Pendinding hindari gangguan kejahatan dan musuh dengan Al-Quran

Pendinding atau ayat pelindung diri untuk menghindari dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin kejahatan manusia atau musuh makhluk halus dan sebagainya dengan mengunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran dalam surah tertentu sebagai panduan yang terbukti sangat mujarab.

Amalan ini sering digunakan oleh pengamal perubatan terutamanya dalam rawatan islam seperti pesakit santau, terkena sihir, saka dan banyak lagi

Semua amalan dan doa yang saya kongsikan dibawah bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri malah juga untuk ahli keluarga kita, kediaman rumah tempat perlindungan kehidupan kita dan juga sebagainya. 

Disini ada beberapa 4 amalan yang saya akan kongsikan dan 3 cara untuk diamalkan seeloknya dibacakan pada pagi hari selepas subuh, petang selepas asar dan malam sebelum untuk tidur.

Sudah baca? Tips sakit kepala baca ayat ini dalam rumi


1. Ayat Kursi pendinding diri ( dibaca sebanyak 1 x Kali )

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

Maksud dari ayat :

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. 

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"


2. Surah Al - Ikhlas ( dibaca sebanyak 3 x Kali )

Qul Huwallahu Ahad Allahussomad Lam Yalid Walam Yuulad Walam Yakullahu Kufuwan Ahad

Maksud dari ayat :

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad) (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"


3. Surah Al - Falaq ( dibaca sebanyak 3 × Kali )

Qul A’uuzu Birobbil Falaq Min Syarrimaa Kholaq Wa Min Syarrima Ghoosiqin Izaa Waqob Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad

Maksud dari ayat :

"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". 

Sudah baca? 

Surah al-falaq pendinding diri boleh dijadikan amalan dalam bacaan kita.

Sudah baca? Kesan bacaan zikir kepada seseorang

4. Surah An - Nas ( dibaca sebanyak 3 x Kali )

Qul A’uuzu Birobbinnaas  Malikinnaas Ilaahinnaas  Min Syarril Waswaasil Khonnaas Allazi Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas Minaal Jinnati Wannaas

Maksud dari ayat :

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia

Yang menguasai sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"

Doa agar Terhindar daripada syirik :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Bacaan rumi : "Allahumma inni a'u dzubika an usyrika bika wa ana a'lam wa astaghfiruka lima laa a'lam."

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada syirik kepada-Mu sedang aku mengetahui, dan aku meminta ampun daripada-Mu atas perbuatan yang aku tidak mengetahuinya."

(Riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad)

Kongsikan kepada rakan-rakan serta sahabat handai dan sanak-saudara tentang ayat pelindung diri mungkin ada antara perlukan pertolongan serta bantuan , semoga panduan yang bermanfaat ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam amalan kita semua.





Ayat pelindung diri bacaan rumi

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate