Penutupan SPA8i untuk di naik taraf sistem

Pengumuman penting mengenai penutupan borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu - sistem pendaftaran pekerjaan suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia SPA9 baru

Masih ada lagi dikalangan siswazah lepasan ipt yang keliru atau masih tidak tahu suruhanjaya perkhidmatan awam SPA8i telah ditukar stau dinaiktaraf ke sistem lebih baru iaitu SPA9 perkara ini telah dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) tempoh hari yang bermula pada tarikh 23 september 2020 Rabu jam 10.00 pagi sehingga Isnin 28 september 2020.

Untuk makluman dan hebahan semua, SPA9 telah beroperasi sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan sistem Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut, 

Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau boleh berhubung melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my

Daftar baru sistem SPA9

Disini sedikit perkongsian untuk korang yang masih tidak faham berkenaan Login atau Daftar Baru ke dalam sistem SPA9 yang baru. SPA9 merupakan portal baru yang telah digantikan dari SPA8. Dan kini korang lebih mudah dapat akses mengunakan telefon bimbit android/iphone berbeza pada sistem spa8 lama korang terpaksa mengunakan komputer atau laptop untuk mengelakkan dari kesulitan atau error loading page pada paparan sistem..

Korang boleh mengkases SPA9 ini dengan layari laman web berikut:

Untuk login: https://spa9.spa.gov.my/login

Untuk daftar: https://spa9.spa.gov.my/register

Jika sebelum ni korang yang telah sedia ada akaun yang aktif pada portal SPA8, korang boleh terus login tidak perlu korang nak membuat pendaftaran yang baru ok, data-data korang pada spa8 secara automatik telah dipindahkan ke sistem baru so korang tak perlu pening-pening kepala nak daftar semula.

Semoga dengan penaiktarafan sistem pendaftaran pekerja dalam kerajaan ini, dapatlah memudahkan urusan semua pihak di masa akan datang.

Sekiranya korang menghadapi masalah dengan sistem baru ni korang boleh hubungi SPA seperti nombor yang tertera dibawah:-

Hubungi SPA di 03-8091 9000

Sekian, terima kasih. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat pada korang semua, selamat maju jaya untuk semua..mudah-mudahan kali ini dimudahkan segala urusan korang dan berjaya dalam kerjaya dan cita-cita korang..all the best.

SPA9
Cara daftar SPA9 baru

Sudah baca? Permohonan online rumah mesra rakyat RMR

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama