KEUTAMAAN BAGI YANG MENYEGERAKAN SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA

1. Solat awal waktu paling dicintai Allah

Akan dicintai Allah melebihi dari berbakti pada kedua orang tua ( birrulwalidain )kita dan dan juga berjihad ( fiisabillilah ).

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah solat pada waktunya, berbakti kepada kedua orang tua ibu dan bapa, dan berjihad kerana Allah.”

( HR. Bukhari & Muslim )

2. Syurga adalah Balasannya.

Allah SWT telah berfirman maksudnya : 

Sesungguhnya Aku mewajibkan Umatmu mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, dan Aku berjanji bahawa barang siapa yang menjaga waktu solat-solatnya pasti aku akan memasukkannya ke dalam Syurga, dan barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka daripada dia tidak akan mendapatkan apa-apa yang telah Aku janjikan.

3. Solat awal waktu akan diampuni segala dosa

Sesungguhnya kepada seorang Hamba yang muslim, jika menunaikan Solat dengan Ikhlas karena Allah, niat serta keikhlasan kerana Allah SWT, dalam mengerjakan ibadah sentiasa dalam istiqomah 

Solat awal waktu, solat yang didirikan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. Tetapi perlu ingat dosa besar tidak akan diampun sekiranya tidak bertaubat. Maka Dosa-dosanya gugur seperti seperti gugurnya daun-daun ini dari pokoknya.”

(HR. Ahmad)

Sudah baca? 10 solat yang tidak di terima

4. Dapat pahala kebaikan yang amat Besar.

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud :

Seandainya orang-orang mengetahui kelebihan pahala melaungkan Azan dan solat barisan Saf pertama, mereka tidak akan memperolehinya kecuali dengan ikut undian, Nescaya mereka semua akan merebut. Dan apabila mereka mengetahui pahala menyegerakan solat pada awal waktu, nescaya mereka akan Berlumba-lumba untuk melaksanakan ibadah itu.

Dan seandainya mereka tadak mengetahui pahala solat Isyak dan solat subuh, pasti mereka akan mendatanginya walaupun dengan jalan dengan merangkak.”

( HR. Bukhari. Muslim )

5. Akan mendapat 9 macam Kemuliaan.

Utsman bin Affan RA telah  berkata:

“Barang siapa selalu mengerjakan Shalat Lima waktu tepat pada waktu utamanya,

Maka dengan itu Allah akan memuliakan nya dengan 9 macam kemuliaan, iaitu :

1. Kita akan dicintai Allah,

2. Terhindar dari penyakit dan kesakitan , kesihatan terpelihara sihat tubuh badan

3. Keberadaannya selalu dijaga Malaikat, segala amalan kita akan dicatatkankan

4. Rumahnya yang diberkati, membawa rezeki dan keberkatan.

5. Mempunyai wajah yang menampakkan jati diri seorang yang soleh

Rasulullah pernah menyebut amalan yang menjamin keselamatan seseorang melintas di titian sirat :

  • Taat kepada perintah Allah 
  • Solat fardhu 5 waktu
  • Hadir ke masjid
  • Silaturrahim mengharmonikan masyarakat
  • Sentiasa perbanyakkan bersedekah
  • Hatinya akan dilunakkan oleh Allah SWT.

7. Dipermudah saat akan menyeberangi jambatan titian sirat

8. Allah akan menyelamatkan dia dari api neraka jahanam.

9. Allah akan menempatkannya di dalam syurga kelak. Beriman akan sentiasa mencari jalan untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Harapan kita semua semoga Allah senantiasa membimbing kita dengan taufiq serta mendapat hidayah, dan dengan ilmunya sehingga kita semua terhindar dari segala perbuatan keji dan mungkar. Semoga panduan bacaan bermanfaat buat semua.

Kongsikan artikel ini pada sahabat-sahabat kita semua.

Sudah baca? Bacaan solat dalam rumi

5 Balasan Bagi Yang Solat Awal Waktu

2 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. Solat awal waktu banyak kelebihannya. Antaranya, masa rasa makin banyak sebab kita dah tunaikan solat yang menjadi kewajipan kita. :)

    BalasPadam
  2. terimakasih perkongsiannya . selamat tahun baru ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama