Setiap orang telah di tetapkan rezeki

Setiap manusia telah ditetapkan bahagianya dan mempunyai rezeki masing-masing yang telah di tetapkan oleh Allah SWT. Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah, kita digalakkan untuk perbanyakkan usaha InsyaAllah akan lebih banyak rezeki serta rezeki bertambah yang kita dapat, disamping amalan ibadah yang tidak kita tinggalkan untuk memohon rezeki dariNya.

" Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya". ( Surah Hud: 6 )

Amalan pembuka rezeki melimpah

1. Solat dhuha

Jika sebelum ini kita selalu buat rakaat secara umum kebiasaannya dua Rakaat, cuba untuk menambah rakaat dan ubah lebihkan lagi rakaat dalam solat Dhuha. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Pada waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk niatkan permintaan untuk menjadi apa, seperti contohnya : jika ingin jadi jutawan. Doalah jadi jutawan yang berkat.


2. Solat tahajud

Bangunlah menunaikan solat ini setiap tengah malam. Tambahkan juga bilangan dalam rakaat tahajjud ni. Dan muhasabahkan diri dan berdoalah mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.


3. Amalan membaca Al-quran

Bangun pagi dan rancang untuk beribadat mandi dan ambil wudhuk dan terus baca Al-Quran 1 ayat serta dengan terjemahannya.


4. Amalan berzikir

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari seminggu. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

Cara lain amalan zikir Ya Wahhab untuk dimanfaatkan seperti berikut :

- Menjadi kaya & terkenal ( 300x setiap hari selepas solat fardhu, 41x disetiap sujud terakhir solat dhuha, 

-Permintaan dimakbulkan ( 7x sebelum meminta sesuatu. 100x menadah tangan ke langit untuk doa akan dimakbulkan )

-Mencari pekerjaan ( 70x setiap sujud dalam solat sunat )

-Membayar hutang ( lakukan solat hajat selepas tengah malam setiap khamis selepas maghrib dan isyak, kemudian memalingkan muka ke langit dan membaca Ya Wahhab 111x kemudian hendaklah baca Al-Fatihah lakukan 3 malam berturut-turut ( tiga Khamis ).

-Menjauhi kelaparan ( baca 41x sujud terakhir zohor )

-Dimakbulkan Doa ( baca 7x selepas berdoa bila-bila masa)

-Membebaskan Diri ( baca 100× selama 7 malam selepas solat nafil 2 rakaat tengah malam )

Ini lah kehebatan Zikir Ya Wahhab InsyaAllah cara yang ternaik untuk ingat kepada Allah adalah dengan cara berzikir dan memuji-Nya.

 

5. Amalan Solat berjemaah

Terutama kepada  kaum lelaki. Orang lelaki juga diminta bersolat secara berjemaah lebih baik solat berjemaah di masjid atau surau terbukti ianya membuka pintu rezeki seluas-luasnya.

"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka, lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersamamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu" .( Surah An-Nisa’: 102 )


6. Silatullrahim

Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.

Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.

( Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim - Hadis Riwayat al-Baihaqi )

Sudah baca? Amalan Sedekah berebut pahala memberi makanan

https://www.tehokaw.com/2020/10/dasyatnya-sedekah-berebut-pahala-memberi-makanan-sebagai-panduan.html


7. Amalan bersedekah.

Perbanyakkan sedekah, sedekah mempunyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

"Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah. Pinjaman yang baik ( infak & sedekah ), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak." Seperti melimpah ruah rezeki yang Allah beri

( Surah Al-Baqarah: 245 )


8. Solat awal waktu.

Janganlah melambat-lambat solat setelah masuk waktu, digalakkan Solat di awal waktu

Umpama seperti : Jika tengah susun 50 batu, seterusnya tiba ke batu yang ke 49 dan azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.


9. Bergantung penuh pada Allah.

Mintalah pertolongan kepada Allah, serta mengadu kepada Allah. Rezeki datangnya dari Allah juga, Jangan mengharapkan manusia di luar sana.


10. Amalan doa

Berdoa dan minta sepenuh hati kepada Allah, dan melakukan usaha.

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." ( Surah An-Najm: 39 )


Amalan surah setiap hari :

● Bacaan Surah Yaasin - Setiap solat fardhu selepas beribadat

● Bacaan Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha

● Bacaan Surah Ar-Rahman - Waktu Asar selepas waktu

● Bacaan Surah Al-Mulk - Sebelum tidur malam hari.

Lain-lain:

1. Perbanyakkan untuk meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter setiap sehari.

2. Untuk yang perempuan mulalah dengan memakai stokin. Sebab penyakit bermula datangnya dari kaki.


Bila semua amalan telah dibuat, insyaAllah segalanya akan berubah dengan izin Allah. 

Semoga panduan serta perkongsian ini dapat memberi tunjuk ajar dan manfaatnya buat kita semua. Yang baik datangnya dari Allah, kesalahan dan kesilapan datangnya dari kelemahan kita sendiri sebagai hambanya.

Kongsikan pada saudara dan sahabat handai mungkin mereka tidak tahu mengenai amalan rezeki..semoga dimurahkan rezeki , aminn sekian terima kasih.

Amalan rezeki melimpah ruah

2 تعليقات

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

إرسال تعليق

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم