Pelaburan ASB
Perbezaan ASB

Perbezaan asb dan asb financing

Pelaburan dalam unit amanah ASB  adalah merupakan instrumen pelaburan pembiayaan ASB jangka panjang, tidak kira sama ada anda membuat pelaburan secara tunai atau  menerusi  pembiayaan.

Dividen faktor inflasi

Dengan mengekalkan dividen, anda berpeluang mengembangkan pelaburan melalui manfaat kuasa kompaun.  Sekiranya anda melabur untuk jangka pendek dan mengeluarkan dividen, kuasa kompaun tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya. Apabila pelaburan tidak berkembang, nilai modal mengecil disebabkan faktor inflasi, di mana kuasa beli akan berkurangan.

Dalam merancang pelaburan, anda juga boleh menggunakan kaedah The Rule of 72 yang merupakan satu kaedah pengiraan mudah bagaimana untuk mengetahui tempoh masa diambil bagi wang pelaburan berganda.

Kuasa kompaun pelaburan asb

Jadual A menunjukkan kesan kuasa kompaun terhadap baki pelaburan sekiranya anda mengekalkan dividen berbanding sekiranya anda menggunakannya untuk membuat bayaran ansuran bulanan. Jadual B pula menunjukkan ilustrasi pengiraan penggunaan the Rules of 72 dalam pelaburan.

Sudah baca? Permohonan secara online rumah mesra rakyat

Rancang Pelaburan Pembiayaan ASB

Pembiayaan asb lebih tinggi

Untuk mengoptimumkan pelaburan dalam pembiayaan ASB, anda adalah dinasihatkan untuk  membuat perbandingan ke atas kadar faedah/ keuntungan efektif yang dikenakan ke atas pembiayaan ASB anda dengan kadar semasa. Dengan penurunan OPR oleh BNM, kadar terkini yang dikenakan adalah sekitar 3.25% - 3.85%. Sekiranya kadar yang dikenakan ke atas pembiayaan ASB anda jauh lebih tinggi daripada kadar semasa, anda dinasihatkan agar berunding dengan bank untuk  mendapatkan penurunan kadar atau menggantikan pembiayaan sedia ada dengan pakej pembiayaan yang lebih kompetitif yang ditawarkan oleh bank-bank yang memberi pembiayaan.

Khidmat nasihat asb

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai pembiayaan ASB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899. Anda juga boleh menghantar emel pertanyaan berkaitan pembiayaan ASB di asbf@pnb.com.my atau ikuti Group FB Amanah Saham Nasional Berhad - Pembiayaan ASB bagi tips-tips pelaburan.

Sekian. Terima kasih.

Nota:  ASNB hanya memberi khidmat nasihat pelaburan. Rancang pelaburan Pembiayaan ASB ditawarkan oleh pihak bank sebagai alternatif dan panduan kepada pelaburan tunai. Jadilah Pelabur Bijak.

Kredit : www.myasnb.com.my

Sudah baca? Permohonan baru rumah mesra rakyat RMR

1 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. Artikel yang menarik.. trims untuk kunjungannya dan berbagi :)

    https://codeflare.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama