Assalammualaikum semua, tutorial Kali ni saya akan kongsikan bagaimana untuk membeli barangan shopping di taobao dari produk apps Taobao, tetapi sebelum itu korang perlu mencari barang di apps terlebih dahulu sebelum membelinya, so dengan ringkas saya akan share beberapa tips mudah taobao cara cari barang dengan gambar

Sudah baca? Begini buat income Shopee ramai tak tahu?

Sebelum ini saya telah kongsikan Pada korang semua bagaimana untuk mendaftar dengan Taobao tempoh hari. Pada yang ingin mencuba membeli barang direct dari negara china dengan harga borong yang terjangkau lebih murah boleh daftar disini Cara Beli Borong Dari China Dengan Taobao 

Apps Taobao mengunakan format berbahasa chinese sepenuhnya pengunaan teknik gambar diperlukan

Lagi sekali saya ingatkan apps Taobao mengunakan format berbahasa chinese sepenuhnya korang dikehendaki mengalihkan bahasa mengikut kefahaman korang, saya mengunakan bahasa english. Apps Taobao konsep tetap sama seperti lazada, shopee dan  sebagainya.

Kalau korang cari barang hanya perlu tulis nama barang pada ruangan search paling atas, tetapi tidak untuk apps Taobao dimana tiada hasil akan ditemui korang tidak akan jumpa pencarian yang korang cari dalam mengunakan keyword English atau melayu kecuali korang tulis nama barang dengan tulisan berbahasa China, tapi sekiranya korang mahir bertutur dan menulis dalam bahasa chinese itu satu bonus buat korang. boleh juga korang nak cuba guna keyword dalam bahasa chinese sebab carian yang korang cari akan lebih banyak dan lebih tepat ape yang korang inginkan.

Cara mengetahui seller Taobao trusted atau tidak, boleh check review

Ok tips sebelum korang memilih barang tempat untuk membeli boleh dikatakan terlalu banyak untuk mengetahui seller ni trusted atau tak korang check review atau korang juga boleh check dibahagian comment serta feedback pelanggan yang pernah membeli check apa yang pelanggan kongsikan Dan katakan disitu, salah satunya sebab nak tengok item gambar yang sampai tu sama atau sebaliknya dan ianya terpecaya.

Pilihan barang tu korang click colour classification pilih colour yang korang nak Jangan lupa tengok harga sekali harga yang terdapat disitu berbeza-beza Dan terlalu banyak ada mahal dan murah.

Klik kuantiti bilangan Item Yang korang nak beli ;

Kemudian klik Add to cart

Add to Cart korang kena tekan berulang kali dulu sehingga paparan berubah ke add to cart  tengok di successful. Boleh tengok dibawah untuk cara cari barang  menggunakan gambar.

Langkah-langkah cara cari barang mengunakan gambar

First korang login ke akaun milik korang yang telah berdaftar ke Taobao.com

Shopping di taobao cara cari barang

Tekan pada icon pictures yang terletak diruangan search atas kanan seperti yang saya tunjukkan dalam gambar diatas

Shopping di taobao cara cari barang

Korang akan dibawa ke paparan laman galeri/album smartphone pilih gambar barang yang dikehendaki 

Shopping di taobao cara cari barang

Kemudian tunggu loading proses apps Taobao untuk mengenal pasti detail gambar korang untuk beberape saat

Shopping di taobao cara cari barang

Bila dah selesai korang boleh lihat beberapa list senarai barang yang korang cari tadi, terdapat pelbagai pilihan jualan diskaun dan harga

Masalah bagi kebanyakkan orang yang tidak mengetahuinya hanya berpandukan keyword search, korang boleh cari mengunakan gambar. Tapi pastikan korang telah siap download gambar barang yang korang nak cari tu dan juga gambar yang korang gunakan tu punyai ciri gambar yang jelas dan gambar tu hanya ada satu objek yang kita fokus tidak bercampur dengan gambar-gambar yang lain dalam satu gambar seperti contoh dibawah.


Shopping di taobao cara cari barang
Handbag Taobao

Dengan hasil gambar yang digunakan oleh korang, akan menghasil carian korang akan lebih mudah dan tepat. gambar yang agak kusam tidak jelas dan tidak cantik akan mempengaruhi hasil carian mungkin tidak jumpa atau tidak menepati apa yang Kita inginkan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu korang untuk membeli barangan murah import dari negara china dengan benar dan sah di taobao

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم