Assalammualaikum semua, tutorial Kali ni saya akan kongsikan bagaimana untuk membeli barangan shopping di taobao dari produk apps Taobao, tetapi sebelum itu korang perlu mencari barang di apps terlebih dahulu sebelum membelinya, so dengan ringkas saya akan share beberapa tips mudah taobao cara cari barang dengan gambar.
Sudah baca? Mudahnya beli barang dari china
Sebelum ini saya telah kongsikan Pada korang semua bagaimana untuk mendaftar dengan Taobao tempoh hari. Pada yang ingin mencuba membeli barang direct dari negara china dengan harga borong yang terjangkau lebih murah boleh daftar disini Cara Beli Borong Dari China Dengan Taobao
Apps Taobao mengunakan format berbahasa chinese sepenuhnya pengunaan teknik gambar diperlukan
Lagi sekali saya ingatkan apps Taobao mengunakan format berbahasa chinese sepenuhnya korang dikehendaki mengalihkan bahasa mengikut kefahaman korang, saya mengunakan bahasa english. Apps Taobao konsep tetap sama seperti lazada, shopee dan sebagainya.
Kalau korang cari barang hanya perlu tulis nama barang pada ruangan search paling atas, tetapi tidak untuk apps Taobao dimana tiada hasil akan ditemui korang tidak akan jumpa pencarian yang korang cari dalam mengunakan keyword English atau melayu kecuali korang tulis nama barang dengan tulisan berbahasa China, tapi sekiranya korang mahir bertutur dan menulis dalam bahasa chinese itu satu bonus buat korang. boleh juga korang nak cuba guna keyword dalam bahasa chinese sebab carian yang korang cari akan lebih banyak dan lebih tepat ape yang korang inginkan.
Cara mengetahui seller Taobao trusted atau tidak, boleh check review
Ok tips sebelum korang memilih barang tempat untuk membeli boleh dikatakan terlalu banyak untuk mengetahui seller ni trusted atau tak korang check review atau korang juga boleh check dibahagian comment serta feedback pelanggan yang pernah membeli check apa yang pelanggan kongsikan Dan katakan disitu, salah satunya sebab nak tengok item gambar yang sampai tu sama atau sebaliknya dan ianya terpecaya.
Pilihan barang tu korang click colour classification pilih colour yang korang nak Jangan lupa tengok harga sekali harga yang terdapat disitu berbeza-beza Dan terlalu banyak ada mahal dan murah.
Klik kuantiti bilangan Item Yang korang nak beli ;
Kemudian klik Add to cart
Add to Cart korang kena tekan berulang kali dulu sehingga paparan berubah ke add to cart tengok di successful. Boleh tengok dibawah untuk cara cari barang menggunakan gambar.
Langkah-langkah cara cari barang mengunakan gambar
First korang login ke akaun milik korang yang telah berdaftar ke Taobao.com
Masalah bagi kebanyakkan orang yang tidak mengetahuinya hanya berpandukan keyword search, korang boleh cari mengunakan gambar. Tapi pastikan korang telah siap download gambar barang yang korang nak cari tu dan juga gambar yang korang gunakan tu punyai ciri gambar yang jelas dan gambar tu hanya ada satu objek yang kita fokus tidak bercampur dengan gambar-gambar yang lain dalam satu gambar seperti contoh dibawah.
![]() |
Handbag Taobao |

Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM