Ramai diantara korang yang tidak faham mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP yang telah diumumkan secara rasmi setelah membuat penilaian dan penelitian semula keadaan semasa oleh kerajaan dimana kumpulan wang simpan pekerja (KWSP) telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar memanfaatkan 2 juta ahli kepada 8 juta ahli yang layak.

Sudah baca? Bagi Yang Berkerja sendiri Boleh buka Akaun KWSP Sendiri dengan i-Saraan

Permohonan dalam talian berkuatkuasa bermula 21 Disember 2020

Penjelasan lebih terperinci kepada yang masih tidak faham mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP

Kategori 1

Kepada ahli yang tiada caruman dengan KWSP tempoh 2 bulan berturut-turut semasa membuat permohonan.

ATAU

Masih berkerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan keatas selepas 1 Mac 2020

Terutamanya kepada suri rumah, sudah lama tidak berkerja, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan.

Untuk kategori ini :

  • Tidak perlu sediakan dokumen sokongan
  • Secara automatik akan diluluskan berdasarkan pangkalan data serta rekod dalaman KWSP
  • Permohonan hanya dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my permohonan boleh dibuat mulai 21 Disember 2020

Pembayaran untuk ahli yang layak bermula pada pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Untuk ahli yang masih berkerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan keatas seperti gaji Elaun atau kerja lebih masa (OT) selepas 1 Mac 2020 pengurangan tersebut akan dikenal pasti melalui dokumen yang diberi nanti

Proses untuk pengesahan kelulusan KWSP dokumen sokongan diperlukan kepada ahli seperti :

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa
Juga dokumen tambahan sebagai lampiran sokongan seperti : penyata bank dan surat pengesahan majikan untuk diberi pertimbangan.

Untuk kategori 2 ini permohonan boleh dibuat dalam talian isinar.kwsp.gov.my  mulai pada 11 Januari 2021

Bagi ahli yang mempunyai simpanan KWSP bawah RM100,000 ribu

Anda layak membuat pemohonan Pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 ribu, dengan pembayaran pertama maksimum yang dibenarkan RM5,000 ribu sahaja. ( tertakluk pada baki simpanan minimum RM100 )

Bayaran korang akan dibuat selama 6 bulan, jadi kalau permohonan pertama RM5,000 ribu jadi baki 5 bulan itu dia akan masuk RM1,000 ribu pada setiap bulan. ( tertakluk kepada baki akhir akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50 )

Ok macam mana pulak kalau akaun 1 korang ada kurang dari RM9,000 ribu? Itu yang menjadi persoalan kepada akaun pencarum yang mempunyai RM9,000 ribu kebawah atau sebaliknya dalam akaun 1, so keputusannya juga boleh dikeluarkan dengan syarat korang kena tingalkan baki dalam akaun 1 dengan RM100..contohnya baki akaun RM4,500 ribu jadi korang boleh keluar sehingga RM4,400 ribu sahaja.

Pembayaran pertama i-sinar dan pembayaran baki 5 bulan

Untuk ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 ribu keatas.. pengeluaran adalah sebanyak 10% dari akaun simpanan.

Contohnya korang ada RM150,000 ribu akaun pertama jadi korang boleh keluar RM15,000 ribu..maksimum pengeluaran pertama RM10,000 ribu sahaja. Jadi baki 5 bulan akan dimasuk baki yang lagi RM5,000 ribu tu macam yang saya terangkan diatas.

Contohnya korang request bayaran pertama RM5,000 ribu sahaja..jadi RM10,000 ribu lagi tu bahagi kepada 5 bulan jadi setiap bulan dia akan masuk RM2,000 ribu.

Dan maksimum untuk akaun RM100,000 ribu keatas adalah RM60,000 sahaja..itu kalau akaun 1 korang ada RM800,000 ribu keatas boleh untuk korang request sampai RM60,000 ribu

Pembayaran semula Akaun KWSP i-Sinar

Sedikit perkongsian mengenai cara pembayaran semula, so selepas ni untuk pemotongan kwsp..dia akan masuk 100% ke akaun 1 dahulu..sampai korang dah habis ganti akaun 1, baru lah berbalik kepada asal 70% akaun dan 1 30% akaun 2..bukan maksudnya korang kena bayar balik..dia sama sahaja macam korang potong tiap-tiap bulan duit kwsp korang tu..cuma dia tak masuk lah dalam akaun 2 dia masuk ke akaun 1 semuanya..yang korang carum temasuk majikan tempat korang berkerja korang carum untuk korang..sampai lah terganti duit akaun 1 yang korang keluarkan.

Pengeluaran KWSP ini juga Ada memberi kesan.

Bagi siapa yang nak membeli rumah memerlukan untuk keluar duit dari akaun 2 selepas ni mungkin tak mencukupi..sebab korang telah guna untuk keluar i-lestari..tapi kalau banyak..so lepas untuk muka rumah..maka lepas la..

Untuk kalau yang tidak berkerja macam mana nak ganti semula..dia bukan ganti..kalau dah tak berkerja baki yang tingal tu je la yang ada..kecuali kalau korang kerja balik caruman tu pergi ke akaun 1 kwsp sahaja.

Kalau korang nak mohon..mohon je la..lepas atau tak lepas itu rezeki korang..kalau betul terjejas insyaAllah dapat..yg penting semua layak memohon..cuma layak atau tidak sahaja.

Kredit : www.kwsp.gov.my

Akaun 1 KWSP
Pengeluaran Akaun 1 kwsp



Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama