Western union pantas kirim wang ke indonesia


Kirim wang ke indonesia secara dalam talian 24 Jam 7 Hari dengan Western Union lebih mudah, pantas dan selamat

Sektor pekerjaan tempatan ketika ini majoriti dari warga negara luar seperti Indonesia, Bangladesh, Thailand, itu diantara salah satu negara jiran yang paling hampir terdekat dengan malaysia ada juga yang datang dari serata pelusuk benua-benua asia tengah, kemasukan migrasi mengunakan pasport pelancong, visa dan sebagainya semata-mata untuk mencari pekerjaan di malaysia ade juga melalui pelbagai medium pilihan serta agensi-agensi pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan malaysia melibatkan pekerjaan yang berstatus kontrak.

Dianggarkan 40-50 jumlah keseluruhan peratusan warga indonesia yang bermastautin di setiap negeri di malaysia dan pelbagai faktor juga yang akan terkesan dari segi kemudahan kehidupan untuk menyesuaikan diri di negara asing bagi mereka. Juga faktor pengunaan kirim wang ke tempat negara asal mereka pun menjadi salah satu medium penting untuk mereka mengirim wang kepada keluarga , ibu , isteri dan sebagainya.

Zaman kini pelbagai alternatif dan pilihan yang telah wujud berkenaan dengan perkhidmatan serta tawaran pengunaan khidmat penghantaran dan kirim wang ke negara luar terutamannya kiriman wang dari malaysia ke indonesia. Disini saya akan berkongsi cara untuk mengirim wang ke indonesia mengunakan Western Union.

Western Union adalah perkhidmatan dalam talian untuk kita memindahkan wang ke lebih 400,000 lokasi serta cawangan ejen Western Union di 200 negara. Untuk had pemindahan wang harian maximum RM10,000, dan yuran dari RM5.00 dan seterusnya pada transaksi yang korang akan buat nanti.

Kebaikan mengunakan western union

Sudah baca? Cara daftar paypal dengan CIMB Bank

Membuat bayaran dengan begitu Mudah

Kumpulkan wang dengan cara yang mudah di mana-mana lokasi rakan kongsi Western Union di seluruh dunia

Had pemindahan untuk pemindahan wang yang tinggi, sehingga RM10,000 sehari

Pemindahan wang segera sistem penerima yang pantas selamat dan boleh dipercayai kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia

Pengunaan western Union pada bila-bila masa tiada had dan masa walaupun pada hari minggu , cuti dan sebagainya.

(Catatan: Penyelenggaraan perkhidmatan dari jam 9:30 malam hingga 10:15 malam dan 12:00 pagi hingga 12:30 pagi setiap hari)

Rangkaian yang begitu meluas dan menyeluruh, penerima boleh mendapatkan wang tunai di lebih 500,000 lokasi ejen zerta cawangan berhampiran di lebih 200 negara.

Yuran dan bayaran perkhidmatan yang rendah untuk setiap pemindahan. Rujuk jadual yuran pemindahan wang yang telah ditetapkan.

Seterusnya Langkah untuk mengunakan saya akan kongsikan serba sedikit ;

Bagaimana cara untuk membuat pertukaran ke luar negara dengan Western Union ni melalui M2U?

Login ke : Maybank2u

Sebelum itu pastikan korang telah memiliki akaun Maybank2u online bank yang berdaftar dan boleh digunakan. Pada yang belum ada akaun..korang boleh pergi ke kaunter cawangan Maybank terdekat untuk membuka akaun maybank.

Cara kirim wang ke indonesia

Korang follow langkah-langkah seperti di bawah ni saya terangkan secara ringkas bila korang berada di dalam talian ruang page nanti serta berpandukan di bawah ni:


1. Pilih 'Bayar & Pindahkan'

2. Klik pada 'Transfer'

3. Pilih pindah ke 'Luar Negara'

4. Pilih negara yang perlu korang kirim dan tujuan anda

5. Masukkan jumlah/amoun  yang ingin anda pindahkan pastikan korang telah membuat pengiraan dalam penukaran matawang asing 'currency"

6. "Pilih mata wang pilihan negara" yang korang nak kirim wang 

7. Pilih Western Union sebagai mod pemindahan yang korang perlukan

8. Isikan detail serta butiran pemindahan, kemudian korang klik 'Transfer'

9. Minta nombor TAC, sahkan transaksi, dan anda sudah selesai!

10. Anda boleh menyimpan transaksi anda sebagai 'Favorite' dengan memilih butang ini.

Ok dah selesai, selamat mencuba semoga bermanfaat..jangan lupa kongsikan cara kirim wang ke indonesia mengunakan Western Union pada teman-teman Malaysia-Indonesia..

Sudah baca? Cara kirim pulsa ke indonesia

Muat turun aplikasi western Union anda sekarang di sini : Muat turun disini

Western union kirim wang ke indonesia


Lebih baharu Lebih lama