Semua orang tidak akan boleh lari dari risiko kematian!!

Berhadapan dengan risiko kematian itu adalah hakikatnya kita sebagai manusia, kita semua akan berhadapan Dengan pelbagai kemungkinan, betul ape yang dikatakan 'Malang itu tidak berbau' atau 'sediakan payung sebelum hujan', belum kena tidak mengapa tapi kalau dah kena seperti kelumpuhan , cacat kekal dan penyakit kronik atau sebaliknya (kematian).

Sudah baca? Kerja macam kerbau mitos persaraan KWSP


Insurance terbaik untuk keluarga

Tips memilih takaful yang betul adalah jawapan segala persoalan, korang perlu peka dan respon baik dan buruk, Tapi cuma kita sahaja tidak tahu perkara buruk hendak berlaku, so bila agaknya dan bagaimana yang kita tidak ketahui semua itu. Tetapi korang perlu harus sentiasa ingat, dimana kebarangkalian untuk ketiga-tiga faktor ini menjengah diri kita akan meningkat dari hari dan ke hari. 


"Masa berlaku begitu pantas memisahkan kita juga setiap hari Akan berlalu, kita hanya manusia biasa tidak sempurna,kita semakin Hari semakin dekat dengan hari kematian yang telah ditentukan-Nya". 


Sedikit tips takaful panduan secara ringkas untuk korang dimana saya dapat panduan ni bermulanya tergerak Hati saya untuk bertanya persoalan mengenai plan insurance takaful kemalangan diri yang biasa diambil oleh kebanyakan orang so ini perkongsian Serba sedikit Yang saya catatkan dari salah seorang agent yang saya kenali beliau berkerja di sebuah syarikat insurance juga boleh dikatakan orang lama Dan banyak pengalaman beliau Dalam selok-belok berkaitan Takaful.


Pilih insurance mengikut keperluan 

saya kongsikan tips ni kepada korang semua, sebagai panduan kepada korang Yang ingin memiliki insurance perlindungan diri terutamanya Pada mereka yang belum pernah memiliki insurance, saya sarankan pilih mengikut keperluan takaful sahaja.


1. Pada umur atau usia korang  dibawah 30 tahun, pilihan RM50 bulanan untuk perlindungan diri untuk sekitar RM100,000.


2. Bagi usia yang 40 tahun kebawah eloklah ambil peruntukan bayaran sekitar RM100 hingga RM150 Bayaran sebulan untuk perlindungan diri.


3. Jika usia 50 tahun kebawah, kebiasanya peruntukan untuk takaful disekitar RM300 bayaran setiap bulan.


4. Terdapat pelbagai jenis cover/perlindungan diri yang ditawarkan, syorkan tidak jenis cover berkaitan jenis kurang risiko, korang fokus pada perlindungan diri dahulu bukan kad perubatan..


5. Tanda aras yang bagus serta sihat disarankan buat takaful adalah diantara 5%-7% dari gaji korang sahaja mengikut kemampuan sendiri.


6. Jangan ambil pelan PELABURAN Kerana Ada kebaikan dan keburukannya juga di masa akan datang.


7. Ambil kad perubatan ( takaful medical Kad )bila rasanya ia diperlukan atau ada lebihan wang atau bajet bulanan sekiranya tiada perlindungan diri dari majikan tempat Kita berkerja.


8. Sebagai permulaan korang mulakan dengan Plan Perlindungan diri secara Asasnya terlebih dahulu. Mengikut kemampuan Gaji x 12 = Jumlah Setahun untuk PERLINDUNGAN.


9. Bila sudah berkemampuan, lindungi pendapatan korang dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN dan PENDAPATAN.


Ambil takaful perlindungan secara asas

Saya bukan lah pakar dalam bab insurance ni, tapi saya kongsikan ape Yang dirasakan alert untuk korang tahu tips panduan ini, citarasa Dan keperluan setiap orang berbeza-beza pendapat, yang Penting saya syorkan wajib keatas korang sesangat untuk memiliki takaful perlindungan insurance secara asas.


So pada yang masih muda-muda lagi tu amat sangat digalakkan dan masa itu Yang sangat bagus, paling minimum perlindungan insurance adalah RM100,000 sahaja. Ingat semakin awal korang bermula, ianya semakin baik. So banyak sebenarnya produk takaful ni, so korang perlu Tanya dahulu mana Yang bagus Jangan pakai terjah je.


Jadi persoalannya sekarang apa Yang korang fikirkan, Dan nak bermula dari mana?


Syarikat insurance takaful yang korang rasa bagus dan terbaik?


Fikirkan dengan sepuas hati korang, Pelan Takaful mana yang patut korang ambil?


Juga dari segi kemampuan korang bajet yang perlu korang ada untuk setiap bulan?


Ade beberapa syarikat insurance/takaful yang saya sarankan pada korang seperti dibawah ni boleh lah nak dikatakan terbaik buat masa ini..


insurance terbaik di malaysia

1. Manulife ManuHealth Elite

2. Zurich MegaMed

3. AIA A-Plus Med

4. Allianz MediSafe Infinite

5. AXA AffineMedic


Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh rujuk Syarikat Takaful senarai diatas atau Cuba meghubungi agent-agent takaful yang sah.


So keputusan di tangan anda, Semoga perkongsian 9 tips memilih takaful ini dapat membantu korang dalam membuat pilihan yang tepat.

9 Tips Memilih Takaful Perlindungan Insurance Bermanfaat
9 Tips Memilih Takaful Insurance

Sudah baca? 

Rancang pelaburan pembiayaan ASB

Begini cara buat income shopee ramai tak tahu

Iklan bersama kami dengan kadar murah sebulan

2 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. Baru nk start plan amek AIA. Mcm Zurich tu ada dengar cite tak best so memang tolak. Kena amek jgk sbb 2kali operation seksa tggu turn government setahun tanggung sakit. Lepastu claim dapat setahun kemudian. Cukupla pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul kita kena cakna juga tentang insurance yg akan kita ambil , pilih yg perlu je

      Padam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate