pendidikan boleh dibiayai dengan sumber lain, dapatlah korang membuat pinjaman bank untuk membiayai persaraan?.

Berape ramai masyarakat malaysia telah membuat simpanan tetap?

Simpanan duit yang banyak? korang macam mana dah ada ke simpanan duit dalam bank? Ya duit korang akan selamat  simpan di dalam bank, tetapi korang mengambil perlu mengambil kira, suatu perkara mengenai inflasi iaitu ekonomi semasa serta nilai matawang . Nilai duit di dalam bank korang akan dapat membeli barangan yang lebih sedikit apabila kuasa membeli semakin berkurangan akibat daripada inflasi.

Ini kerana inflasi akan semakin lama akan semakin meningkat mengikut masa dan peredaran tahun demi tahun, cuba korang bahagikan dana tersebut dalam aset berlainan seperti Saham, Hartanah dan pelaburan lain yang boleh meningkatkan untuk melawan arus inflasi

Kesimpulan

So eloklah korang beringat dan mulakanlah dari awal dan ada niat untuk korang fokus dengan konsisten , dapatkan khidmat nasihat kewangan, bagaimana dan cara menguruskan kewangan dari segi simpanan dan pelaburan dengan cara mengikut mengikut kemampuan diri sendiri dan memasang matlamat korang, dengan selera citarasa atas risiko korang sendiri. Mudahkan. So jadinya tidak salah kerja macam kerbau.

Sudah baca? Bagi yang berkerja sendiri boleh buka akaun KWSP

Kesalahan persaraan kwsp
KWSP VS Persaraan

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama