1. Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa solat sunat sebelum subuh lebih bernilai dari seluruh isi di dunia.

"( solat  sunat ) dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik dari ( nilai ) isi dunia dan seluruh yang ada padanya"

(Hadis Riwayat Muslim)

Sudah baca? Amalan rezeki melimpah ruah

2. Kelebihan Solat Sunat Sebelum & Sesudah Zohor 

"Rasulullah SAW menjelaskan bahawa solat sunat empat rakaat sebelum zohor dan sesudahnya akan menyelamatkan seseorang dari neraka. Sabda Rasulullah:

"Barangsiapa yang menunaikan empat rakaat sebelum zohor dan sesudahnya, maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka"


3. Kelebihan Solat Sunat Sebelum Asar

Rasulullah SAW mendoakan rahmat buat seorang yang mendirikan solat sunat empat rakaat sebelum asar. Sabda Rasulullah:

"Mudah-mudahan Allah mrahmati seorang lelaki yang menunaikan solat sunat sebelum Asar empat rakaat"


4. Kelebihan Solat Sunat Maghrib & Isyak

Mereka yang menjaga solat sunat rawatip ini ( termasuk dua rakaat selepas maghrib dan isyak ) akan dikurniakan rumah di syurga kelak. Sabda Rasulullah:

"Barang siapa yang menjaga 12 rakaat sunat sehari semalam. maka Allah akan anugerahkan kepadanya rumah di syurga kelak iaitu: 4 empat rakaat Zohor dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan  rakaat sebelum subuh."

Kelebihan solat sunat sebelum subuh

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama