Koleksi Kata Mutiara Kehidupan Motivasi Dan Hikmah Kehidupan

"Tiada yang  kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT".

"Bersihkan hatimu selalu, 
Agar terbuka pintu kebaikan 
Dan pandangan Rahmah".

"Bila hati mulai bersih, 
Tidak ada kebencian, 
Tidak ada iri hati 
kepada sesama", 

"Yang ada hanya 
Kasih sayang dan 
Penuh cinta kepada 
sesama saudara."

"Jika hidup masih dipenuhi dengan nafsu untuk bersenang-senang, yang namanya kemuliaan hidup akan semakin sulit ditemukan"

"Bahagia bukan milik dia yang hebat dalam segalanya, namun dia yang mampu temukan hal sederhana dalam hidupnya dan tetap bersyukur"

"Tidak ada sebuah kesuksesan tanpa pengorbanan dan tidak ada kesuksesan tanpa kesulitan"

"Tidak ada orang yang bisa mengubah masa lalu, namun semua orang bisa mengubah masa depan".

"Tak semua rindu boleh diluah dan tak semua cemburu boleh diberitahu. Tak semua rasa sayang juga harus ditunjuk". 

"Ada perkara, lebih baik menjadi rahsia antara kau dgn Allah je yang tahu".

"Kita tidak akan mampu untuk membuat diri kita tidak dibenci oleh siapapun, namun kita dapat berusaha untuk membuat diri kita tidak membenci kepada siapapun."

 "Perpisahan sering dikaitkan dengan luka dan kecewa tetapi sebenarnya ia mengajar kita , bahawa setiap orang yang ada dalam hidup kita itu wujudnya sementara, maka belajarlah untuk menghargai , setiap insan yang masih ada disisi "

 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa".

"Kita tidak akan mampu untuk membuat diri kita tidak dibenci oleh siapapun, namun kita dapat berusaha untuk membuat diri kita tidak membenci kepada siapapun".

 "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

 "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda".

 "Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu berkembang jika ia digunakan"

 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar kehidupan penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman"

" Rindu paling meyakitkan rindu pada insan yang sudah tiada.
Memori bersama ibarat filem yang bermain di pandangan mata.
Masih segar dan ianya amat memeritkan"

"Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Rindu?
Doakan dan banyakkan bersedekah atas nama orang tersayang."

"Rindu paling meyakitkan rindu pada insan yang sudah tiada.
Memori bersama ibarat filem yang bermain di pandangan mata.
Masih segar dan ianya amat memeritkan"

Kata Mutiara Tips Hikmah Kehidupan Dan Kata Motivasi
Kata Mutiara Kehidupan


Semoga perkongsian ini korang mendapat serba sedikit tips serta  inspirasi dalam motivasi diri.

Kredit : @Kata_Mutiara_Bidadari
Telegram

1 تعليقات

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

إرسال تعليق

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم

Translate